Sahabat Tanpa Suara

Sejarah Mekah

Saturday, August 28, 2010

1. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Adam
Menurut riwayat pendudukan kota Mekah telah bermula sejak zaman nabi Adam lagi. Pedudukan kota Mekah adalah betul-betul selaras dengan kedudukan Baitul Makmur iaitu pusat tawaf para malaikat bagi mengEsakan Allah. Pada ketika Allah ingin menjadikan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi, para malaikat mempertikaikan keputusan Allah. Allah lalu berfirman :"Sesungguhnya Aku mengetatahui apa yang kamu tidak mengetahui!" Malaikat merasa amat takut dengan jawapan Allah yang tegas itu lalu bertaubat, untuk membuktikan ketaatan mereka para malaikat telah mengelilingi Arasy Allah sambil bertasbih mengEsakan Allah. Oleh kerana Arasy Allah itu terlalu luas, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun telah meringan beban para malaikat dengan mencipta sebuah binaan yang lebih kecil dipanggil sebagai Baitul Makmur. Sejak itu para malaikat pun melakukan tawaf di sekeliling Baitul Makmur. Ketika nabi Adam mendiami kota Mekah Allah telah pemerintahkannya untuk membina sebuah binaan yang seakan-akan Baitul Makmur. Binaan itu adalah Kaabah yang berkedudukan selaras dengan Baitul Makmur di Arasy Allah. Sejak itu Allah memerintahkan nabi Adam dan kaum keluarganya untuk bertawaf mengelilingi Kaabah bagi mengEsakan Allah S.W.T.

Gambaran Kota Mekah pada zaman purba


2. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Ibrahim
Sebelum nabi Ibrahim menduduki Mekah, sekitar kawasan tersebut hanyalah terdiri dari tanah yang gersang dan kering kontang. Pada ketika Baginda bersama dengan anaknya nabi Ismail mendirikan semula Kaabah, datanglah kabilah Jurhum untuk tinggal bersama-sama mereka di kota Mekah dan bersama-sama membangunkan kota Mekah itu. Nabi Ismail telah bernikah dengan seorang wanita dari kabilah Jurhum dan telah dilantik menjadi pemerintah Mekah. Baginda telah memerintah Mekah sehinggalah kepada anak cucu Baginda. Setelah lebih 2 abad memerintah Mekah, kabilah Jurhum telah melarat dan sesat dengan kemaksiatan yang mereka lakukan. Dengan takdir Allah mereka telah dikalahkan oleh kabilah khuza'lah dalam peperangan. Sejak itu kabilah Khuza'lah telah mengambil alih pemerintahan Mekah dan kembali memakmurkannya. Namun kabilah Khuza'lah ini jugalah yang bertanggungjawab membawa masuk berhala ke dalam Kaabah dan memesongkan ajaran nabi Ibrahim. Setelah sekian lama memerintah Mekah, tampuk pemerintahan Mekah telah bertukar kepada Qusai Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Pemerintahan kaum Quraisy berterusan sehinggalah kepada datuk Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Mutalib.

Mekah pada kuru ke 18


3. Pendudukan Mekah Selepas Baginda Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W telah menawan kota Mekah dari kaum Musyrikin pada tahun ke 8 Hijrah. Pada ketika itu kaum Muslimin telah memusnahkan kesemua 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Sejak itu juga kota Mekah telh berfungsi sebagai kota suci umat Islam di seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khatab, berlakunya perubahan yang ketara terhadap kota suci ini. Khalifah Umar telah membeli kawasan di sekitar Kabaah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan masjid bagi keselesaan umat Islam yang datang beribadat di kota tersebut yang bilangannya meningkat saban tahun. Sehingga ke hari ini pemerintah kota Mekah berada di tangan pemerintah Arab Saudi. Perubahan demi perubahan telah dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membesarkan lagi sekitar kawasan kota paling suci umat Islam di seluruh dunia ini.

Mekah 2010


Gambaran Kota Mekah pada masa akan datang

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP