
Ais kering merupakan gas karbon dioksida di dalam bentuk pepejal. Suhunya yang sejuk lampau boleh mencecah kepada -100 darjah celcius. Ais kering sering digunakan dalam persembahan teater atau pun nyanyian untuk memberi efek seperti asap. Tujuan lain ais kering adalah untuk menyejukkan sesuatu benda dalam tempoh yang sangat cepat. Dalam cuaca kemarau, ais kering dalam jumlah yang banyak akan digunakan untuk pembenihan awan dengan harapan dapat menghasilkan hujan.
Untuk menghasilkan ais kering dalam bentuk yang sederhana adalah tidak sesukar mana. Namun langkah berjaga-jaga haruslah diambil kerana kesejukkan ais kering itu sendiri mampu mencederakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Tangki gas karbon dioksida (boleh didapati di kedai peralatan scuba, kedai akuarium atau kedai peralatan paint ball)
2. Bag kain
3. Mangkuk
4. Pita pelekat
5. Alat pelindung mata dan sarung tangan
Cara-cara:
# Lekatkan kepala beg kain pada muncung tangki gas.
# Ikatkan dengan pita peletak.
# Semburkan gas karbon dioksida ke dalam beg selama 10-15 saat (bergantung kepada jumlah yang anda inginkan)
# Buka pita pelekat, keluarkan ais kering dari dalam beg dan masukkan kedalam mangkuk.
# Ais kering siap untuk digunakan.
Read more...