41
Wednesday, June 14, 2017
Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku.
Suatu ketika dahulu aku pernah meletak target, ketika aku berusia 40an aku nak memiliki sebuah rumah besar, memiliki sebuah kereta buatan German, kerjaya tetap dan stabil, di samping side income yang menjana pendapatan RM ribu2an.
Tapi apa yang aku ada hari ini adalah: sebuah rumah teres, sebuah kereta buatan Jepun, 0 side income. Dan paling 'best' aku dapat penyakit KANSER!
Jika ditanya adakah aku kecewa? Ya, aku kecewa. Sebagai seorang manusia biasa, aku kecewa kerana meskipun aku ada berusaha ke arah target2 yang aku sebutkan di atas namun aku tak dapat mengecapi kejayaannya. Sehinggakan kadangkala aku terfikir ada sesuatu suwey yang menimpa dan menghalangi aku. Astaghfirullah...
Kemudian aku tersedar, ada sesuatu yang aku dapat tanpa aku pernah meminta. Ada sesuatu yang ALLAH bagi kepada aku secara percuma, iaitu HIDAYAH dan KESEDARAN.
Arghhh aku cerita panjang2 nanti boleh mendatangkan riak. Tapi aku yakin, aku telah menjadi seorang manusia yang LEBIH BAIK. Jauh lebih baik dari apa yang aku jangka dan harapkan. Mungkin bukan lebih baik dari segi fizikal, harta dan kekayaan, tapi dari segi dalaman. Yes, its getting better and better. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Dan aku petik:
..., Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)
9 comments:
Selamat Hari Lahir cikgu Sham.
Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian serta sentiasa di bawah lindunganNYA.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN CIKGU SYAM MOGA SENTIASA DLM PERLINDUGA ALLAH
selamat hari lahir. Semoga panjang dan berkat umur.
Ya, itu yg lebih berharga.
Sanah helwah.
Sanah helwah buat awak. Semoga diberikan kesihatan yg baik
Mendengar radio ikim hari ini membuat kakak teringat Sham
Kuat kata hati kakak SHAM yg diperdengarkan dlm siaran itu adalah Sham yg kakak kenal melalui blog ini
Terkesan dari paparan berkaitan cancer yg diperdengarkan.
Moga terus kuat dan tabah
Semua ini mendekatkan diri kita kepada Allah.
Salam perkenalan...semoga tabah... gembira...
Asalam ..sayang dah tak aktif blog ni..saya dah follow ya
I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to understand. Unlike other blogs I have read which are really not that good.Thanks alot. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo
Post a Comment