Sahabat Tanpa Suara

Boikot Terus Boikot

Thursday, August 26, 2010


Tadi aku terdengar berita luar negara. Lagi tentang pencerobohan yahudi ke atas bumi Palestin. Dilaporkan penduduk haram yahudi telah menceroboh masjid lama semata-mata untuk mencuri bekalan air. Apa yang membuat penduduk setempat lebih marah adalah kerana penduduk haram yahudi tersebut siap dieskot oleh pengawal bersenjata. Apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa (yahudi jugalah) tiada sebarang tindakan diambil.

Ayuh umat Islam semua. Mungkin aku klise, atau mungkin aku dah ketinggalan zaman. Namun bagi aku peperangan menentang zionis tak pernah ada noktahnya. Benda ni dah teramat-amat biasa kita dengar. Cuma aku yakin ada gak umat Islam yang masih lalai dan ada juga yang masih acuh tak acuh dengan perkara ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini aku ingin menekan butang 'refresh'. Mari kita bangkit dan tunjukkan protes kita kepada yahudi zionis ini. Perkara terkecil yang kita mampu buat disini adalah:- BOIKOT barangan Israel. Ayuh saudara mari JIHAD...

Antara produk Israel yang WAJIB diboikot. Untuk senarai penuh kunjungi www.inminds.com/boycott-israel.html

Read more...

Cikgu Cuti Raya; Pelajar Dapat Komputer

I
Semalam aku mendapat dua perkhabaran gembira. Petang tu kan semua dah tau, kakitangan kerajaan akan menerima bonus raya sebanyak RM500. Oklah tu kan, sapa nak bagi 500; time-time gawat gini pulak tu. Sebelum daripada tu ada satu lagi perkhabaran gembira dari sekolah aku. Dalam mesyuarat mingguan semalam Tuan Pengetua memaklumkan yang sekolah aku akan bercuti sepanjang minggu selepas hari raya iaitu bermula 13/09 hingga 17/09. Bermakna selain cuti yang telah sedia diberi pada Isnin dan Khamis (cuti sempena penubuhan Malaysia), sekolah aku menambah 3 hari lagi cuti iaitu pada Selasa, Rabu dan Jumaat.

Seronoklah dapat bercuti sakan kan? Tapi yang menjadi masalahnya ketiga-tiga hari cuti tersebut adalah cuti ganti kerana cuti peristiwa tidak boleh diambil. Erm biasalah dalam meting benda-benda gini akan menimbulkan pro & konnya. Ada yang setuju ada juga yang tak setuju. bagi guru-guru yang tinggal dalam daerah dan tak kemana-mana (tak balik kampung sebab kat situlah kampungnya) dah tentu-tentulah tak nak cuti lama-lama. Lebih-lebih lagi kena ganti sepanjang 3 kali Sabtu lepas ini. Tapi yang bukan warga daerah dan yang perlu balik ke kampung yang jauh - itu sudah menjadi satu kesyukuran. Ganti pun gantilah.

Cuma yang menarik perhatian aku apabila ada seorang guru Cina yang dah 'season' menyatakan pendapatnya: "bukan saya nak campur urusan hari raya cikgu, cuma saya nak meluahkan pendapat saya berkenaan mood pelajar. Kita harus ingat yang sebaik sahaja tamat cuti pelajar akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM". Aku tengok muka Pengetua dah lain macam. Aiseh ada chance kena tarik balik cuti ni. Tapi akhirnya meting tersebut mengambil keputusan atas suara ramai:- cuti sepanjang minggu.

Satu kelegaan juga bagi aku kerana aku telah pun menamatkan silibus pengajaran. Cuma aku terkenang juga nasib budak-budak nanti. Erm pandai-pandailah korang ye...

II

Sepanjang minggu ni aku selalu nampak pelajar-pelajar sekolah ni mengusung netbook ke hulu ke hilir. Bukan sorang dua orang, ramai-ramai lak tu. Amboi kaya betul mak bapak budak-budak sekarang ye. Risik punya risik rupa-rupanya kerajaan melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah melancarkan Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). Sebagai syarat untuk mendapat netbook jenama e-machine itu, setiap pelajar yang terpilih perlulah membuat langganan jalur lebar dengan kadar bayaran yang tertentu untuk tempoh selama dua tahun.

Wah beruntung betul budak-budak ni. Cikgu pun tak dapat netbook. Tapi bagi aku baguslah program sebegini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT. Aku sempat membelek-belek netbook e-machine daripada salah seorang pelajar yang terpilih untuk mendapat netbook tersebut. Kalau diikutkan specs dia ok sesangat. Dengan processor Atom dari Intel, hard disc 250 gb, ram ddr2 1 gb. Ini kira sudah standard bagus lah. Memang beruntunglah budak-budak ni. Cuma bila aku test aku rasa memang ada sedikit kekuranganlah netbook tu. Keyboard dia agak kasar selain kursor dia agak kurang sensitif. Perlu menekan agak kuat untuk menghasilkan kesan. Paparan dia pun kurang menyerlah. Tapi apa pun siapa nak bagi netbook free kan. Dah dapat tu bersyukur jelah. Cuma pesan aku pada budak-budak aku, pandai-pandailah korang memanfaatkan teknologi, jangan korang menjadi 'mangsa' teknologi sudah...

Read more...

Keracunan Di Bulan Ramadhan

Wednesday, August 25, 2010

Aku terdengar tadi tentang kes keracunan di bulan Ramadhan ini. Ada 13 kes dilaporkan dan antara punca utama keracunan tersebut adalah disebabkan makanan yang basi atau rosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican melaporkan perkara tersebut. 7 daripada kes-kes tersebut membabitkan makanan dari pasar ramadhan.

Aku bukan nak mengata peniaga-peniaga pasar ramadhan ni, tapi aku sendiri pernah terkena sebenarnya. Nampak macam sedap je lauknya. Tapi bila berbuka, basi. Bayangkanlah, kita dah seharian berlapar ni, tetiba nak berbuka dapat pulak juadah yang macam. Tak 'hangin' ke satu badan. Aku tak kata semua peniaga tak jujur macam tu. Mungkin kebetulah hari itu aku kurang bernasib baik. Tapi tak dinafikan sebenarnya memang wujud peniaga-peniaga yang sebegini.

Dalam otak dia kerja nak untung je. Sampai sanggup menipu dengan cara begitu. Adalah mustahil kalau mereka katakan yang mereka tak sedar makanan tu dah rosak atau basi. Point dia makanan semalam yang tak terjual, janganlah dijualkan pula pada hari ini. Kalau tak basi pun ke'fresh'nes dia dah tak ada.

Lagi satu yang aku agak tak berpuas hati adalah sesetengah peniaga tu terlalu berkira. Contohnya masa menyenduk lauk, bukan main dia sukatnya. Kalau terlebih isi, siap sanggup korek balik tu. Aduyai, di bulan-bulan puasa apalah salahnya kita berniaga sambil beramal sikit. Aku yakin kalau peniaga tu tak berkira sangat, Isyallah pelanggan dia pasti bertambah ramai. Malah Allah akan memurahkan lagi rezekinya. Kepada para pelanggan pulak, mari kita bersatu. Kalau jumpa peniaga-peniaga macam ni, kita boikot je diorang. Banyak lagi gerai-gerai lain yang kita boleh pergi.

Apa-apa pun disini aku nak ucapkan syabas dan tahniah pada brother Baharin. Tokeh murtabak pasar ramadhan tempat aku. Steadyla bro, lu punya murtabak memang takleh lawan punya... Murtabak ayam dua!!!

Gambar hiasan. P.S: Pasar Ramadhan bukan tempat untuk target nak naik haji.

Read more...

Inglourious Basterds

Sunday, August 22, 2010

Malam tadi aku baru berpeluang menonton filem ni. Payah nak eja tajuk dia tapi Inglourious Basterds adalah nama bagi sekumpulan tentera yahudi yang mengganas di Jerman semasa perang dunia ke-2. Aku tahu cerita ni dah hampir setahun di pawagam cuma pada masa tu aku tak berkesempatan langsung nak menonton. Apa yang membuat aku tertarik pasal ceritanya: yang pertama standardla- aku ni peminat Brat Pitt. Kedua sebab ada agenda yahudi dalam cerita ni. Aku nak tengok apa yang nak dipropagandakan oleh yahudi melalui pengarah dia Quentin Tarantino.



Overall, aku boleh bagi thumb up untuk cerita ni. Setelah aku cuba ketepikan agenda 'keyahudian' dalam cerita ni, aku cuba menonton cerita ni melalui sisi kisah yang penuh psicko, kelakar dalam aksi stail Tarantino. Permulaan cerita dah buat aku berdebar. Cara Kolonel Hans Landa yang dilakonkan Christoph Waltz menyoal jawab petani berkenaan keluarga yahudi yang disembunyikan memang beshht. Memang psicko gile petani tu jadinya. Nangis-nangis mamat tu.

Harapan untuk tengok Brat Pitt mengangkat senapang menembak musuh-musuh Jerman tak kesampaian kerana sememangnya takde pun aksi tembak-menembak yang melibatkan Pitt. Keganasan Pitt sebagai Lef. Alda the Apache hanya pada 'kehebatan' beliau mengelar dahi askar Jerman dengan cop kaki 4 Nazi.

Tapi yela, cerita pun agenda yahudi, mestilah puak dia yang menang. Kisah ini berakhir dengan Hitler dan semua orang-orang kanannya mati dalam panggung ditembak oleh dua orang askar yahudi. Di samping itu juga kematian semua askar-askar Jerman itu juga adalah hasil balas dendam seorang gadis yahudi yang berdendam selama 4 tahun dengan Kol. Hans Landa.


Tapi bagi aku hero sebenar dalam cerita ni adalah Kol. Hans Landa. Seorang Pegawai Nazi yang cukup brilliant, tahu banyak bahasa, sangat licik dan sentiasa dapat menghidu pergerakan musuh. Cuma yang failnya, di pengakhiran cerita rupa-rupanya dia pun pengkhianat bangsa dengan membuat deal yang bukan-bukan dengan kerajaan US. Aku bayangkan dan cuba mengiktirafkan cerita ni sampai ke peringkat Lef. Alda the Apache ditangkap di panggung wayang itu sahaja. Seharusnya pada ketika itu Kol. Landa terus bawa dia berjumpa Hitler dan terus kena bang! bang! Habis cerita.

Read more...

Hari Ke 10 - Gembira @ Sedih?

Friday, August 20, 2010

I
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita menghirup udaranya dan menikmati hidup yang singkat ini. Hari ini masuk dah hari yang ke-10 kita berpuasa. Aku macam biasa, steady jer. Bukan budak-budak. Tapi yang aku pelik ada lagi golongan bapak-bapak budak yang tak boleh nak berpuasa penuh. Ada tengok surat khabar semalam? Berbuka jam 11 pagi. Apa punya manusia daa...

Kadang-kadang diorang ni tak terfikir, diorang ni bukan setakat memalukan diri diorang sendiri, tapi sebenarnya telah menjatuhkan martabat dan kesucian agama Islam sendiri. Bayangkan apa yang difikirkan oleh orang-orang bukan Islam bila melihat situasi begini. Yang pertama mereka akan berfikir: "kalau puasa itu satu kemestian (kewajipan) bagi orang Islam, kenapa masih ada yang tak berpuasa"? Dan lebih parah mereka akan berfikir pula: "kalau ada yang tak berpuasa, kenapa pulak masih ada yang nak terus berpuasa, mesti bodoh giler orang-orang yang berpuasa ni". Aku pernah juga melalui zaman-zaman jahiliyah macam ni dulu, masa bujang-bujang dulu lah. Tapi aku takdelah sampai makan kat public. Selamba badak je. Cover-cover la beb. Kalau tak malu dengan Tuhan pun, malulah sesama manusia...


II

Malam tadi aku tak sempat bertarawih secara jemaah di masjid. Aku terjumpa kawan lama. Kawan yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Sembang punya sembang tak sedar jam dah pukul 10 malam. Banyak sangat benda yang diceritakan. Kisah-kisah lama semasa sekolah, kawan-kawan yang lama terpisah bla bla...Pukul 10 lebih dia gerak. Nak balik ke KL katanya. Aku menuju ke rumah orang tua aku. Ingat nak makan-makan sikit masakan orang tua.

Sampai di rumah 'bos' aku tengah lepak kat beranda, borak-borak dengan mak aku. Aku cadang nak tumpang sekaki.

"Terawih kat mana tadi?" sapa bos aku.

"Kat Hijra (kedai mamak berhadapan stesyen bas Bentong)" kata aku sambil tersengih.

"Emm eloklah tu" bos aku tarik muka. (Bos aku memang jenis kaki masjid, dia marah sangat kalau anak-anaknya tak ke masjid berjemaah). Suasana mandom seketika.

"Dah 10 hari dah kita pose ye, tinggal 20 hari je lagi; tak lama dah kan. Lega rasanya... Hehe..."

"Em memang dah 10 hari dah kita berpuasa, tinggal 20 hari je lagi kita nak meraikan bulan keramat ni. Rasa sedih plak abah..." Aku terkedu sekejap. Salah entrance lagi aku kali ni. Terdetik di hati aku "jahil lagi aku ni..."

Aku tinggalkan korang dengan hadis Nabi ini. Untuk renungan aku dan kita semua:

"Sekiranya umatku mengetahui akan kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan"

Walahuallam...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP