Hari Ke 10 - Gembira @ Sedih?
Friday, August 20, 2010
I
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita menghirup udaranya dan menikmati hidup yang singkat ini. Hari ini masuk dah hari yang ke-10 kita berpuasa. Aku macam biasa, steady jer. Bukan budak-budak. Tapi yang aku pelik ada lagi golongan bapak-bapak budak yang tak boleh nak berpuasa penuh. Ada tengok surat khabar semalam? Berbuka jam 11 pagi. Apa punya manusia daa...
Kadang-kadang diorang ni tak terfikir, diorang ni bukan setakat memalukan diri diorang sendiri, tapi sebenarnya telah menjatuhkan martabat dan kesucian agama Islam sendiri. Bayangkan apa yang difikirkan oleh orang-orang bukan Islam bila melihat situasi begini. Yang pertama mereka akan berfikir: "kalau puasa itu satu kemestian (kewajipan) bagi orang Islam, kenapa masih ada yang tak berpuasa"? Dan lebih parah mereka akan berfikir pula: "kalau ada yang tak berpuasa, kenapa pulak masih ada yang nak terus berpuasa, mesti bodoh giler orang-orang yang berpuasa ni". Aku pernah juga melalui zaman-zaman jahiliyah macam ni dulu, masa bujang-bujang dulu lah. Tapi aku takdelah sampai makan kat public. Selamba badak je. Cover-cover la beb. Kalau tak malu dengan Tuhan pun, malulah sesama manusia...
II
Malam tadi aku tak sempat bertarawih secara jemaah di masjid. Aku terjumpa kawan lama. Kawan yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Sembang punya sembang tak sedar jam dah pukul 10 malam. Banyak sangat benda yang diceritakan. Kisah-kisah lama semasa sekolah, kawan-kawan yang lama terpisah bla bla...Pukul 10 lebih dia gerak. Nak balik ke KL katanya. Aku menuju ke rumah orang tua aku. Ingat nak makan-makan sikit masakan orang tua.
Sampai di rumah 'bos' aku tengah lepak kat beranda, borak-borak dengan mak aku. Aku cadang nak tumpang sekaki.
"Terawih kat mana tadi?" sapa bos aku.
"Kat Hijra (kedai mamak berhadapan stesyen bas Bentong)" kata aku sambil tersengih.
"Emm eloklah tu" bos aku tarik muka. (Bos aku memang jenis kaki masjid, dia marah sangat kalau anak-anaknya tak ke masjid berjemaah). Suasana mandom seketika.
"Dah 10 hari dah kita pose ye, tinggal 20 hari je lagi; tak lama dah kan. Lega rasanya... Hehe..."
"Em memang dah 10 hari dah kita berpuasa, tinggal 20 hari je lagi kita nak meraikan bulan keramat ni. Rasa sedih plak abah..." Aku terkedu sekejap. Salah entrance lagi aku kali ni. Terdetik di hati aku "jahil lagi aku ni..."
Aku tinggalkan korang dengan hadis Nabi ini. Untuk renungan aku dan kita semua:
"Sekiranya umatku mengetahui akan kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan"
Walahuallam...
0 comments:
Post a Comment