Jiwa Merdeka
Tuesday, August 31, 2010
Malam tadi aku berada di KL. Dekat-dekat pukul 12 tengah malam aku masih berada di Jalan TAR. Aku tengok jalan teruk punya jem. Dengan keretanya, dengan motornya. Banyak betul, semua menuju ke atas. (Dataran Merdekalah kot). Aku tak tahu ada sambutan ke tidak tahun ni. Aku tak tahu dan tak ambil tahu pun. Aku cakap begini nanti ada orang cakap aku tak patriotik. Tapi bagi aku secara peribadi: sambutan merdeka di tengah malam, dengan acara konsert-konsert, bunga api, kira detik 12 tengah malam bla-bla adalah NONCENSE. Ceh macam bagus je aku ni. Tapi seriusla, aku rasa memang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Aku tak tahu apa signifikannya sambutan kemerdekaan dibuat pada tengah malam buta. Sedangkan pada 12 tengah malam 30 Ogos 1957, apa yang berlaku hanyalah upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka). Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abd Rahman adalah pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Cuba tanya budak-budak yang melilau tak tentu pasal kat Dataran Merdeka tu, tentu-tentu diorang tak tahulah tentang fakta ni. Apa yang aku nampak tujuan diorang memang semata-mata nak enjoy je. Erti sebenar MERDEKA pun diorang entah tahu ke tidak. Yang pastinya upacara merempit dengan mebohsiakan diri dah jadi acara wajib.
Gambar hiasan. Satu adegan wajib yang biasa kita jumpa kat tepi-tepi jalan kat KL.
Gambar hiasan. Satu lagi acara yang pasti ada bila terdapat apa-apa sambutan di KL.
Aku bukan nak mendabik dada mengatakan aku baik sangat. Tapi kalu dalam bab-bab gejala sosial ni aku memang cukup anti. Kena pulak zaman sekarang macam-macam benda buruk yang kita dengar hari-hari. Masalahnya yang terlibat tu budak-budak Melayu pulak yang majoritinya. Hai macamanalah zaman anak-anak aku besar besok. Kalau ditanya aku bagaimana kita patut menyambut Merdeka? Ini pandangan aku: Sebagai sebuah negara yang majoritinya penduduk Islam, malah pemimpin negara semua berdegar-degar mengatakan Malaysia sebuah negara Islam; kita sambutlah secara islamik. Anjurkan solat beramai-ramai kat Dataran ke, arahkan masji-masjid buat majlis kesyukuran ke, buat forum-forum agama ke etc... Apa? Adakah benda-benda ni melucukan atau tak masuk akal di zaman moden ini? Atau takut tak dapat sambutan pulak?
Dan yang paling penting bagi aku sebenarnya adalah mengingatkan budak-budak kita ini yang erti kemerdekaan yang sebenarkan dalam konteks negara kita adalah kebebasan dari penjajah. Bebas dalam erti kata 'bebas yang sebebas bebas bebasnya'. Tiada yang tidak bebas melainkan yang bebas-bebas belaka. Jika kita mengaku sudah merdeka, tapi pemikiran kita masih mengagungkan acara-acara yang bersifat hiburan dan menggalakkan hidoeism semata-mata; itu bukanlah merdeka sebenarnya. Selain dari itu dan yang lebih utama lagi adalah kemerdekaan kita sebagai seorang hamba Allah. Aku nak petik kata-kata utusan Rasulullah S.A.W ketika berjumpa dengan seorang panglima tentera Rom bernama Rustum:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Itu baru dinamakan sebagai MERDEKA. Anyway apa-apa pun aku nak ucapkan pada semua rakyat Malaysia: selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Semoga tema tahun ini betul-betul dapat direalisasikan. "1 Malaysia Menjana Transformasi".
0 comments:
Post a Comment