Sahabat Tanpa Suara

Adegan 'Amuk' Di Mid Valley

Wednesday, October 13, 2010


Kelmarin aku membawa isteri aku ke Mid Valley Megamall. Last shoping sebelum due katanya. Nak cari sikit-sikit lagi barang baby (walaupun aku rasa dah 'banyak' dah barang baby yang dibelinya sebelum ini). Kami pergi bertiga beranak. Aku, isteriku dan Shahmin. Ketika di dalam Jusco maka berlakulah satu amukan yang dilakukan oleh seorang budak bernama Muhd. Shahmin Hani. Aduyai...

Sebelum masuk ke Jusco aku dah bagi dia naik kereta yang nyanyi-nyanyi tu. Wah bukan main happy lagi dia aku tengok. Bila masuk ke Jusco dia nampak kawasan permainan tu dia minta lagi nak naik. Ok fine aku ikutkan lagi. Untuk menjimatkan masa aku suruh je isteri aku pergi beli barang-barang yang dia nak while aku aje yang pergi menemankan budak Shahmin. Habislah dalam 10 keping token. Bila aku ajak dia keluar dari tempat tu dia mula dah merengek tak nak keluar. Aku dah start nak hangin dah. Aku tarik dia keluar, dia boleh pulak mengeraskan badan mengkakukan diri. Wah ini sudah lebih! Aku piap (tamparan 'manja') la sekali. Boleh pulak dia uuuwwwwaaa menjerit nangis-nangis macam kena kaw-kaw dengan aku. Orang kat situ dah mula pandang-pandang aku macam aku ni pendera anak pulak aku rasa. Aku malas bagi muka aku tarik jugak dia keluar. Last-last aku bawa Shahmin ke food court aku belanja dia milo gelas besar satu. Dalam pada tu aku pujuk jugalah, cakap baik-baik. Hem mujur jugak makan pujuk lagi anak aku ni.

Ini merupakan kali pertama dia mengamuk macam ini. Nak kata tak pernah jumpa permainan gitu tak juga. Untuk pengetahuan korang sebelum ni Shahmin paling 'segan' nak main keta nyanyi-nyanyi tu. Siap kena dukung masuk ke dalam. Kalau benda tu tak bergerak dia boleh duduk dalamnya. Tapi bila masuk duit, benda tu mula bergerak, terus dia minta turun tak nak duduk dalam dah. Satu lagi yang buat aku tension sikit sekarang ni dia dah mula pandai mengambil mainan. Pantang nampak mainan dia mula nak mengambil macam kedai tu abah dia (aku lah) yang punya. Padahal kat rumah tu dah tak terkemas dah barang-barang mainan dia. Hem Shahmin Shahmin... Sabor ajala...

Wajah riang Shahmin sebelum berlakunya peristiwa 'amukan di Mid Valley':





3 comments:

sz | m.s.s October 13, 2010 at 4:34 PM  

shahmin dah makin besar...
tu yg makin byk ragamnya tu ...
kitalah yg menahannnn sabarrrr je kalo anak2 wat "amukan" kat tpt awam ni...

Sham October 14, 2010 at 7:48 AM  

itulah... dah banyak dah perangai dia yang mencabar keimanan setakat ni.. sabar ajelah...

Abhamz October 14, 2010 at 1:15 PM  

salam, kena sabar dgn kerenah anak2...klu tdk merana badan...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP