Falshback Part 8: Ku Pulangkan(15 Jam Bertarung Maut) ...
Monday, June 8, 2015
Assalamualaikum...
Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 7 disini>>
**********
Keputusan telah dibuat: aku akan buang kanser ini, itu hal baiknya... Yang tak baiknya bersama-sama dengan kanser tersebut aku terpaksa korbankan sekali pita suara aku... Ye aku bakal kehilangan salah satu organ yang DIA 'pinjamkan' kepada aku, aku bakal kehilangan suara aku... Fuh besar nilai kehilangan tu kan... Tapi aku sentiasa memujuk hati dengan selalu berkata: aku bukan 'kehilangan' tetapi aku 'memulangkan' apa yang telah dipinjamkanNYA kepada aku...
Dari segi mental dan fizikalnya aku rasa aku sudah cukup bersedia... Aku berdoa, aku bertawakal, aku berserah kepadaNYA; sebagai persediaan mental... Sebagai persediaan fizikal pula, sudah puas aku tengok, study dan google kes-kes pasca pembedahan seperti yang bakal aku lalui nanti... Cumanya untuk membayangkan bagaimana keadaan aku khasnya nanti, masih agak kelam... Kurang bayangannya, takut untuk membayangkannya itu masih kuat juga...
Tapi mahu atau tidak, rela atau tidak aku harus juga menghadapinya... This is my journey... It is meant for me... Memang untuk aku, harus mengertilah...
Di pihak perubatan segala-galanya telah tersedia... Yelah dah tugas mereka, segalanya pasti mengikut jadual... Sehari sebelum pembedahan aku dimasukkan ke wad... Katil 20, wad 5H, Pusat Perubatan UKM, disitulah aku ditempatkan... Sejarah, memang sejarah... Seumur hidup aku, aku tidak pernah dimasukkan ke mana-mana hospital, atas sebab apa-apa penyakit pun... Namun disebabkan penyakit ini, ini kali kedua aku diwadkan... Pertama kali di wad ini juga, cuma katil yang berlainan; atas sebab biopsi untuk menentukan jenis ketumbuhan di dalam tekak aku ini dahulu... Aku pernah ceritakannya disini>>...
Namun pembedahan biopsi itu hanyalah pembedahan minor, Walau pun aku dipengsankan untuk pembedahan itu, risikonya masih amat kecil berbanding dengan pembedahan kali ini... Pembedahan kali ini prosedurnya jauh lebih besar dan berisiko... Menurut doktor, pembedahan bakal menelan masa 10 ke 15 jam... Bergantung kepada situasi semasa, termasuk respon fizikal aku ketika pembedahan, dan keadaan ketumbuhan itu sendiri... Tempoh recovery: 10 ke 14 hari, bergantung kepada tubuh badan aku... Fuh this is not just a big thing, this is HUGE...
Selain itu terdapat beberapa lagi risiko yang berkait rapat dengan keadaan semasa ketumbuhan di dalam tekak aku itu, antaranya adalah sejauh mana ia telah merebak... Menurut Dr Mawaddah yang bakal menjadi ketua team pembedahan itu nanti, apa yang merisaukannya adalah jika ketumbuhan itu telah merebak lebih jauh dari yang dijangkakan... Jika benar ianya telah merebak maka bukanlah setakat pita suara sahaja yang perlu aku korbankan... Antara lain yang turut akan 'terkorban' adalah thyroid aku dan beberapa kelenjar nimfa yang terletak di bahagian leher aku... Wow mengerikan bukan... INDEED...
Pagi sebelum pembedahan, beberapa jam sahaja lagi untuk aku bersuara seperti manusia normal, seperti korang-korang semua... Aku cuba untuk kelihatan cool, cool secool coolnya...Tapi dalam hati hanya ALLAH tahu, berdebar giler woo...! Seumur hidup aku inilah debaran yang paling hebat yang pernah aku rasakan...! Namun syukur juga aku mendapat support yang penuh dari semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat yang datang bertandang...
Finally masanya tiba juga, aku diberikan persalinan pembedahan, siap dengan 'shower cap' lagi... Sebelum ditolak ke dewan pembedahan aku di beri sebiji pil penenang, ianya berkesan- kurang sikit debaran yang kurasa... Sekali sekala aku merasakan macam dalam filem: biasakan korang tengok babak orang kena tolak dengan katil sorong tu... Pandangannya ke atas, tengok ke arah lampu, kejap kelam kejap cerah... Pastu shot dalam keadaan slow motion, surrounding sound suspende jer, diselang seli dengan bunyi geselan roda katil sorong- nyit nyit, nyit nyit... Well itulah yang aku rasakan, dalam perjalanan menuju ke dewan pembedahan... Pada masa ini aku rasa bagilah pil penenang ke apa ke, debaran tetap terasa di puncak... Dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap..............................
Kini aku sudah di dalam bilik pembedahan... Debaran sudah hampir tiada... Suka aku bayangkan situasi aku seperti seorang anggota unit pemusnah bom... Cuba bayangkan, ketika mendapat panggilan untuk memusnah bom, pemusnah bom tersebut pastinya berdebar-debar untuk melaksanakan tugasnya... Sebaik tiba di tempat kejadian pasti debaran semakin kencang... Dia melangkah menuju ke tempat bom tersebut, dada berdebar-debar dup dap dup dap... 50 meter dari tempat bom diletakkan, hanya ALLAH yang tahu debarannya bagaimana... 10 meter dari tempat bom, kemuncak debaran, pastinya jantung rasa nak gugur dengan debaran tersebut...
Sebaik tiba di tempat kejadian, debaran tersebut sudah sampai ke klimaks; makanya tiada lagi debaran yang menggegarkan jantung... Semuanya sudah di depan mata, apa lagi yang nak didebarkan, apa yang perlu dilakukan hanyalah: samada untuk berhadapan/ musnahkan bom tersebut dengan sebaik mungkin, atau terus membiarkan debaran menguasai diri dan membiarkan bom tersebut memusnahkan dirinya...
Well begitulah metaforanya aku di dalam bilik bedah tersebut... Tiada lagi debaran... Aku menghela nafas panjang-panjang... Ini detik-detik terakhir aku bernafas sebagai seorang manusia yang normal... Namun, ku pasrah, ku akur... 786 Alhamdulillah syukur...
"Assalamualaikum..."
Suara yang cukup ku kenal menyapa... Siapa lagi kalau bukan Dr Mawwadah, dia tersenyum seperti biasa, ceria sokmo...
"Waalaikumusalam..." jawab aku...
"Apa khabar cikgu...? Cikgu dah sedia...?" soalnya...
"Tidak, tapi, just do it... Huhuhu... Yela lagi mau tanya ka...? Dah masuk dewan bedah kan, takkan tak sedia lagi kot..." sudah tentu itu kata-kata aku dalam hati jer... Yang sebenarnya terluah:
"Ye doc insha Allah dah sedia... Doc, tolong saya ye... Keluarkan kanser tu dari badan saya ni..."
"Iye cikgu, itulah sebabnya kita berada di sini kan... Insha Allah semuanya akan berjalan lancar..." tersenyum jer dia menjawab...
"Ok cikgu saya nak buat last preparation sekejap, lepas ni pakar bius akan datang untuk biuskan cikgu, then we can start the procedure ye..." katanya sambil berlalu pergi...
Selang beberapa ketika pakar bius yang dimaksudkan pun sampai... Sebenarnya kami dah berjumpa pun petang semalamnya... Dia bertanya beberapa soalan, untuk persediaannyalah sebagai pakar bius... Antaranya adalah seperti: pernahkah aku menjalani apa-apa pembedahan sebelum ini, adakah aku mempunyai sebarang penyakit kritikal, adakah aku mempunyai alahan terhadap sebarang ubat dan sebagai... Dan pagi ini sekali lagi dia bertanyakan soalan-soalan yang sama, untuk kepastian...
"Baik incik, sekarang saya akan inject bius ye... Dalam 5 - 10 minit lagi incik akan 'tidur' ye..." sambil tangannya menjalankan tugasnya, membuat drip, menginject bius ke dalam tubuh aku... Aku terkebil-kebil, antara sedar atau tidak...
"Ya ALLAH ya tuhanku... Sesungguhnya ENGKAU yang menciptakanku, ENGKAU yang memberikanku nyawa, ENGKAU yang memberikanku kehidupan... Aku bermohon kepadaMU ya ALLAH, jika hidupku ini bernoktah disini maka ambillah aku dalam keadaan aku mengakui keesaanMU... Sesungguhnya TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKANMU YA ALLAH... DAN SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU PESURUHMU YA ALLAH...
Namun jika masih ada rezeki aku di atas bumiMU ini ya ALLAH, maka jayakanlah pembedahanku ini... Berilah aku ihsanMU, angkatlah penyakitku ini, berilah aku kesembuhan, berikanlah aku kesihatan...
Sesungguhnya segala yang aku miliki ini adalah milikMU, yang ENGKAU pinjamkan kepadaku... Maka hari ini aku pulangkan kembali hak MU yang ALLAH... Sesungguhnya aku redha dan aku bersyukur..."
Lalu segala-galanya gelap...
19 comments:
semoga terus tabah menghadapi ujian serta ketentuan Allah SWT...
memang takde peluang langsung ke nak bersuara balik, cikgu? terapi ke?sekadar bertanya,maaf kalau soalan terlalu straight forward
Xleh ler sal...dh xde pita suara golek2 pn xdapat kuar suara dh...huhu..
pengalaman yg nebgerikab n perlukan ketegaran semangat...izin kak copy tulisan cikgu ni ya sbg rujukan utk berkarya...terima kasih.
tersilap text pula..mengerikan tu yg nk ditaip sorry cikgu.
Assalam Cikgu Sham, saya doakan kesihatan berterusan buat cikgu...
Moga Sham tabah dengan dugaan hidup ni...ada hikmahnya semua ni terjadi.
Bila kita tak berhadapan kita tak tahu keadaan macam mana..
Moga a.Syam sihat dan menjalani rutin harian.
sham...yan pernah kena bius..masih terasa sakitnya bius di belakang badan...nangis kuat2 masa tu..huhu...kuatkan semangat untuk hadapi hari esok :-))
anda seorang yang kuat...saya tidak tahu bagaimana keadaan saya jika saya yg menghadapi saat2 tersebut.
terasa debarannya, tapi Syam yg melaluinya pasti lebih lagi.
Saya pun turut merasakan debarannya Sham...tabah ye...
sedih nyer...
Mmg sampai pjalanan cite cikgu kali ni..saya pun seram.. kipidap! ��
Mata masuk habuk pulak bila baca N3 ni..tabah yer sahabat...be proud of your self yer...Allah tahu kamu mampu tanggung ujian ini...keep strong...Yg sakit belum tentu mati awal.. sihat juga bukan ukuran mati lambat...
ada hikmah kenapa Allah memilih kamu utk melaluinya ... tabah dan redha ya ... semoga dipermudahkan segala urusan ...
Sham, segalanya milik Dia, pinjaman buat kita sahaja, jika sham rasa ini yang terburuk buat sham, yakinlah ada yang lebih buruk nasib mereka dari kita.Bandingkanlah dengan mereka yang berada di bawah sham, kita akan lebih mengerti nikmat syukur. Doa dari kak ana sentiasa buat sham dan keluarga.AMin.
Kalau bunda ditempat tak tau lah...mungkin pasrah ajer kot...demi kebaikkan, semoga Sham bertabah selalu...
Salam Ramadhan AlMubarak..
Saudara mmg seorang yg tabah.. setiap kita pasti ada cabaran dlm kehidupan ini, namun apa yg saudara hadapi bukan sesuatu yg mudah utk diterima kebanyakkan org.. Saya mendoakan kebaikan buat saudara, mudah2an sentiasa diberkati dan dikurniakan ketabahan Illahi.. semoga sembuh juga... aamiin ya rabbal alaamiin.
Selamat menyambut Ramadan al mubarak.. semoga Ramadan tahun ini beroleh keberkatan yg lebih besar dari tahun2 sebelumnya... aamiin.
Post a Comment