Sahabat Tanpa Suara

Debaran Memuncak

Monday, November 22, 2010


Pagi tadi aku di Pusat Peperiksaan CR004 SMK Tg. Kudin Raub. Taklimat sebagai Pengawas Peperiksaan SPM 2010 di pusat tersebut. Tahun ini tahun ke-5 aku bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan. Dari segi elaun tuntutan, tahun ini paling menyedihkan.Kalau tahun-tahun sebelum ini aku (kami) dibenarkan menuntut elaun perjalanan dari kediaman ke pusat peperiksaan tetapi tahun ini kami hanya dibenarkan menuntut dari sekolah/ pejabat mengajar ke pusat peperiksaan. Senang cerita tuntutan memang tak balik modal. Bukan aku nak berkira pasal duit tapi sekurang-kurangnya biarlah berbaloi dengan kami yang 'mengorbankan' masa cuti kami ini. Tapi itu letak kat tepi, aku yang memohon so aku kenalah pikul tanggungjawab tersebut. Yang penting aku menjalankan amanah aku dan kena menganggapnya sebagai sebahagian dari tugas-tugas keguruan. Cewah... Bagus aku kan? Hak hak...

Yang lebih penting aku nak sampaikan kat sini adalah berkenaan dengan peperiksaan tersebut. Tahun ini aku mengajar 3 kelas dan ketiga-tiga kelas tersebut merupakan kelas peperiksaan. Apa yang selalu aku tekankan pada budak-budak aku selama ini adalah SPM merupakan titik tolak kepada kehidupan kamu semua pada masa hadapan. Cemerlang SPM kamu, Insyallah cerahlah masa depan. Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku tu tapi kepentingan SPM tak boleh dipandang ringan sama sekali. Aku selalu buat perbandingan begini pada budak-budak aku: Si A mendapat kelulusan cemerlang dalam SPM manakala Si B kantoi. Kelangsungan dari itu Si A melanjutkan pelajaran, mendapat persijilan minimum (Bacelor katakan) dari IPT dan mendapat perkerjaan bergred 41 (kakitangan kerajaan) atau yang setaraf dengannya di sektor swasta. Bermakna dalam tempoh 4 ke 5 tahun Si akan mempunyai pendapatan sekitar RM3000 atau lebih sebulan. Manakala Si B yang kantoi SPM, katakanlah dia terus mencari pekerjaan (yang biasa-biasa), mampukah dia menandingi pendapatan Si A dalam tempoh yang sama?

Iye perbandingan tersebut sememangnya boleh diperdebatkan lagi, dunia ni luas, rezeki Allah dimana-mana. Dan ramai juga yang membuktikan bahawa tanpa sijil pun ada yang jadi orang kaya malah jutawan sekalipun. Tetapi sebagai perbadingan dan mengambil kira proses kehidupan manusia normal, perbandingan yang aku buat tadi ada kebenarannya kan?

Apa-apapun habis SPM ni habislah masa kamu selama 11 tahun di sekolah. Dan selesai jugalah tanggungjawab cikgu-cikgu di sekolah pada kalian, tibalah masa kamu sendiri menentukan corak hidup kamu selepas ini. Secara peribadi sebagai seorang cikgu aku nak mengucapkan ALL THE BEST kepada semua calon-calon SPM dan bagi anak-anak murid aku (kot-kot terbaca entry ni): cikgu halalkan semua ilmu yang telah dicurahkan dan cikgu mohon ampun sekiranya tidak dapat memberi yang terbaik pada kamu semua selama ini. Buatlah yang terbaik dan sebagai orang Islam, ingatlah senjata utama orang Islam adalah doa. Berusahalah dan bertawakalah pada yang Maha Esa. Moga-moga segala-gala yang baik memihak pada kamu semua.

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP