Sahabat Tanpa Suara

Takziah Vs Tahniah... Kolot Vs Terbuka...

Tuesday, December 2, 2014

Assalamualaikum...

Bila kita ditimpa sebarang kesusahan, kesakitan atau sebarang musibah pastinya kita akan menerima pelbagai ucapan takziah dan simpati dari saudara mara dan rakan-rakan, betul...? Ucapan-ucapan tersebut menunjukkan yang mereka-mereka mengambil berat dan bersimpati dengan nasib kita... Menunjukkan yang mereka sayangkan kita... Apabila mendengar ucapan-ucapan ini pastinya kita merasa sedikit lega dan beban kesakitan atau kesusahan itu pastinya terasa sedikit ringan...

Bagaimana pula jika ada yang tiba-tiba mengucapkan tahniah diatas musibah yang melanda kita itu...? Ei gilo ke apo...? Orang sakit ni tetiba pulak ko bagi ucapan tahniah...! Pernah korang terima ucapan sebegitu...? Tahniah kerana anda dipilih olehNya...! Allah nak bagi anda pahala, Allah nak mengangkat darjat anda, anda adalah wira so on so on... Ooo gitu puloks... Aku tak pastilah adakah ini trend ucapan kepada orang-orang sakit sekarang ini... Almaklum aku tak pernah ditimpa penyakit besar sebelum-sebelum ini... Dan stail aku pula bila jumpa orang sakit memang ucapan takziah jela yang aku ucap... Banyak bersabarlah, tumpang simpatilah, kami merasai kesakitan anda bla bla... 

Tapi kali ini bila aku 'mendedahkan' penyakit aku, banyak pulak aku mendapat ucapan-ucapan sedemikian... Well agak berlainan perasaannya bila mendengar ucapan-ucapan sebegitu... Lebih memotivasikan dan lebih memberikan kita semangat untuk terus berjuang melawan penyakit... Betul, jujur aku katakan memang lebih best mendengar ucapan-ucapan sedemikian...

***********************************

Sekarang ini aku tengok orang semakin terbuka pemikirannya... Kalau dulu ramai orang menyembunyikan penyakit mereka, atau musibah yang melanda, kerana salah satu faktornya adalah mereka takut tanggapan orang ramai terhadap mereka... Kalau dulu-dulu, bila orang ditimpa penyakit/ musibah mesti ada mulut-mulut longkang yang mengata:

"hah tula, kan dah kena balasan Tuhan... ni dia ni dulu mesti selalu buat kerja jahat ni..! Mesti selalu menganiaya orang ni...!"

Tak pun mesti ada yang mengata:

"Ni tak lain ni mesti saka orang tua dia ngacau la tuh... Orang tua ni ni 'membela' dulu nih... Kan dah kena ke dia pulak ni...!"

Ei apa daa... Kata-kata tu semua macam nak menidakkan takdir Illahi pulak kan... Memanglah kadang-kadang Allah tu bayar 'cash' pada orang yang berbuat jahat di dunia ni tapi kita janganlah main pukul rata jer... Asal kena penyakit/ musibah jer pasti sebab balasan tuhan... Apa daa... Lagi pun siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang, kan...? Janganlah kita ambil alih kerja Tuhan pulak...

Tapi itu cerita dulu-dulu kot, sekarang ni apa yang aku tengok dan apa yang aku rasai; penerimaan orang-orang disekeliling aku ok jer... Saudara-mara, rakan-rakan, jiran tetangga still macam biasa-biasa ajer... Takde pun pandangan pelik mahupun jelik yang aku terima... Aku tak nafikan mungkin masih ada lagi orang-orang yang berfikiran kolot dan negatif seperti yang aku mention tadi tapi yang berfikiran terbuka dan positif itu lebih ramai sebenarnya... Keadaan sebegini pastinya sedikit sebanyak mendorong orang-orang yang berpenyakit (seperti aku) selesa untuk 'mendedahkan' diri dan tidak menyorok atau memerap di rumah sahaja, semata-mata takutkan tanggapan orang ramai kepada kami...

Trend ini adalah trend yang baik aku rasa... Barulah nampak macam pemikiran orang-orang maju kan...? Dan lebih penting pemikiran orang-orang yang mempercayai Qada dan Qadar Allah...


9 comments:

ewanthology December 2, 2014 at 10:11 AM  

sesungguhnya Allah tidak akan menduga umatnya melainkan umatnya mampu menghadapinya.... sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala galanya.

Izwa Kamaruddin December 2, 2014 at 10:51 AM  

semoga terus kuat dalam hadapi dugaan allah

Kakzakie Purvit December 2, 2014 at 2:08 PM  

Imbau kembali kisah nabi Ayyub diuji dengan kematian haiwan ternakannya satu persatu, kemudian ladang dan kebun tanamannya rosak menjadi kering kontang. Seterusnya Iblis menguji Nabi Ayyub dengan gedung-gedungnya terbakar habis sehingga dalam waktu yang singkat itu Nabi Ayyub telah menjadi miskin. Baginda tidak memiliki apa-apa lagi selain hatinya yang penuh dengan keimanan dan taqwa

Nabi Ayyub juga diuji dengan di timpa sakit yang amat parah sehingga tidak mampu berjalan dan bergerak, makin lama makin kurus, tenaganya makin lemah dan wajahnya pucat tidak berdarah serta kulitnya menjadi berbintik-bintik. Baginda akhirnya dijauhi oleh orang kampung dan kaum kerabatnya. Penyakit yang dideritainya semakin parah sekali sehinggakan daging tubuh baginda menjadi busuk.

IMAN dan TAQWA itulah senjata hingga akhirnya Allah memberikan kesembuhan.

Maaf terpanjang komen kakak tapi tujuan kakak nak Sham KUAT dan teruskan DOA mohon padaNYA..

Unknown December 2, 2014 at 11:33 PM  

Kte doa yg terbaik utk SHAM skeluarga

kakrose December 3, 2014 at 9:13 PM  

belum ada keberanian nak ucap tahniah kepada orang yg sedang sakit,nmpk tak manis pulak..

Kopiolimauice December 4, 2014 at 2:09 PM  

tq to add as a friends.. mga tabah mnghadapi ujian dr Tuhan

Najib Ariyan Ali Basha December 5, 2014 at 12:03 PM  

Pada awal abad ke 20 ni seorang ulama Mesir beritau...

'aku lihat islam di barat tapi tiada muslim, aku lihat muslim di timur tapi tiada islam'

membawa maksud... orang2 bukan muslim lebih mengamalkan peribadi islam berbanding orang2 muslim yg rosak akhlaknya...

aRz MoHa December 9, 2014 at 10:28 AM  

Setuju sham,

Allah menguji seseorang hambanya dengan cukup dengan kemampuannya.

Walaupun diuji denganujian yang besar. Sham masih mampu berdiri dan menyedarkan masyarakat tetnang pentingnya menjaga kesihatan.

Tahniah Sham. Sihat atau sakit semua PASTI akan bertemu Ilahi.

Hidup didunia adalah pelaburan untuk ke akhirat kelak.

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP