APC Punya Cerita...
Thursday, March 3, 2011
Semalam sekolah aku mengadakan mesyuarat, di akhir mesyuarat puan Pengetua mengumumkan 10 guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Tahniah aku ucapkan kepada mereka. Terutama cikgu R, semalam dia menerima APC, hari ini mendapat tawaran untuk jawatan Ketua Bidang. Kegembiraan berganda... Syabas friend..! Ternyata segala usaha dan kerja yang anda buat selama ini di'pandang'. Kepada cikgu M, usah peduli apa orang kata, kau layak mendapatnya. Rezeki anak dalam kandungan isteri kau tu...
Aku..? Masih belum ada rezeki lagi. Walaupun dah masuk tahun ke-7 perkhidmatan tapi takdo apo-apo lagi. Lebih-lebih lagi dalam sekolah besar macam ni. Purata masa bagi seseorang guru untuk mendapat APC di sekolah ini lebih kurang antara 6 ke 7 tahun. Aku disini baru masuk tahun ke 3. Itulah malangnya bila bertukar ni. Aku yakin jika masih di sekolah lama pasti aku dah dapat RM1000 tu... Cewah... Bukanlah maksudnya aku mengejar sangat RM1000 tu, cuma kalau ada anugerah rasa bersemangatlah sikit ye tak...?
Tapi memang sikap sesetengah manusia tu kan, aku betul-betul tak faham... Kenapalah suka sangat nak mempertikaikan rezeki orang...? Keluar je dari mesyuarat aku terdengar seorang guru senior membebel:
"Patut cikgu S tu tak layak dapat APC tau...! Memang dari segi senioriti dia dah layak, tapi tahun lepas kan dia banyak buat slack...! Unit uniform dia lintang pukang! P&P dia pun bukan bagus sangat...!"
Aduyai... Terus aku sound:
"Rileksla bang... Apa nak pertikai-pertikai orang ni...! Abang tu bagus sangat ke...? Janganlah duk sibuk mempertikaikan orang. Nanti orang pulak sibuk pertikaikan kita..! Macamlah kita ni bagus sangat...!"
Cikgu senior tu senyap je... Memanglah dia senyap, dia tak dengar pun apa aku cakap. Aku sound dia dalam hati je...! Gila ko nak sound cikgu senior taraf-taraf gaban macam dia tu, cari pasal je...!
Tapi secara peribadi memang aku tak berapa gemar akan sikapnya yang sebegitu. Walaupun aku menghormatinya sebagai guru senior dan aku akui dia seorang guru yang... erm kira best jugaklah. Tapi janganlah kita suka sangat mempertikaikan orang. Kita pun bukan sempurna, ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Lagipun panel pemilih tu bukannya orang-orang bahalol yang membuat keputusan tanpa memikirkan sebaik-baiknya calon yang layak... Betul...?
Beginilah sepatutnya tempat kerja bagi seorang pekerja yang cemerlang...! Setuju tak...? Hu hu hu...
P/S: Satu perkara sering membuat aku tertanya-tanya, pilihan mana yang lebih baik:
1. Kita menerima segala tugasan dan tanggungjawab yang diberi, buat dengan sebaik mungkin dan menghadapi risiko melakukan kesilapan dan dipertikaikan orang, atau
2. Tolak segala tanggungjawab yang diberi dengan alasan tak mampu buat, duduk senyap-senyap dan buat kerja sendiri sahaja. Tak perlu tanggung sebarang risiko, play safe...
Yang mana satu anda akan pilih...?
46 comments:
assalamualaikum,
rezeki...lain orang lain caranya...muhasabah diri....aku masih xde rezeki untuk menerima APC buat kali ke 3...
salam Sham
pada saya bergantung pada jod description...kalau tugasan berkaitan dgn job descrot...perlu buatlah...itukan tugas kita
Bestnya jadi cikgu bile dihargai mcm 2...best2...
insya allah kalau ade rezeki tak kemana ye...
biasa la lumrah manusia tak pernah berpuas hatikan...kat tempat saye pun ade jugak mcm tu...
tapi cikgu tak mcm tu kan...
Kalau dah rezeki orang tu, takkan lari ke mana, akan datang padanya juga walau berapa kilo pun orang mengata.
Assalamualaikum..
Cakap2 begini sentiasa ada..bagi kita, cermin diri. Jangan pertikai rezeki orang.
Apabila sesekali syaitan berbisik bahawa dunia ini tidak adil, lawanlah....kerana, keadilan Allah lebih berarti dari segala pertimbangan orang.
(Pernah menulis tentang isu ini di http://xiiinam751.blogspot.com/2010/10/buat-baik-dan-ikhlasbaik-juga.html)
humairi:wah dah 2x dapat...syabas...aku juga belum sampai turn...
azani:cikgu takde job description...saya yang menurut perintah je...huhu...
Zyash:semua kerja perlu ada penghargaan...baru bersegamat kan...
ainnoraini:prinsip saya senang,org tak kacau kita, kita jgn kacau orang...lu punya nasi lu makan, saya punya nasik saya makan...
Dinas:betul3x...rezeki masing2 kan...
WC:thats the point...kita sendiri pun tak sempurna gak...
ckLah:betul tu cikgu...hee baru nak baca n3 tu...
salam Syam..
bersabarlah..akan tiba
hari gembira anda bila
di umumkan sebagai guru
cemerlang satu hari nanti
insyaallah...
pakak2 dok bergadoh pasal APC..hadoi
zulkbo:taklah mengharap sangat...tp teringinlah gak kan...
abih nak gadoh pasai apa lagi...?
ass salam...
Koi 2 kali dah terima anugerah gitu...SSB dan first SSM ....
Kalo ssb dulu.....memang cantik sebab makan tahun faedahnya...keknyer ssm ni...dpt seribu je + sijil yg terperap dlm almari...
Sama-sama susah sebenarnya, yang tak dapat susah cara lain, yang dapat susahnya cara lain. Bagi yang menilai dan menganugerahkan APC pun susah juga.. bukannya senang menentukan siapa yang layak...
Tetapi yang paling susah bila kita nasihat supaya lebih cemerlang selepas ini: Jawapannya berbunyi begini:
"Dah tahu saya kurang cemerlang kenapa tidak berikan kepada orang lain sahaja?..
rezeki masing2,semuanya telah tertulis kan Sham..
As salam...
Cheh...koi ingtkan aok btl2 sound cikgu ter...dalam hati jek upenyer..
nyaris dah koi nak komen n3 aok ni dlm hati jek :P
Pilihan pertama itu lebih bagus..!!
Mula-mula kakak ingat Sham ini gentle terus kata pada cikgu senior rupanya dlm hati je. Kecut ke?
Pada kakak tanggung-jawab lunaskan yg terbaik. Soal silap/salah sebagai manusia kita bukan maksum.
mesti ada yang tak puas ati tu... yang terima, kuatkan kerja. yang tak terima, jadikan cabaran tapi yang penting semua kena muhasabah kenapa dapat dan kenapa tak dapat - rezeki tu Allah yang bagi
cikgu jang:emm yg dapat SSB dulu memang lebih beruntungkan...tp stil ada kontroversi gak kan...?
mohamad:itu macam pun ada ka...?hu hu...
ummiross:betul sungguh itu ya ummi...
shinju:heh heh...sound dalam ati je yun...
kakzakie:bukan kecut...tak berani jer...huu...
cemomoi:yeh akanku jadikan itu sbg suatu cabaran...
setiap kerja yg kite buat adalah ibadah sekiranya kite ikhlas dan buat dgn hati yg senang..insyaAllah, Allah murahkan rezeki kita selalu..
price:u are very right my pren...
salam ziarah
ayu nak kongsi ttg kes ayu da en zalie dihospital..
ayu tak kerja selama 2 bulan..jaga en zalie di ward.. (sebelum tu dia di ICU da HDW) so...bila dia diward mmg nak dekat dan hampir dengan en zalie walau ayu tidur diatas kerusi keras tanpa pernah pulang kerumah walau 1 jam..
staff di situ mempertikaikan ttg pembelian mesin oksigen, cpax dan pelbagai...
sok sek...sok sek depa mengumpat..
tapi depa tak terpikir..tak semua orang senang dan taks emua orang susah
(tetap sabar dan tabah orang mengata atau tengumpat)
buat mana yg termampu...kalau tak blh bg tahu je...huhuhu...
no 2 kot
huhu
السلم عليكم ورحمة الله
Berpegang bahawa rezeki semuanya atas pemberian Allah SWT.
Assalamualaikum Syam.
Tahniahlah pada kawan-kawan yang dapat APC tu.
Saya sendiri dah 17 tahun bertugas, tapi belum ada rezeki lagi.
Rasanya bukanlah saya termasuk dalam golongan yang tak layak, tapin rezeki... belum ada.
Kekadang heran juga bila rakan-rakan yang dipandang sebagai belum mencapai tahap APC tapi dapat juga, bahkan ada yang sampai 2, 3 kali dalam masa 5 tahun.
Saya teringat kata-kata 'hikmat' rakan: Kalau tak ada 2J, jangan harap nak dapat APC.
2J, tak payahlah saya sebut kat sini. Tak elok tu...
TQ.
tahniah kepada cikgu tu. saya cuma mampu baca tapi tak berapa faham.
tapi kalau dgr sangat cakap2 org senior cemtu mmg akan buat kite down. biarlah apa depa nak cakap, dah penat nanti diam la tu kan?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...
eeemmmmm rezeki tu bila segala usaha di hargai.... jadi pada guru-guru senior jangan jelous.... ini kan baikkkk bukan nak bersaing tapi... junior kan pelapis pada senior jadi jangan salahkan junior.....
cekgu sekarang tak macam dulu-dulu ... tapi cekgu dulu tak macam sekarang ni.... eeeemmmmm
sham,
'kerus'itu dah lebeh....
assalam..
setuju ngan abd razak.. ;)
salam ziarah..
kalo de rejeki tu, tak kemane. janji kite ikhlas wat keje... :)
assalamualaikum saudara
APC, rezki masing-masing,kan.
sebenarnya sebagai pendidik, team work itu pun penting,kan saudara.
saya pun tak pernahd apat APC,walaupun dekat 1 dekad dalam arena ini.takpe,melihat kejayaan anak murid dan mereka menghubungi kembalai saya samada melalui hp,email,surat,blog dan mukabuku,semua itu hadiah bermakna, kerna ingatan mereka dalam doa mereka untuk cikgu OKU mereka ini.
oh ya, tertatik dgn pandangan encik Mohamad.komen beliau mengingatkan pengalaman ayah saya sbg pentadbir, yang mana setiap kali nak beri APC, ayah akan buat solat sunat istikharah dan mohon petunjuk Allah untuk berikan APC itu kepada siapa.
ops maaf panjang pula komen saya macam buat satu post.sekian,wasalam
saya pu dah 9 tahun xpernah dpt APC walaupun kadang2 jeles gak cikgu baeu mengajar 2 tahun pun dah dpt, yang baru masuk pun dah dpt, tapi saya percaya Allah bg saya rezeki lain, yang org lain xada
APC ni mmg kejam sebenarnya.. Gembira bg yg dah dpt.. Tetapi yg dh lebih 10 thn masih x dpt apa perasaannya..kerja dgn bersungguh sbb mmg tugas hakiki kan..tapi bila silih berganti tahun.. Apatah lagi lebih 10 thn x dpt.. Org yg masuk kemudian dari awk semua dah dpt.. Ketika itu hati memberontak.. Teruk sgt kah aku ni? Persoalan di sini ada byk faktor.. Salah satu sbb boss.. Selalunya boss akb berkhidmat di sesuatu jabatan dlm 3 ke 4 tahun dan silih berganti boss.. Jadi boss yg baru x akn tahu sejarah sebenarnya sipolan yg telah bekerja lama di situ.. Apabila telah lama pulun kerja buat yg terbaik bg dirinya.. Tp masih x dpt.. Kwn nya dpt sbb di bahagian lain, mereka ini mencalon apc dgn buat giliran.. Maknanya semua akan dpt kalau dlm 10 thn ni.. Tapi kau yg di pej.. Jawatan plak pembantu awam atau pemandu cth nya.. Bersabarlah.. Jadi apabila anda dpt anugerah itu setelah lebih sedekad lamanya.. Ketika itu sudah tidak lg gbira dan ceria.. Akn terasa spt sudah tiada siapa lagi nak beri.. Semua dah dpt..yg dah 2 kali pun ramai sah dpt.. Ketika itu.. Hati sedih.. Longlai.. Kawan ku yg masik kemudian semua dah dpt.. Kerja biasa2 saja.. Tp aku respect boss dia org sbb buat pisingam makna semua boleh dpt walau kerja x rajin sgt.. Bayangkan anda dah pulun bersengkang mata di pej.. Out station.. Kurang masa dirmh.. Tetapi mereka tidak nmpk..sbb mereka juga manusia biasa yg menilai ini.. Bila kita pertikaikan org.. Org katakita jahat.. X yah pertokai rezeki org.. Tapi kalau kena di btg hidung sendiri baru lah faham.. Siapa yg x sedih jika lebih dari sedekad blm tercalon.. Kalau dpt pun dah x gembira seperti sblm ni.. Allahhuakhbar.. Allah Maha Besar..
Post a Comment