Sahabat Tanpa Suara

Menantu Tok Imam

Sunday, July 18, 2010

Ini kisah 3 orang mamat yang nak mengambil hati Tok Imam di kampung mereka yang mempunyai seorang anak gadis yang cun melecun. Mereka bertiga ni kategori jahil bin jahiliah tapi bercadang untuk menunjuk pandai kepada Tok Imam tersebut. Dengan hasrat yang satu: nak jadi menantu Tok Imam. Maka pada satu Maghrib yang ceria bergeraklah 3 mamat tersebut ke surau. Sebelum masuk Maghrib sempat juga mereka bertiga berborak dengan Tok Imam tersebut dengan niat nak 'mengambil hati' sambil mereka bertiga meng'up' diri masing-masing dengan mengofer diri untuk menjadi Imam pada solat Maghrib nanti.
Tiba waktu nak solat maka Mamat 1 dengan gentle bergerak ke hadapan untuk menjadi Imam. Setelah berniat Mamat 1 pun bertakbiratul ihram:Allahhh Taala...Masyallah ditepuk bahunya oleh Tok Imam lalu diminta ke belakang. Maka kebelakanglah Mamat 1 dengan rasa malu dan hampa.
Mamat 2 tanpa berlengah terus kehadapan kerana merasakan inilah peluangnya nak menarik perhatian Tok Imam. Lalu dengan konfiden dia pun bertakbiratul ihram: Allahuakbar...Ha macam nila baru betul...katanya sambil menoleh ke belakang. Masyallah tak boleh pakai juga Mamat ke 2 ni.
Kini tibalah giliran Mamat 3 pula. Maka bertakbiratul ihramlah dia. Elok pula solatnya sehinggalah selesai solat siap dengan wirid-wiridnya sekali. Maka banggalah dia dan Tok Imam pun memuji-mujilah dia. Maka Mamat 3 merasa tentulah dia dapat bermenantukan Tok Imam kali ini. Dengan bangganya dia pun berkata pada Tok Imam: Ha Tok,itu pun tak ambil wuduk lagi tu...kalu saya solat dengan berwuduk tadi mesti lagi hebat! Betul tak???
Tok Imam tercengang-cengang sambil berlalu meninggal kan ketiga-tiga mamat jahil bin jahiliah tersebut...

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP