Pedang Nabi S.A.W
Thursday, September 23, 2010
Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang Ketua Negara Islam yang pertama di dunia. Namun selain menjadi ketua negara, Baginda pernah juga turun ke medan perang untuk mempertahankan agama suci Allah S.W.T. Ini terbukti bukan sahaja dengan riwayat-riwayat malah bukti fizikal pedang Nabi juga boleh dilihat hingga ke hari ini. Walaupun terdapat pertikaian yang mengatakan pedang tersebut terlalu mewah sedangkan Nabi adalah seorang yang sangat bersederhana dan sebagainya, tetapi bukanlah isu itu yang hendak dibangkitkan. Di bawah adalah riwayat para Sahabat berkenaan pedang Baginda:
Anas meriwayatkan, maksudnya:"Hujung pegangan pedang Rasulullah S.A.W diperbuat dari perak." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Baihaqi dan Abu Syaikh]
Hud Bin Abdullah Bin Sa'id meriwayatkan dari datuknya, dia berkata, maksudnya:"'Rasulullah S.A.W memasuki kota Mekah pada hari Fathu Makkah 'penaklukkan kota Mekah' dengan membawa pedang yang (di hujung pegangannya) ada emas dan perak.' Thalib bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan perak yang ada di pedang Baginda. Hud menjawab, 'Hujung pegangan pedang Rasulullah S.A.W diperbuat dari perak.'"
Ibnu Sirin meriwayatkan, maksudnya:"Kubuat pedangku dengan bentuk yang sama dengan bentuk pedang Samurah Bin Jundab. Samurah mengatakan bahawa bentuk pedangnya sama dengan bentuk pedang Rasulullah S.A.W. Pedang Samurah itu sendiri sama dengan bentuk pedang Bani hanifah."
Wallahualam bissawab...
1 comments:
Rasullullah mempunyai pedang yg hebat dan baginda seorng keturunan bangsawan kota mekah.Menjadi ketua negara islam mesti mempunyai pedang yg hebat utk mempertahankan agama Allah.Bkn satu kerja yg main-main.haruslah ada senjata yg hebat.kerja serius..xkan nk pakai pedang cikai2.org nk berperang peralatn perang mesti hebatkan..
Post a Comment