Sahabat Tanpa Suara

Serban Rasulullah S.A.W

Sunday, October 31, 2010


Menurut riwayat, Baginda Rasulullah S.A.W gemar dan sering menggunakan serban berwarna hitam dalam kehidupan seharian Baginda. Antara riwayat-riwayat yang mengisahkan berkenaan dengan serban Baginda adalah seperti berikut:

Jabir R.A meriwayatkan, maksudnya:" Pada peristiwa Fathu Makkah, Rasulullah S.A.W masuk ke kota Mekah dengan mengenakan serban hitam di kepala Baginda."
[Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i, Darimi, Ahmad dan Abu Syakini]

Ibnu Abbas R.A meriwayatkan, maksudnya:" Sungguh, Rasulullah S.A.W pernah berkhutbah di hadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam di kepala Baginda."
[Riwayat Tirmidzi dan Ahmad]

Amr Bin Harits R.A meriwayatkan, maksudnya:" Sungguh, Rasulullah S.A.W pernah berkhutbah di hadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam di kepala Baginda."
[Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad]

Wallahualam bissawab...

Read more...

Hari Ke-7

Sunday, October 24, 2010


Hari ni genap 7 hari Iffa melihat dunia. Walaupun tak banyak yang dia lihat sebenarnya. Nak lihat macam mana, asyik tido je. Huhu... Banyak berlaku sepanjang seminggu ni. Kalau nak ikutkan kerenah, kalah abang dia. Iffa kuat menyusu. Tak kurang sejam sekali mesti nak minta susu. Lambat sikit uwekkk. Dapat t*t*k terus senyap. Nasib baik bukan menyusu dengan aku. Tapi dua tiga hari kebelakangan ni dia kuat pulak tido. rupa-rupanya Iffa kena sakit kuning. Ada pun persamaan Iffa dengan Amin, kedua-dua anak aku ni tak dapat lari dari penyakit kuning. Bezanya Amin keluar dari perut dah kuning, Iffa sempat balik ke rumah dulu. Lusanya bila diperiksa di klinik kesihatan baru sah kena penyakit kuning. Aduyai...


Hubungan Amin dengan Iffa setakat ni berjalan lancar. Nampaknya Amin dapat menerima kehadiran 'pesaingnya' di rumah ini. Nampak gaya sehari dua ni sayang sangat dia ke adiknya tu. Tiap-tiap pagi celik je mata dia akan bertanya dulu 'adik mane? adik mane?' Bila dah nampak adik mesti nak minta sayang. Suka sangat dia dapat cium adik dia tu. Semoga Amin dapat menjaga dan menjadi pelindung kepada adiknya sehingga ke dewasa kelak.


Hari Jumaat lepas, aku selesai menunaikan tanggungjawab aku sebagai bapa kepada Iffa dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Cewah.. Aku siap mendaftar kewujudan seorang lagi rakyat negara ini. Selepas memikirkan selama 5 hari 5 malam (tak termasuk waktu mengandung dan selepas disahkan jantinanya) maka nama yang terpilih adalah IFFAHANI IMAN NUR BINTI SHAMSUL RIZAL. Yes! welcome to Malaysia my honey.


Satu lagi kejadian yang berlaku minggu ni adalah 'penanggalan' tali pusat Iffa. Memang tak disangka-sangka. Petang Jumaat selepas dia mendapat nama secara rasmi- keteput (ada sound effect tu)- tercabut pusat dia. Weh cepatlah pulak. Abang dia ada nak masuk 2 minggu baru tercabut tali pusat. Orang tua-tua cakap budak cepat tercabut tali pusat ni dengar cakap, tak degil. Mudah-mudahan...

Read more...

Pendudukan Yahudi Di Palestin

Wednesday, October 20, 2010

Agama Islam menetapkan yang Baitulmuqadis merupakan kota suci Islam yang ke-3 selepas Kota Suci Mekah dan Kota Suci Madinah. Bagi Kristianiti, mereka mempercayai tempat kelahiran Nabi Isa atau pun Jesus Christ di Nazareth adalah suci. Dan pastinya kaum Yahudi juga mendakwa Baitulmuqadis merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Tempat untuk mereka membangunkan kembali Haikal Sulaiman yang mereka anggap sebagai tapak suci agama mereka. Sejak zaman-berzaman bumi Palestin sering menjadi rebutan dan kawasan pertelagahan. Padahal Yang nyata sejarah telah membuktikan yang Palestin hanya akan aman dan selamat jika berada dan perlu terus berada dalam pemerintahan ummat Islam. Berikut adalah catatan ringkas sejarah pendudukan di bumi Palestin.

SEJARAH AWAL PALESTIN

# 2500 sm - Kabilah Arab (Kan’an, Amuriyah, Yabusiyah dan Finukiyah).
# 1900 sm - Nabi Ibrahim dan Luth AS berhijrah ke Palestin.
# 1550-1200 sm - Bangsa Mesir menguasai Palestin.
# 1300 sm - Nabi Musa AS bersama kaumnya berhijrah ke Palestin.
# 1000-923 sm - Kerajaan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS.
# 730 sm - 36 m - Secara bergilir-gilir Babylon, Persia, Yunani dan Rom menjajah Palestin.

SEJARAH YAHUDI DI BUMI PALESTIN

# 66-135 m: Kerajaan Rom memperhambakan kaum Yahudi di Palestin dan sering membuli mereka.
# 234 m: Pemerintah Konstantinopel menakluk Baitulmuqadis, melarang Yahudi masuk dan menghalau mereka.
# 395 m: Kerajaan Bizantium (Hercules) menguasai Baitulmuqadis sehingga penaklukan Islam.

BAITULMUQADIS DI BAWAH PEMERINTAHAN ISLAM

# Tahun 10 kenabian/ 620 m: peristiwa Isra` mi’raj
# Tahun 2 H: perang bani qainuqa’; 4 H: perang bani nadhir; 5 H: perang bani Quraizah.
# 1 Muharram 7 H/628 m: Rasulullah SAW mengirim surat kepada Hercules.
# Akhir Muharram 7: perang bani khaibar, fadak dan wadil qura.
# Umar bin Khattab: menghalau Yahudi yang mengkhianat dari khaibar
# Shafar 11 H/ 632m: Rasulullah SAW Menyiapkan pasukan memerangi Kerajaan Rom. 23 tahun sebelumnya Baginda telah pun mempersiapkan pasukan untuk mendapatkan kembali Baitulmuqadis.
# 12 H/ 634 m: perang Yarmuk; 200.000 melawan 36.000.
# 16 H/ 637m: Umar RA memasuki Baitumuqadis.
# 18-129H/ 639-747m: Di bawah pemerintahan Bani Umawiyah
# 132-271H/ 750-883m: Di bawah pemerintahan Bani Abbasiyah
# 432-497H/ 1040-1104: Negara saljukiyah (Turki)
# 583H/ 1187: perang Hittin (Sholahuddin Ayyubi)
# 658H/ 1260: Ain Jalut (Quthuz)
# 1516-1924: Turki Uthmani

ERA SELEPAS KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANI TURKI

# 1917: Deklarasi Balfour yang menyokong penubuhan sebuah negara 'Israel' di tanah Palestin.
# 1922: PBB mengeluarkan "Mandat Untuk Palestin" dan memberikankan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan British.
# Bermula 1930: Sejak peristiwa Holocaust oleh Nazi, kemasukan beramai-ramai Yahudi ke tanah Palestin mula berlaku dengan 'bantuan' kuasa besar dunia pada ketika itu.
# 1948: Yahudi mengisytiharkan sebuah negara 'haram' yang mereka namakan ISRAEL.
# Sejak itu bermulalah kesengsaraan demi kesengsaraan yang dialami oleh ummat Islam Palestin sehingga ke hari ini. Sesungguhnya bangsa Yahudi terkenal dengan sifatnya yang suka mendominasi dan melaksanakan dasar monopoli dalam semua perkara. Hasilnya amat jelas jika diperhatikan kepada gambarajah peta di bawah.
# Meskipun bersandarkan segala hakikat di atas, ironinya kuasa besar dunia pada hari ini masih merelakan semua itu berlaku. Yang hanya membuktikan satu perkara sahaja- dunia sesungguhnya di bawah telunjuk Yahudi.

Read more...

Produk Berasaskan Babi

Mungkin perkara ini sudah lama tetapi aku saja nak bangkitkan.Kot ada lagi sedara-sedara kita yang masih tak tau akan hal ini. Ini merupakan petikan sebuah kisah dari seorang researcher dari USA. Namanya Dr. M. Anjad Khan.

Assalamualaikum, Untuk diketahui.

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan peraturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk.

Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan déficit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat diEropah dan diangkut ke belahan benua>melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan ingá mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulusebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian( orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).Negera-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam.

Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. Semenjak produk ? produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

M. Anjad Khan Medical Research Institute United States


Abis apa lagi sedara-sedara, tunggu lagi??? Mari kita sebarkan lagi perkara ini.

Read more...

Post Bergerak


Salam blogging...

Perasaan tak kat sidebar blog ni ada satu widget bertajuk PILIH DAN BACA. Ianya menunjukkan post-post yang aku buat dalam blog ini. Dia bergerak dari atas ke bawah dan menunjukkan tajuk serta thumbnail berkenaan post-post yang dipilih secara rawak. Teruja tak? Nak cuba? Huhu nah aku bagitau caranya. Kode asal ni aku dapat dari tutorialuntukblog. (bukan buat sendiri pun...ingat aku terer sangat ke...) Apapun kredit untuk beliau.

So apa yang korang perlu lakukan just copy semua kode di bawah dan pastekan ke sidebar korang. Done...





<p align="center"><script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>
<style media="screen" type="text/css">
<!--
#spylist {
overflow:hidden;
margin-top:5px;
margin-bottom:-20px;
padding:0px 0px -20px 0px;
height:435px;
}
#spylist ul{
width:280px;
overflow:hidden;
float:center;
list-style-type: none;
padding: 0px 0px;
margin:0px 0px;
}
#spylist li {
width:260px;
padding: 2px 2px;
margin:0px 0px 5px 0px;
list-style-type:none;
float:center;
height:70px;
overflow: hidden;
background:#FFFFFF;
border:1px solid #ddd;
}
#spylist li a {
text-decoration:none;
color:#A32929;
font-size:12px;
height:0px;
overflow:hidden;
margin: 0px 0px;
padding:0px 0px 0px 0px;
}
#spylist li img {
float:left;
margin-right:10px;
background:#EFEFEF;
border:0;
}
.spydate{
overflow:hidden;
font-size:0px;
color:#0284C2;
padding:2px 0px;
margin:1px 0px 0px 0px;
height:0px;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
}
.spycomment{
overflow:hidden;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
font-size:0px;
color:#262B2F;
padding:0px 0px;
margin:0px 0px;
}
-->
</style>
<script language="JavaScript">
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://img15.imageshack.us/img15/5439/noimagex.png";
imgr[1] = "http://img15.imageshack.us/img15/5439/noimagex.png";
imgr[2] = "http://img15.imageshack.us/img15/5439/noimagex.png";
imgr[3] = "http://img15.imageshack.us/img15/5439/noimagex.png";
imgr[4] = "http://img15.imageshack.us/img15/5439/noimagex.png";
showRandomImg = true;
boxwidth = 255;
cellspacing = 6;
borderColor = "#232c35";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 70;
thumbheight = 70;
fntsize = 12;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = " ";
showPostDate = false;
showcomments = false;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 20;
home_page = "http://shamdisini.blogspot.com/";
limitspy=5
intervalspy=4000
</script>
<div id="spylist">
<script src="http://sites.google.com/site/testingsahaja/recentpostslide.js?attredirects=0&d=1" type="text/javascript"></script>
</div></p>

Opss ada satu lagi. Tengok link shamdisini.blogspot.com tu. Itu nama blog aku, so tukar ajelah dengan nama blog korang. Beres dan selamat mencuba...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP