Aku Nerd, Sering Dibuli...
Sunday, March 6, 2011
Aku dilahirkan sebagai seorang budak yang skema dan baik. Ehem hem... bukan nak up tapi ini memang diakui sendiri oleh kedua-dua orang tua aku. Semasa bayi memang tidak susah nak membesarkan aku, tak banyak kerenah kata mereka. Aku membesar di kuarters JKR, seingat aku tak ramai budak-budak sebaya aku. Jadi masa aku banyak dihabiskan di rumah sahaja, membesar di bawah ketiak mak aku. Semasa di tadika, tak banyak 'memori indah' yang dapat aku ingat. Mungkin memang tiada sebab hatiku tak teruja langsung untuk bersekolah ketika itu. Malah aku tak menamatkan pun sesi persekolahan tadika. Sebab itu aku takde gambar sesi graduasi tadika...
Sebelum aku memasuki sekolah rendah, keluarga aku berpindah. Rumahnya kami duduki hingga ke hari ini. Di perumahan ini aku berjumpa ramai rakan-rakan sebaya. Aku jadi suka berkawan, dan ramai kawan juga sukakan aku. Lebih-lebih lagi aku champ dalam banyak permainan kampung. Tuju gambar dengan selipar, main getah, konda kondi, chop bola tenis... Siapa yang geng dengan aku mesti juara punyalah... Di sekolah, keaktifan aku sama naik. Aku bersekolah rendah di sekolah cina, tapi ketika aku memasuki sekolah ada beberapa pelajar 'senior' melayu di sekolah tersebut. Aku tak rasa keseorangan sangat.
Sehinggalah aku berada dalam darjah 3 atau 4 (aku tidak berapa ingat), kenakalan aku agak menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari aku dan rakan-rakan yang bermain di rumah jiran telah secara tidak sengaja memecahkan cermin tingkap rumahnya. Kami bertempiaran lari ketakutan, masing-masing tidak mahu mengaku siapa yang buat. Sampai ke rumah aku disambut oleh bapaku dengan getah paip. Aku tak tahu macamana cerita tersebut boleh sampai kepadanya dengan begitu cepat. Hari itu aku merasa penangan yang paling 'kaw' yang tak pernah aku dapat selama ini. Kesakitannya membuatkan aku betul-betul serik...!
Sejak itu aku jarang keluar rumah. Mungkin juga disebabkan ketika itu aku memasuki tahap 'baligh'. Selepas bersunat kan hormon-hormon kita turut berubah, suara menjadi kasar, badan aku membesar agak ketara. Personaliti aku turut berubah, aku menjadi pendiam. Semakin kurang minat untuk bergaul dengan rakan-rakan. Hidup aku hanya di rumah, menonton tv dan membaca buku. Mungkin juga itu antara faktor aku memakai cermin mata seawal umur 12 tahun.
Di sekolah, aku mula menerima tekanan. Di kala budak-budak sebaya aku semakin lasak, aku pulak menjadi semakin skema. Akhirnya aku sering menjadi mangsa buli. Lebih-lebih lagi tinggal aku sahaja pelajar melayu di sekolah tersebut kerana pelajar-pelajar melayu senior sebelum ini sudah menamatkan sekolah rendah. Pernah suatu ketika aku menjadi 'kuda tunggangan', mengangkat pelajar senior dari tingkat bawah ke tingkat 2 sekolah. Namun kejadian tersebut tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa.
Memasuki sekolah menengah, ceritanya tak jauh berbeza. Cuma aku sudah tidak menjadi mangsa buli lagi kerana aku merupakan seorang pengawas sekolah. Namun sikap aku yang skema masih menebal. Aku tidak suka berkawan, baik di sekolah mahupun di rumah. Hidup aku hanyalah buku dan tv di rumah. Satu-satunya benda nakal yang aku buat adalah, tanpa pengetahuan ibu bapa aku, aku sering ke kedai permainan video games di bandar. Memang menjadi hobi dan kegilaan aku main games 20 sen tu. Pergh di hadapan video games itulah aku tempat melepaskan segala perasaan geram aku, kecewa aku dan keghairahan aku...
Selepas tamat SRP (yang digantikan oleh PMR sehingga hari ini), aku mendapat tempat di SM Teknik Kuantan. Di Kuantan kehidupan dan perangai aku berubah 100%. Hidup tanpa pengawasan ibu bapa membuat aku menjadi 'naik tocang'. Aku mula belajar merokok. Masalah disiplin yang lain mula aku lakukan baik di sekolah mahupun di asrama. Hem panjang pulak ceritanya... Next time sajalah kita cerita ye...
Tu dia... Gambar aku masa di tingkatan 1 (dalam bulatan merah). Cermin mata besaq cermin tebai tu... har har har...
39 comments:
Hisy kejam sungguh sampai jadi kuda tunggangan, ganas jugak tuh!
biar btol.. sadis gile.. ngeee.. buli balik...
assalamualaikum,
sekarang dah jadi bapak....kita pun manjakan anak-anak kita jugak.....amacam? nak kongkong mereka atau bebaskan mereka membuat pilihan??
hidup jgn jadik mangsa buli..huhu
salam..
sama macam saya
sekolah2 dulu..
nerd jugak..he he
Dinas:kalau tak melawan gitu ler jadinya...
cekodok:itulah yang terjadi kat budak lembik...macam aku dulu...
humairi:itulah cabarannya bro...tak tau lagilah macamana...tgk kesesuaian masa dan keadaan...
imanshah:kena pandai2lah membawa diri...
zulkbo:kalau tak jadi mangsa buli takpe.. tapi biasanya budak2 macam tulah yang terkenanya...
DaSaT La... KNe BuLi KaW KaW Tu.. SiaP JaDi 'KuDa TuNGGaNGaN' LaGi Tu... DoK aSRaMa ea MSe SKoLa ReNDaH? SLe SMBuNG KiSah D SKoLa TeKNiK Tu... Nak TeNgoK SaMa aDa aNDa JaDi PBuLi Ke TaK... HeHe!~
masa sekolah rendah duk dengan org tua lagi...di SM teknik kuantan baru duk asrama...
eeee ade jumpa balik tak pembuli itu.. meh kite jumpa dan cerita ttg dulu2...
nakal takpe, jgn brutal....keknyer dpt jadi cikgu ni, kira ok sgt dah walopon background menggerunkan utk dikenang...
Astina:kalau jumpa pun dah tak kenal pun dik...kira halal je la...
jang:itulah yang koi bersyukur sangat tu...kiranya koi ni masih dapat diselamatkanlah...
wooo patut la awek dia amoiii
kalu ada stok share le dengan koi
cemomoi:awek tak jadi...huhuu...
Kena buli pun tetap jadi cikgu, bravo!
ummiross:kalau tak kena buli tak tau la jadi apa ye...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kadang keadaan memaksa menjadi mangsa buli... tak ade sape yang rela jadi budak belasahan... tapi masih berlaku juga...kesiankan
adeh..jadik kuda tungganggan... tak patut tak patut.. kalau zaman skang, dah lame kuar newspaper..
skang nih mungkin yg buli buli tu jadi entah apa2.
mmg geram dgn budak2 yg kaki buli ni..mmg xleh tgk org agaknya nk kacau....
salam..
kena tengok cerita buli 1 dan 2 nih :)
kenapa budak nerd selalu kena buli ek? :)
Nanti saya nak buat kajian la..(huh..banyak sgt la masa ko nk kaji)
perhhh...larat ke angkat senior tu smpai tgkt 2..adooiii...kesian sgt...
smbung la lagi....hihihi..
Amboi!! break pulak tengah syok kakak membaca. Buat suspen macam cerita bersiri Sham ye. Tak kisah kakak tunggu. Seronok nostalgia dulu-dulu....:)
jadi kuda tu cam kat hostel lak..
budak nerd mmg synonym ngan buli..
Entry terbaru padlie: Darah... Takutnye..
hahaha..culture shock to bro..dari skema, terus smoking kat sek teknik.
takpa..aku tunggu episod berikutnya..
tapi, jujurnya atok suko berkwan dgn budak skema...sobab diorang baik2
zaman budak2 dulu mcm2 perangai ade..tapi akhirnya berjaya menjadi seorang yg berguna juga..
salam, tunggu sambungannya....
nakal budak2 dulu tak sama dengan nakal budak2 sekarang...nakal kita dulu jadi orang! budak2 sekarang??? salah siapa?
saya nerd jugak dulu...senyap aje...takut kena soal - tak boleh cakap kat depan kelas (geletaq)....macam tak caya boleh jadi cikgu --- he3x
budak2 llaki klau tak mbuli t.sah! ksian bdk2 nerd kan.
baca paper smalam lgak pmbuli mcm gangster. truknye moral bdk2 skrg nih t.tahu dosa pahala
Koi 'baik' jaman skoloh dulu.. :P
kalau tgk gmbr sy masa skolah pon skema giler gak..ngan pengawas, ngan spek besar + tebalnyerr, ngan itam legamnya..hehehe..klaka2..
eheh..
same la..slalu gak kne buli..sbb sy kecik n muka mmg agak nerd..skema la..haha..
trase nak wat entri pasal nerd gak la nati.. :)
Assalamualaikum cikgu shamsul . ..x sangka cikgu dr teknik kuantan jg...
Semoga cikgu makin sembuh ye...
Post a Comment