Bakal Anak Ke-2
Sunday, July 25, 2010
Semalam orang rumah aku ajak aku ke Sunway. Nak ke Sunway Pyramid katanya. Lama dah kitorang tak ke sana. Rasa-rasanya lepas dapat shahmin baru sekali dua kami ke sana. Tapi tak sangka-sangka pulak ada unsur-unsur kejutan yang dibuat oleh orang rumah aku. Dia mengajak aku singgah ke Well Again Health Centre, betul-betul berhadapan dengan Pyramid tu. Rupa-rupanya dia dah buat appointment untuk scan 3D kat situ.
Aku sebelum ni memang pernah dengar gak pasal scan 3D ni. Ada gak kawan-kawan aku yang pernah buat, katanya memang clear la. Siap nampakla rupa bakal anak kita tu, boleh kenal la iras-iras siapa. Dan kebanyakan tempat juga siap bekalkan vcd gambar-gambar scan tu. Tak kisahlah, appoinment pun dah dibuat, aku ngikut jelah. Masuk dalam health center tu kami pun terus jumpa doktor yang bertugas. Amoi doktor tu. Lembut je cakap-cakapnya.
Nah, nilah dia hasil scan 3D tu. Bagi aku takdelah memberansangkan sangat. Sebab aku tengok tak clear mana pun. Doktor tu kata perempuan bakal anak aku ni. Sebab-sebab tak clear doktor tu ada gak bagi alasan. First, dia kata sebab kandungan ni dah agak besar so scan memang tak dapat clear sangat. Yang keduanya, sebab anak aku tu pemalu. Ada ke dia menyorok kat tepi perut orang rumah aku, puas doktor tu jolok-jolok dengan alat scan dia tu. Tak mau-mau jugak anak aku tu menelentang. Kalau dia menelentang memang lagi clearlah nampak. Hem memang ikut ayah la anak pompuan aku ni. Pemalu orangnya. Hehehe...
Itulah dia tadi wajah-wajah bakal anak ke-2 aku. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang 4 ni ajelah aku rasa antara yang paling clear. Habis sessi penerangan, doktor tu offer aku untuk buat scan 2D (detail scan) pulak. Katanya boleh tengok lagi clear, boleh tau defect pada anak kita cam ada sumbing ke, jari cukup ke tidak etc. Aku tanya doktor tu kalau ada apa-apa defect kita boleh baiki dalam perut ke? Kata dia: "em mana boleh encik, kita cuma boleh tengok aje, apa-apa masalah pun kita kena tunggu dia lahir jugaklah". Aku fikir, whats the point kan. bagi aku benda-benda tu aku serahkan pada yang Maha Kuasa aje. Aku dapat tengok setakat yang macam tadi pun dah bersyukur sangat. "Anak, apa-apa hal pun ayah tunggu kamu lahir ke dunia ni dulu ye"... Dan kini aku sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi moga aku dikurniakan anak yang soleh@solehah. Cukup sifatnya, sempurna mental dan fizikalnya. Amin Ya Rabbal Alamin...
0 comments:
Post a Comment