Bagaimana Download Video Dari Sebarang Laman
Sunday, October 3, 2010
Aku tak pasti kaedah ini diketahui umum atau tidak. Tapi ramai gak aku dengar orang dok bertanya kaedah nak download video dari youtube, nak download movie tanpa perlu register itu ini atau menjadi ahli itu ini. Ini kaedah yang aku rasa paling senang. Aku dapat dari cikgu IT sekolah aku. Kaedah menggunakan IDM yang disertakan dengan sistem 'patching' dia sekali. So skang tak payah nak pening-pening cari cara nak download video atau movie dari internet. Ikut aje step kat bawah ini:
1. Masuk laman 4shared, buat carian - idm + patch. Cari lah yang bersesuaian dan cepat didownload. Aku guna yang agak terkinilah aku rasa iaitu idm5.19 (pastikan idm yang disertakan bersama file patch). Ikut arahan untuk download ke komputer anda.
2. Setelah didownload cari file tersebut yang masih dalam bentuk 'compressed'. Biasanya akan terdapat 2 file yang didownload iaitu file manager untuk auto install bersama dengan file 'patch'. Kedua-dua file tersebut akan dimasukkan secara automatik ke dalam My Document/ Download/ Compressed. Buka file manager dan ikut arahan untuk auto install.
3. Siap auto install file manager IDM akan dimasukkan ke dalam sistem C komputer anda. Tengok di bahagian My Computer/ Local Disc (C)/ Program Files. Anda boleh nampak satu folder Internet Download Manager di situ. Haa dah nak siaplah maknanya tu.
4. langkah akhir adalah kembali ke My Document/ Download/ Compressed dan copy file 'patch' tadi dan pastekan ke My Computer/ Local Disc (C)/ Program Files/ Internet Download Manager.
5. Buka file 'patch' tersebut dan lakukan proses patching. Biasanya akan kedengaran macam musik filem suspen thriller semasa proses patching tersebut berjalan.
6. Done. Kini anda boleh mendownload sebarang video atau movie dari sebarang web yang dibenarkan.
Selamat mencuba.
1 comments:
nak cubalah..thanx en sham! :)
Post a Comment