Sahabat Tanpa Suara

Salam Aidil Adha, Jalan Dah Sesak...

Tuesday, November 16, 2010


Besok tanggal 10 Zulhijjah, satu lagi tarikh keramat ummat Islam di seluruh dunia. Sekali lagi kita akan menyambut satu hari suci iaitu Aidil Adha atau yang selalu kita sebut sebagai Raya Haji. Tapi sebenarnya lebih tepat kita panggil sebagai Raya Korban. Antara ibadat sunat yang sangat-sangat dituntut pada hari raya korban ini dan juga pada hari-hari Tasyrik adalah ibadah korban. Ibadah korban antaranya adalah sebagai memperingati akan pengorbanan agong yang telah dilakukan oleh Nabi Ulul Azmi iaitu Nabi Ibrahim A.S. Bayangkan bagaimana Allah S.W.T menguji Baginda dengan ujian yang sangat-sangat tak terduga hebatnya ini. Sudahlah susah untuk mendapatkan zuriat tersebut, namun sebagai hambaNya yang taat, tetap mengikut perintah yang Maha Esa. Namun sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Pemurah. Segala yang diperintahNya ada hikmah dan kebaikan disebaliknya.

Ala semua orang tau la benda-benda ni kan. Kalau ada lagi yang tercengang-cengang bila baca benda kat atas ni...isyhh, berhati-hatilah...dah jauh korang menyimpang tu...; ) Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pernah buat korban lagi. Setakat syer-syer 1, 2 bahagian tu adalah. Belum ada rezeki lagi untuk aku nak laksanakan korban 'sebenar-benarnya'. Namun sebenarnya Islam bukan setakat menuntut pengorbanan yang berbentuk fizikal seperti itu sahaja. Banyak lagi pengorbanan-pengorbanan yang yang harus dilakukan dalam hidup kita ini.

Secara peribadi, Hari Raya Korban tahun lepas telah berlaku satu 'ujian' yang paling besar dalam hidup aku. Seusia aku itulah cabaran yang paling getir dan menuntut pengorbanan yang paling besar. Sesuatu yang aku lakukan telah mendatangkan kesan yang sangat-sangat mendalam kepada keluarga aku, isteri aku malah kepada keluarga belah isteri aku juga. Aku tak berhajat nak berkongsi secara detail disini tetapi kepada ibu bapa aku, keluarga aku, isteri aku dan keluarganya:- terima kasih yang tidak-tidak terhingga aku ucapkan pada kalian semua kerana 'PENGORBANAN' kalian kepada aku. Hanya Allah S.W.T akan akan membalasnya jua...

***********************************************************************************

Pagi tadi aku sampai lewat ke sekolah. Sepanjang tahun ini, hari ini merupakan satu-satunya hari yang aku rasa punch kad aku bakal mengeluarkan cop merah! Ironinya hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2010. Yes! Cuti dah yop... Tapi aku tak cuti sepenuh masa. Tahun ni sangkut lagi nama aku sebagai Pengawas SPM. Takpela memang aku pun yang minta dulu. Hua hua...

Balik pada cerita kelewatan aku tadi. Bagi penduduk Bentong, Raub dan daerah-daerah dibawahnya bawalah ke sempadan Pahang Kelantan bawalah sampai masuk ke Kelantan; ini dah jadi fenomena biasa bagi kitorang. Nak buat macamana, menurut statistik 'kedai kopi' berjuta rakyat Kelantan yang berperantauan di seluruh Malaysia. So, bila tiba hari-hari besar sebegini, jem teruk memang tidak dapat dielak. Kalau diikutkan, sekarang ni orang-orang dari Utara dah ada 'short cut' ikut Simpang Pulai-Cameron-Gua Musang. Tapi kesesakan tetap begitu jugak! Gu-gu semuo jange maroh de... Buke saloh ko puok-puok demo. Ini bagi aku adalah masalah pengangkutan dan jalan. Dah bertahun-tahun perkara sebegini berlaku, sepatutnya sudah ada jalan alternatif untuk keselesaan perantau. Dan lebih-lebih lagi untuk penduduk setempat - kami ni ler... yang menghadapi jem bermusim. Tiap kali cuti dialog itulah yang keluar "set-set kelantan dah buat sesak dah..." peace yo..!

Gambar hiasan. Jalan ke Kelantan taklah sebesar ni pun... Bilalah nak ada hiway masuk Kelantan ni. Senang gak aku nak bawa family bershoping kat golok...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP