Nombor 2
Monday, October 11, 2010
# Rukun Islam yang ke-2 adalah mendirikan solat 5 waktu. Solat juga merupakan tiang bagi agama. Barang siapa meninggalkan solat beerti dia telah meruntuhkan agama.
# Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II berlaku di antara 1 September 1939 – 2 September 1945. Peperangan ini membabitkan 2 kuasa besar iaitu Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Secara keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (iaitu lebih kurang dua peratus penduduk dunia).
# Nombor 2 merupakan antara nombor bertuah dalam masyarakat Cina. Terdapat ungkapan yang bermaksud "good things come in pairs". Masyarakat Cina sering menggunakan ungkapan berganda seperti "double happiness", "double coin", "double elephants" dll. Dalam bahasa Kantonis nombor 2 berbunyi "yi", sebutan yang sama membawa maksud "mudah".
# Dalam matematik nombor 2 adalah nombor genab yang pertama. Semua nombor yang didarap dengan nombor 2 akan berakhir dengan nombor samada 0, 2, 4, 6 atau 8 sahaja. Nombor 2 juga merupakan nombor komposit yang paling besar kerana mempunyai pembahagi yang paling banyak.
# 2 malaikat yang sentiasa mendampingi kita adalah malaikat Rakib dan Atib. Setiap amal perbuatan kita samada yang baik mahu pun yang buruk tidak akan terlepas dari catatan mereka.
# Air merupakan gabungan antara 2 jenis unsur iaitu hidrogen dan oksigen yang membentuk persamaan kimia h20. Ironinya meskipun hidrogen merupakan antara unsur yang mudah terbakar, manakala oksigen pula diperlukan sebagai agen pembakaran; air yang terbentuk dari gabungan kedua-dua unsur tersebut merupakan agen untuk memadamkan pembakaran.
# Pisang tidak akan berbuah 2 kali merupakan pepatah Melayu yang merujuk kepada sesuatu perkara yang sama tidak berlaku sebanyak 2 kali. Jika begitu bagaimana terciptanya perkataan "dejavu"?
# Peraturan 2 saat digunakan sebagai langkah keselamatan dalam mengekalkan jarak selamat antara dua kenderaan di atas jalan raya. Mengabaikan peraturan tersebut akan menyebabkan kenderaan di belakang tidak dapat menghentikan kereta dalam keadaan selamat jika kenderaan di hadapannya membrek secara mengejut.
# Orang kata jika terlihat wanita cantik buat kali pertama - itu adalah rezeki. Tapi kalau tengok kali 2 boleh jatuh hukum haram. So kalau dah nampak sekali tu usha jela lama-lama (Astaga...hee jangan ikut...)
0 comments:
Post a Comment