Sahabat Tanpa Suara

Bentuk Tubuh Rasulullah

Friday, July 30, 2010

Daripada riwayat-riwayat para sahabat dapat menggambarkan bentuk tubuh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana- tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan terdapat tanda-tanda kenabian pada Baginda. Rambut Nabi S.A.W. tidak terlalu kerinting tetapi tidak pula lurus, rambutnya ikal dan mencecah bahu. Kata-kata Baginda lembut tetapi bernada tegas. Ramai sahabat mengatakan: sesiapa yang kali pertama berjumpa Baginda pasti merasa segan, tetapi bagi yang terbiasa bergaul dengan Baginda pasti menyintai Baginda. Di bawah adalah petikan-petikan Riwayat sahabat-sahabat berkenaan bentuk tubuh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan, maksudnya: "Postur tubuh Rasulullah saw, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Kulit baginda tidak terlalu putih dan tidak ge;ap. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Allah swt. mengutus baginda sebagai rasul ketika baginda memasuki usia yang keempat puluh. Baginda tinggal di Mekah selama sepuluh tahun. Baginda wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut baginda tidak mencapai dua puluh helai." [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad]

Al-Bara' ibnu Azib r.a. juga meriwayatkan, maksudnya:"saya belum pernah melihat seseorang yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telingannya serta mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw. Rambut baginda mencecah bahu, tubuh diantara kedua bahunya lebar, dan postur bagnda sedang (tidak pendek dan tidak tinggi)." [Riwayat Tirmidzi, Muslimdan Abu Dawud]

Ali ibnu Abi Thalib menggambarkan fizikal Rasulullah saw, maksudnya:" Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perawakan yang sedang dibandingkan dengan kaumnya. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah baginda tidak terlalu bulat. Kulit baginda putih dan kemerah-merahan. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu, telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang lanai. Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Diantara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling dipercayai, karakternya paling lembut, dan cara bergaulnya paling mulia. Siapa yang pertama kali melihat baginda, pasti segan. Tetapi yang telah lama bergaul dengan baginda pasti menyintai baginda. Sesiapa yang cuba menggambarkan karakter baginda pasti berkata, 'aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah saw., baik sebelum mahupun setelah baginda (wafat)." [Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, dan Baihaqi]

Read more...

Manusia Agung

Thursday, July 29, 2010

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam" Surah Al-Anbiya ayat 107.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal (20 April 571M).Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil,baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Kewafatan Baginda pada 632M merupakan peristiwa yang paling menyedihkan pada ketika itu sehinggakan Saidina Umar mengugut untuk membunuh orang yang menyampaikan berita tersebut sehinggalah ditenangkan oleh seorang lagi sahabat iaitu Saidina Abu Bakar. Benar kata-kata Saidina Abu Bakar yang Nabi Muhammad tetap seorang manusia dan sebagai manusia Baginda tetap tidak akan terlepas dari 'maut'. Apa yang tinggal kini adalah sunah-sunah dan hadis-hadis Baginda yang menjadi pedoman dan pembimbing kita untuk menuju ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Pesan Baginda "tidak akan sesat seseorang itu selagi ianya mengikut dua perkara ini iaitu Al-Quran dan Hadis".

Apa yang saya cuba lakukan disini adalah mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkaitan Baginda, perawakan, keperibadian, rupa paras dan apa saja yang berkaitan dengan Baginda. Dengan cara ini mungkin kita dapat mengenal Baginda dengan lebih dekat. Menambahkan kecintaan kita kepada Baginda kerana sesuangguhnya Bagindalah Manusia Agung ciptaan Allah yang tiada galang gantinya.

Read more...

Bakal Anak Ke-2

Sunday, July 25, 2010

Semalam orang rumah aku ajak aku ke Sunway. Nak ke Sunway Pyramid katanya. Lama dah kitorang tak ke sana. Rasa-rasanya lepas dapat shahmin baru sekali dua kami ke sana. Tapi tak sangka-sangka pulak ada unsur-unsur kejutan yang dibuat oleh orang rumah aku. Dia mengajak aku singgah ke Well Again Health Centre, betul-betul berhadapan dengan Pyramid tu. Rupa-rupanya dia dah buat appointment untuk scan 3D kat situ.

Aku sebelum ni memang pernah dengar gak pasal scan 3D ni. Ada gak kawan-kawan aku yang pernah buat, katanya memang clear la. Siap nampakla rupa bakal anak kita tu, boleh kenal la iras-iras siapa. Dan kebanyakan tempat juga siap bekalkan vcd gambar-gambar scan tu. Tak kisahlah, appoinment pun dah dibuat, aku ngikut jelah. Masuk dalam health center tu kami pun terus jumpa doktor yang bertugas. Amoi doktor tu. Lembut je cakap-cakapnya.

Nah, nilah dia hasil scan 3D tu. Bagi aku takdelah memberansangkan sangat. Sebab aku tengok tak clear mana pun. Doktor tu kata perempuan bakal anak aku ni. Sebab-sebab tak clear doktor tu ada gak bagi alasan. First, dia kata sebab kandungan ni dah agak besar so scan memang tak dapat clear sangat. Yang keduanya, sebab anak aku tu pemalu. Ada ke dia menyorok kat tepi perut orang rumah aku, puas doktor tu jolok-jolok dengan alat scan dia tu. Tak mau-mau jugak anak aku tu menelentang. Kalau dia menelentang memang lagi clearlah nampak. Hem memang ikut ayah la anak pompuan aku ni. Pemalu orangnya. Hehehe...






Itulah dia tadi wajah-wajah bakal anak ke-2 aku. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang 4 ni ajelah aku rasa antara yang paling clear. Habis sessi penerangan, doktor tu offer aku untuk buat scan 2D (detail scan) pulak. Katanya boleh tengok lagi clear, boleh tau defect pada anak kita cam ada sumbing ke, jari cukup ke tidak etc. Aku tanya doktor tu kalau ada apa-apa defect kita boleh baiki dalam perut ke? Kata dia: "em mana boleh encik, kita cuma boleh tengok aje, apa-apa masalah pun kita kena tunggu dia lahir jugaklah". Aku fikir, whats the point kan. bagi aku benda-benda tu aku serahkan pada yang Maha Kuasa aje. Aku dapat tengok setakat yang macam tadi pun dah bersyukur sangat. "Anak, apa-apa hal pun ayah tunggu kamu lahir ke dunia ni dulu ye"... Dan kini aku sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi moga aku dikurniakan anak yang soleh@solehah. Cukup sifatnya, sempurna mental dan fizikalnya. Amin Ya Rabbal Alamin...

Read more...

24 Protokol Zionis

Wednesday, July 21, 2010


Protokol Yahudi merujuk kepada satu keputusan mesyuarat yang dipanggil The Elders of Zion atau Mesyuarat Tokoh Zionis yang diadakan pada tahun 1896 di Basle, Switzerlan. Ianya telah dibentangkan oleh tokoh Yahudi yang popular pada ketika itu iaitu Theodore Herzl. Hakikatnya tujuan Protokol tersebut adalah sebagai satu panduan atau tindakan yang perlu diikuti oleh setiap Yahudi di dunia ini. Cita-cita akhir golongan ini adalah untuk menguasai seluruh dunia. Pada tahun 1905, seorang Profesor dari Rusia bernama Sergyei Nilus telah bertindak menerbit dan mengedarkan protokol tersebut kepada tatapan umum namun ianya telah mendapat tentangan dari kaum Yahudi dan dia telah dituduh sebagai gila dan mencipta perkara tersebut semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Akhirnya pada tahun 1922, kebenaran terbongkar jua apabila diari kepunyaan Herzl telah diterbitkan dan disiarkan di dalam Jewish Chronicle di mana di dalam diari tersebut ada menceritakan berkenaan perjumpaan Herzl dengan Colonel Smith, seorang pegawai angkatan tentera British beragama Kristian, tetapi merupakan seorang penyokong tegar Yahudi. Antara catatan diari tersebut adalah perbincangan mereka bagaimana untuk melemahkan pentadbiran Inggeris. Antara cadangannya adalah dengan mengenakan cukai yang tinggi. Cadangan tersebut telah diterima oleh Herzl dan telah pun dimasukkan sebagai sebahagian dari kandungan protokol ini.
Hakikatnya Protokol Yahudi ini adalah perancangan kaum Yahudi yang cukup licik, teratur dan tanpa disedari mampu mengancam ketenteraman manusia sejagat. Demi untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kuasa utama dunia, menguasai kekayaan bumi, menjadi pemimpin kepada seluruh umat manusia, mereka sanggup untuk melakukan apa saja termasuk merancang kemusnahan agama, bangsa atau mana-mana negara yang mereka rasakan menjadi ancaman buat mereka. Seharusnya dunia Islam membuka mata, bersatu dan bertekad untuk membuat perhitungan dengan musuh hakiki umat Islam ini iaitu bani yahudi.

Read more...

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

Tuesday, July 20, 2010

Ini merupakan satu link affiliate, berikut adalah petikan dari sales letter:

perniagaan internet


"Pelajari Kaedah Paling Mudah , Cepat dan Berkesan untuk Membina Perniagaan Internet yang Menguntungkan Dari Keselesaan Dirumah , Melalui Panduan serta Video Tutorial
Langkah Demi Langkah "

E-Book mengandungi 8 Module Lengkap panduan dan teknik yang dilakukan oleh jutawan-jutawan internet yang boleh anda SALIN untuk membina empayar perniagaan internet anda. Video Tutorial Langkah Demi Langkah akan membantu anda memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah dan membolehkan anda menghasilkan laman web dan SYSTEM laman web PERNIAGAAN yang PROFESIONAL dalam masa yang paling singkat.

Software, script, template, grafik dan segala kelengkapan membina perniagaan internet anda hanya dari rumah.

Baca seterusnya>>

Testimoni:

"Jika anda seorang yang baru ingin melibatkan diri dalam perniagaan internet, pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pembinaan laman web perniagaan yang lengkap pasti menjadi halangan yang besar. Malah faktor kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal inilah yang membuatkan ramai yang gagal dan berputus asa daripada memulakan perniagaan internet mereka sendiri!

Tidak cukup memperolehi pengetahuan hanya secara teori daripada buku-buku atau menyertai seminar perniagaan internet kerana sebenarnya anda memerlukan tunjuk ajar secara praktikal bagaimana untuk membina perniagaan internet anda.

Najib telah memudahkan anda dengan menyediakan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini dalam bentuk tutorial video. Ianya seolah-olah ada seorang guru di sebelah anda menunjukkan cara-cara dan kaedah yang betul!
Tahniah Najib atas penghasilan pakej yang bagus ini. Saya pasti rekomen kepada semua pelanggan saya!"

Tazilan Ibrahim
http://www.tazilan.com

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP