Hari Ke-7
Sunday, October 24, 2010
Hari ni genap 7 hari Iffa melihat dunia. Walaupun tak banyak yang dia lihat sebenarnya. Nak lihat macam mana, asyik tido je. Huhu... Banyak berlaku sepanjang seminggu ni. Kalau nak ikutkan kerenah, kalah abang dia. Iffa kuat menyusu. Tak kurang sejam sekali mesti nak minta susu. Lambat sikit uwekkk. Dapat t*t*k terus senyap. Nasib baik bukan menyusu dengan aku. Tapi dua tiga hari kebelakangan ni dia kuat pulak tido. rupa-rupanya Iffa kena sakit kuning. Ada pun persamaan Iffa dengan Amin, kedua-dua anak aku ni tak dapat lari dari penyakit kuning. Bezanya Amin keluar dari perut dah kuning, Iffa sempat balik ke rumah dulu. Lusanya bila diperiksa di klinik kesihatan baru sah kena penyakit kuning. Aduyai...
Hubungan Amin dengan Iffa setakat ni berjalan lancar. Nampaknya Amin dapat menerima kehadiran 'pesaingnya' di rumah ini. Nampak gaya sehari dua ni sayang sangat dia ke adiknya tu. Tiap-tiap pagi celik je mata dia akan bertanya dulu 'adik mane? adik mane?' Bila dah nampak adik mesti nak minta sayang. Suka sangat dia dapat cium adik dia tu. Semoga Amin dapat menjaga dan menjadi pelindung kepada adiknya sehingga ke dewasa kelak.
Hari Jumaat lepas, aku selesai menunaikan tanggungjawab aku sebagai bapa kepada Iffa dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Cewah.. Aku siap mendaftar kewujudan seorang lagi rakyat negara ini. Selepas memikirkan selama 5 hari 5 malam (tak termasuk waktu mengandung dan selepas disahkan jantinanya) maka nama yang terpilih adalah IFFAHANI IMAN NUR BINTI SHAMSUL RIZAL. Yes! welcome to Malaysia my honey.
Satu lagi kejadian yang berlaku minggu ni adalah 'penanggalan' tali pusat Iffa. Memang tak disangka-sangka. Petang Jumaat selepas dia mendapat nama secara rasmi- keteput (ada sound effect tu)- tercabut pusat dia. Weh cepatlah pulak. Abang dia ada nak masuk 2 minggu baru tercabut tali pusat. Orang tua-tua cakap budak cepat tercabut tali pusat ni dengar cakap, tak degil. Mudah-mudahan...
3 comments:
sy suka nama iman.. :D
letaklah gambar byk sket.....
sedap nama
ALL IN ONE
Post a Comment