Cuti yang memenatkan...yet, menyeronokkan...
Tuesday, June 15, 2010
Cuti penggal persekolahan merupakan antara masa-masa yang paling ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja budak-budak sekolah; malah cikgu-cikgu diorang juga. Cikgu-cikgu lain aku tak tahulah, tapi bagi aku inilah masanya yang aku betul-betul free. Jadi masa inilah masing-masing buat plan nak ke sana sini bersama keluarga masing-masing. Aku tak terlepas, sama jugak merancang macam-macam plan. Kebetulan orang rumah aku kini dah bergelar cikgu juga, so takde problem untuk kitorang nak kemana-mana pun. Dalam post ini aku nak share serba sedikit tentang trip kitorang yang memenatkan, yet menyeronokkan.
Minggu pertama aku naik Cameron Highlands. Benda ni memang takde dalam perancangan pun, adhoc je. Aku dengar dari member sekolah lama yang jalan Bertam-Sg Koyan dan buka, so saje je nak try. Memang betul, jalannya dah siap cuma ada dua kawasan yang lagi yang belum bertar dan agak berbahaya. Tapi bawa keta kereta slow-slow lah, bukan nak rushing ke mana-mana pun. Masa perjalanan memang singkat. Walaupun aku bawa steady je, tak lebih 80 km/jam, kitorang tetap sampai dalam masa tak lebih 3 jam.
Minggu ini juga kitorang pergi melawat Muzium Negara, yang ini pun main secara adhoc je. Tiba-tibanya orang rumak aku 'mengidam' nak menengok pameran kubur dan keranda di Muzium Negara. Pelik betul taste anak ke-2 aku dalam perut ni. Tapi takpela aku ikutkan aje.
Minggu kedua kitorang ke kuantan pulak. Menginap di apartment Abg Long (tq Abg Long, Abg Long=abang kepada Abg Zaidi). Siangnya kitorang menghabiskan masa dengan main air! Wah boleh tahan la Gambang Water Park ni. Memanglah tak segempak Sunway Lagoon, tapi boleh lah. Budak-budak layan semacam je...
Next trip, minggu yang sama kitorang ke Kuala Gandah, Lanchang. Tempat pemuliharaan gajah. Ingat nak join gajah mandi, makan semua. Tapi malangnya terlambat, gajah-gajah semua dah masuk kandang daa. Yang sempat bergambar dengan rusa dan beruang je.
0 comments:
Post a Comment