KERJA... KERJA... KERJA...
Sunday, May 1, 2011
Hari ini 1 Mei, semua orang tahu hari apa kan...? Ya, Hari Pekerja, yang disambut oleh semua pekerja-pekerja di Malaysia setiap tahun. Aku kalau nak cerita pasal kerja ni, seawal dari sekolah rendah aku dah mula bekerja. Maklumlah orang susah, pandai-pandailah cari duit poket sendiri. Bermula dari kerja kedi di padang golf, kilang roti, kedai makan, stesen minyak, cuci kereta, kilang sarung tangan hinggalah ke hotel-hotel - semua aku pernah rasa... Sehingga ke hari ini, kerja tetap atau kerjaya aku adalah seorang guru... Dan Insyallah dengan izinNya, aku kepingin untuk pencen dengan gelaran cikgu...
Tapi sudah tentu, beban dan tanggungjawab antara kerja 'cari duit poket' dengan kerjaya sekarang amat jauh bezanya. Jika dulu aku tak fikir pun nak kerja sampai bila, gaji tak kisah banyak mana pun. Waktu kerja pun kadang-kadang ikut mood je. Nak kerja pergi, malas kerja tak payah pergi... Tapi cuba aku buat perangai macam tu sekarang ini, tak pasal-pasal dapat surat tunjuk sebab...! Itu pun kira ok lagi, kalau dapat 'pergerakan gaji statik' kan naya...!
Aku bekerja untuk cari makan anak bini aku. Bagi duit sikit-sikit kat orang tua aku. Melunaskan semua hutang untuk hidup, hutang kereta, hutang peribadi, bil itu, bil ini... Sesekali terfikir gak aku, dengan kerja dan gaji sekarang ini, boleh ke aku nak hidup kaya-raya, rumah besar, kereta menjalar... Hakikatnya: hem dalam mimpi ajer ler... Dalam keadaan dan persekitaran hidup sekarang ini, kehidupan yang aku jalani sekarang ini dah memadai sangat dah... Tapi agak-agaknya sampai bila boleh bertahan sebegini...?
Setiap tahun, sebagai kakitangan awam aku akan mendapat kenaikan gaji tahunan. Namun setiap tahun juga aku tak rasa langsung kenaikan tersebut. Iyalah, jika gaji aku naik RM100, perbelanjaan naik berkali ganda pula. Minyak naik, harga barangan naik, pakai makan semuanya naik... Mulalah aku terfikir, alangkah bagusnya jika tiada ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan; alangkah bagusnya jika sumber negara dibelanjakan dengan lebih berhemah; alangkah bagusnya jika benar-benar "rakyat didahulukan"...
Seorang sahabat aku dulu pernah berkata:
"Biarlah gaji tak naik pun tak apa, yang lebih penting kos hidup tak naik..."
Aku agak bersetuju dengan pandangan tersebut. Tapi kan lebih baik jika:
"Gaji naik tapi kos hidup tak naik-naik..." Hee hee... Agak-agak boleh ke...?
Apa-apa pun buat semua yang bergelar PEKERJA di mana saja anda berada, selamat Hari Pekerja aku ucapkan. Besok kita nikmatilah cuti kita ye... Pesan aku pada yang belum bekerja pula, enjoylah korang puas-puas buat masa sekarang ini, besok-besok dah mula kerja nanti... ermmm korang rasa sendiri ler...
35 comments:
selamat hari pekerja
cuti 3 hari
selasa confirm liat nak pegi keje
huhu
kerja untok hidop, bukan hidop untok kerja
selamat hari pekerja..
keje guru keje mulia...tapi berat tanggungjawabnya.
bak kata Labi: selagi tak tutp mata, kerja..kerja..kerja..
delarocha:tau takpe...hu hu...
gedek!:makan untuk hidup...
ummiross:tula pasal ummi...
IM:tak kerja takde gaji plak...ate...?
ermmmm...dah pencen esok pun kerja jugak....pendek kata, selagi jantung bekerja...kita tetap bekerja.....nama je cuti nhari pekerja...huuu.
heee..
kereta menjalar susah a.k.a lambat nak dapat...
tanam je la pokok2 menjalar...macam pokok/daun sireh, pokok kekacang, pokok itu pokok ini...ihikss..cheerrrsss
sham..betul dan sokong 300%.
gaji biar naik.tapi harga barang2 tetap..ini tidak..harang barang melambung tinggi..gaji naik seciput je..
Selamat bercuti...tp sy tetap kerja...
humairi:betullah kata IM tadi...selagi tak tutup mata,kerja...kerja..kerja...
sz:boleh tunggang ke pokok menjalar tu...;P
erna:tula pasal...sampai bila nak kayo camtu..?huu..
Terima kasih kerana sudi mengikuti Ridoma. Selamat hari pekerja.
Walaubagaimana sekalipun, kata orang kerja sebagai guru adalah mulia.
Selagi ilmu yang diturunkan kepada anak2 murid itu diamalkan oleh mereka, selagi itulah pahala topup mencurah2 ke atas anda.
Salam perkenalan dari sy, Ridoma..
nyanyisunyi:selamat bekerjalah kalau gitu...;)
ridoma:begitulah harapannya...amin...
salam kenal jua dari saya.
selamat hari pekerja...;-)
selamat xkerja lagik..hehe
Salam hormat dan selamat hari pekerja Sham, ... b3njy seronoknya dapat cuti panjang2 ... hehehe, alangkah baiknya selasa pun cutikan bagi meraih Dato' L.C. Wei juara super series India ..hahaha (kau ni b3njy dah di bagi betis nak kan peha pula ... blalah u b3njy) ...bukannya apa bukan selalu can ni kan ... hari tu team bola menang piala suzuki cuti 1 hari, kalau menang piala dunia mahu 1 minggu cuti rasanya .... hahaha ... Sebagai pekarja memang betul kekadang duit gaji cukup2 je sebulan ... namun nak buat cam ner .. tak kan nak 'fire' PM bagi naik gaji kot ... nanti bertambah botak kepala dia ... hahahaha (siaplah kau b3njy jap lagi masuk ISA lah engkau) ... B3njy rasakan bekerja sebagai seorang guru sesuatu kerja yang mulia dan di sanjung oleh masyarakat ... dan b3njy pasti Sham pun rasa juga aura sebagai seorang guru kan ... apa2 terima kasih atas N3 Sham ni kerana ia mengingatkan b3njy agar berjimat cermat.
p/s: rupanya ramai juga guru yang aktif sebagai blogger ni yerr ...
assalam cikgu sham
seorang guru saya pernah berkata jadikanlah kerja itu sebagai full time hobby, jangan part time hobby...
setelah dalam dunia pekerjaan, saya rasa tak praktikal pula...mungkin saya tak mengkaji habis..
btul.klo gaji naek setingkat,kos idup naik 3 4x ganda,xde maknenye jugak.hu3
selamat hari pekerja! ^_^
selamat hari pekerja =)
haehh ,malas nye rasa nk keja T__T
As Salam!
Saya suka sangat jika gaji naik tapi bila memikirkan harga barang naik dulu bila dengar gaji nak naik...terus rasa tak ada maknanya gaji naik.
selamat menyambut hari pekerja.. dan selamat berhujung minggu..oops dah masuk senin hehe
Lebih baik naik gaji dari tak naik langsung, sbb kenaikan kos hidup kerajaan manapun sekalipun tak dpt menghalang..
Jom singgah Jalan Broga.
huhuuuuuuuuuu kojo la den,. hari2 kono kojo,.. tak kojo takdo gaji
salam sham...,
selagi hidup selagi tu laa kena kerja sham....dah mati sok pun KENA kerja gak....
SELAMAT HARI PEKERJA....
Dah kerja balik hari ini Sham.... Mengajar ye... keperluan semua umat sejagat. Guru diperlukan dimana-mana....
Kakak pun kerja juga. Tapi taklah melambak kertas macam gambar yg ditepek tu. Menakutkan je...:)
biarlah kite kerje seikhlas hati..slmt hari bekerja sham..
Selamat hari pekerja.. Aku pun dari sekolah rendah dah mula jadi buruh kat ladang sawit.. Orang susah beb
selamat hari bekerja...
amereka bekerja keras gak nak hapuskan pejuang tulen....
patutnya 3 hari cuti hujung minggu tapi akak kena kerja jugak Sabtu tu jaga exam, haisy..dema kata kat akak seronok dapat duit lebih jaga exam tapi bila suruh dema ganti, tak nak pulak dema, semua lari.
yelah2..nak enjoy la nih.. :P
Post a Comment