Sahabat Tanpa Suara

Upload Lagu Ke Dalam Blog

Friday, October 8, 2010


Salam blogging...

Hari ini aku tambah lagi satu widget dalam blog aku. Widget bunyi-bunyian. Yaa, blog aku kini sudah bersuara. Huhu... Ramai dah tau kan yang bermacam-macam bunyian yang kita boleh letak dalam blog. Terlalu banyak site-site yang menyediakan khidmat-khidmat alunan lagu di dalam internet hari ini. Terpulanglah kepada selera masing-masing untuk memilih. Setelah aku pusing-pusing, round-round aku dapat simpulkan ada 3 jenis site penyedia khidmat lagu:

1.Site yang menyediakan widget bersama-sama dengan lagu-lagu yang telah tersedia. Terpulang kepada kita untuk memilihnya.

2. Site yang menyediakan widget, tetapi tidak menyediakan lagu. So kita sendiri kena upload lagu yang kita kehendaki.

3. Site yang menyediakan widget, lagu dan pilihan untuk upload lagu sendiri.

Setiap daripada site-site tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku tak berniat nak ulas panjang lebar pasal site-site ni semua. Tak kuasa aku. Cuma aku nak share dengan korang salah satu site yang aku pilih. Aku pilih khidmat dari DivShare. Sebabnya aku memilih khidmat DivShare adalah kerana ia menyediakan ruang untuk upload lagu pilihan kita sendiri. Kiranya ia adalah dalam kategori ke-2 yang aku bincangkan kat atas tadi. Bukanlah lagu yang aku nak tu best sangat pun tapi tak jumpa kat site-site lain. Ok cut the crab, bagi sape-sape yang berminat dengan kategori ke-2 tadi, jom tengok cara nak guna khidmat ni.

1. Mula-mula masuk le site DivShare.
2. Untuk guna khidmat site ni kita kena daftar email dulu untuk login.
3. Selepas login menggunakan alamat email, bolehlah update profil kita dulu dalam ruang my account. Lihat di bahagian header.
4. Kalau malas boleh terus ke ruangan upload, juga di bahagian header untuk terus upload lagu-lagu pilihan sendiri.
5. Dah siap upload klik bahagian embed untuk mendapatkan kod html yang boleh di salin ke dalam blog kita. Di bahagian ini juga kita boleh memilih dan membuat setting untuk permainan lagu tersebut.
6. Selain upload lagu kita juga boleh upload image, video dan document melalui site ini. semua ini boleh dibuat di bahagian dashboard.

Ok itu saja ulasan aku untuk kali ini. Selamat mencuba bagi yang berminat dan selamat mendengar alunan muzik dari blog aku. Yang ala-ala santai kat tepi pantai Hawai gitu. Aloha...

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP