Saya Dah Tak Dara...
Tuesday, March 8, 2011
Perghhh memang kontroversial betul tajuk entry aku petang ni... Just nak tanya kalian pernah ke kalian mendengar pengakuan kamikaze tersebut dari mulut seorang anak gadis belasan tahun yang berstatus pelajar...? Ya pelajar... Berbaju kurung putih kain berwarna biru... Bertudung sambil menyandang beg sekolah... Setiap pagi menuju ke sekolah dengan niat untuk menuntut ilmu...
Atau pernah tak kalian mendengar pengakuan:
"Ala kami bukan buat apa-apa pun... Kami ringan-ringan je..." atau
"Saya sayang kat dia... Sebab itulah saya bagi..."
Masyallah... Nauzubillahi min zalik...
Sebenarnya aku pun tak pernah dengar pengakuan tersebut secara live. Hee... Cumanya menurut rakan-rakan guru senior yang suatu ketika dulu memegang tampuk disiplin sekolah mempunyai pengalaman menangani masalah-masalah yang membabitkan dialog di atas. Antara kes gempar yang pernah melibatkan pelajar sekolah menurut mereka:
1. Keruntuhan rumah tangga akibat si suami bermain kayu tiga dengan pelajar sekolah tingkatan 3... Aduyai semak otak aku mendengarnya...
2. Aduan seorang pelajar perempuan yang dia sudah lewat 'datang bulan'. Lalu rakan guru tersebut membeli pregnancy tester. Mujurlah naik 1 jalur sahaja. Kalau tidak ke Melaka dah budak tu... Hu hu...
3. Kes bergaduh sesama rakan perempuan kerana berebutkan pakwe... Alamak pendeknya akal...
4. Aksi terlarang yang sempat dimuat naik ke dalam You Tube... Namun sekarang dah dideletekan...
5. Rakaman-rakaman aksi yang amat melampau samada yang melibatkan individu mahu pun berpasangan. Malah terdapat juga aksi beramai-ramai...!
Dasyattt...! Bak kata Nazmi Raja Lawak. Namun itulah hakikatnya. Aku bukan sengaja nak mengada-adakan cerita atau sengaja nak memanaskan suasana, cuma sekadar ingin berkongsi rasa bimbang dan seram terhadap perkembangan anak-anak muda sekarang ini. Lebih-lebih lagi bila aku kini pun mempunyai anak gadis yang comel lote. Macam manalah agaknya perkembangannya 10 atau 15 tahun lagi. Jika melihatkan senario hari ini, agak tenat juga aku nak mengawal pergerakkannya kelak...
Ini pesanan untuk diri aku sendiri dan nekad aku untuk menunaikannya, juga kepada kalian semua (yang sudi membaca): peliharalah anak-anak kita, jangan sampai kita hilang kawalan terhadap mereka. Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih umpama kain putih), lalu ibu bapanya yang mencorakkan mereka samaada menjadi pengikut agama yahudi, nasrani mahupun majusi (penyembah api)...
Antara penyumbang utama gejala-gejala yang merosakkan hari ini. Hiburan melampau dan promosi gaya hidup cara barat...!
P/S: Tadi jalan-jalan blog member baru tau yang hari ini 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia... Selamat dan salute aku untuk semua wanita-wanita di seluruh dunia... Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia...!
51 comments:
salam, itulah realiti masalah remaja kini....dapatlah kita buat sesuatu ttg ini.
Abhamz:Kalau tak mampu buat yang besar kita jaga sajalah anak masing2...
Assalamualaikum Sham
Ya Allah jauhi kami drp dugaan yg tidak mampu kami pikul dan tanggung
hanya kepada mereka yg berkuasa boleh mengubah keadaan yg tidak menentu ini
oleh itu kita kena pilih pemimpin yg ingin menegakkan Islam
Wassalam
tutp lubang dulu, bukan nak cari penawar lain
takut dgn life skng yg semakin mencabar.semakin maju teknologi,semakin maju budak2 ni.
masalah remaja zaman sekarang...kena hati2 ibubapa sekarang...pantau anak2 sejak kecil lg..
mina ni..lg la member sndiri...huhuhu...
bangga cerita zina yg dibuat...
adoiii...lg stress nak kena dgr..
huhuhu...
dah satu bilik...huhuhu...
rozali:w'salam atuk...kita nak...tapi masih ramai yang taknak...!
imanshah:itulah pasalnya...
safura:terkejut beruk juga saya mula2 dulu...sekarang dah terpaksa terima kenyataan...mereka memang advance...
faiz:yup...anak kita tanggungjawab kita..!
mina:orang macam tu macam tak percaya kewujudan neraka jer...!aduyai...
mintak2 jauhkan tu semua...takutnye terjadi kat anak2 nk meningkat remaja ni...
hanya mampu berdoa agar dijauhkan dan selalu gak bg nasihat kt anak2 jgn buat benda yg tak senonoh...jgn malu kan mak ayah...allah nnpk ape yg kite buat...
semuga anak anak kita di lindungi dari gejala ni..
memang menakutkan. walaupun sering dengar tentang perkara begini tapi masih terkedu, terutama sekali bila melibatkan pelajar yg amat muda..
hahaha kayu TIGA dengan budak tingkatan TIGA...
kou bia betul sham..
ntah2 name laki tu ultraman TIGA.. ha3
ainnoraini:itulah sahaja yang mampu kita lakukan...berdoa banyak2 dan jaga mereka elok2...
zino:amin ya rabbal alamin...
dinas:dulu memang terkejut gila...!sekarang dah belajar menerima kenyataan..walaupun pahit tapi itulah hakikatnya...
Qamarul:bukan ultra 3 bro...otak 3suku tu...!har har...
salam perkenalan bro sham,
didikan awal bermula dari rumah. ibu-bapa banyak yang mencorakkan keperibadian anak2. guru2 cuma sebagai pembimbing ke arah masa depan. pincangnya institusi keluarga, akhlak lah akibatnya
eelobor:thats the point...anak kita,tanggungjwab kita...!
Tak suke dengan cerita aku masih dara sebab cerita 2 lebih kepada mengajar daripada pengajaran...for me la..
ce server pulak yang dah takde teruna...mana lebih ramai..
pehni buat tajuk takde teruna pulak yerr..
uish.ngeri budak zaman skang. lain ngan budak zaman dulu
Mencegah lebih baik dr merawat...
Jika semua lelaki menunaikan tggjwb dan membimbing saudara wanita dalam keluarga masing2,InsyaALLAH benda2 mcm ni xkan berlaku...
Pada kakak apa jua pegangan agama dianuti tak satu agama pun mengajar membuat kejahatan. Oleh itu didik anak kepada pegangan agama dari kecil hingga ia tahu menilai yg mana baik/buruk....
Selamat hari watnita sedunia.....selamatlah wanita hendaknya.
semoga kita diselamatkan dari hiburan yg melampau huhuhhhh
nak buek camno..hiburan merato2..suke la remaja2 la nie..pergaulan bebas..mok ayoh pun xamik tahu..dunia-dunia
kebebesana menggunakan internet & pengaruh dunia hiburan hari ni..kdg2 hangen rasa tngk kat tv rancangan yg tak sesuai & over
dah 2 entry bertema macam ni yg saya baca hari ni. mmg teruk la bebudak muda zaman sekarang ni....~
salam, amalkan cara masyarakat kita dulu yg sering tegur-menegur dan prihatin antara satu sama lain.
Zyash:tak tengok pun citer tu...hu hu...
Cikgu Jang:pasni koi servey...
Astina:akan diusahakan...
Zaradgreat:budak2 dulu mana ada internetnya,astronya,majalah2nya...
Shinju:betoi tu weh...yg lelaki memimpin yg pompuan dipimpin...
kakzakie:agama setan je ngajor orang buat jahat ni...betul tak kak...?;P
humairi:women rules...heee
sahrom:selamatkan diri sendiri dulu bro..
apai:tu la masalahnya...aku biasa jumpa mak bapak yg cakap:saya pun tak boleh buat apa2 dah cikgu...
mamayatie:harus sentiasa pantau apa yang anak kita surf dan tonton...
gadisbunga:dunia akhir zaman gitu la kot...
abhamz:org sekarang suka buat hal masing2 je...bila ditegur kata kita sibuk menjaga tepi kain orang...
itu keadaan kita skrg.. banyak disogok ngan budaya barat..
anggap ia trend sekarang.. agama tolak tepi..
hanya didikan agama yang mantap mmpau membendung gejala maksiat
makin negara maju, makin rosak sosial anak muda
padlie:siapa yang harus dipersalahkan...?mereka dan keluarga mereka...?
sud@is:ya,jadikan agama sebagai benteng...
delarocha:agak2 bagaimana nak seimbangkan kedua2nya...?
ish! semudah itu?
hnya kerana syg, habis maruah tergadai..
bila dah kurang iman didada,
bila dah kurang perhatian ibu bapa,
tu lah jadinya..mintak dijauhkan lah..
entahlah sekarang nie tak tahu nak kata apa.. da..
sekarang ni dah macam2...
buleh saye salahkan parents tak?
pesal skrg ibubapa sibuk dgn kerja dan manjakan anak2 sbb tu jd lagu tu... kdg2 geram..
tp saye tak kawen lg jd kena tutup mulut..
minta2 dijauhkan subhanallah...
assalamualaikum bro
semoga Allah lindungi kita, keluarga kita dari fitnah dan bala besar dari mukadimah zina ini.
sebagai guru bimbingan kaunseling,saya pernah handle kes2 begini dan ada yang sanggup membunuh diri,yang mana ada di antaranya saya nukilkan pengalaman semasa handle kes2 begini,rasa hati saya itu di blog wordpress saya.namun demi kerahsiaan,saya hanya menulis secara kiasan sahaja.
sebagai seorang yang telah dewasa, sama2lah kita membantu remaja-remaja ini ke jalan yang benar.
sekian wassalam
mnakutkn!
kurang didikn agama serta ibu bapa yg kurang prihatin mnjadi punca utama
assalam cikgu sham,
kes yang penah saya "handle" masa tu student pompuan dok bergaduh tampar menampar ...
sebabnya katanya la nak menyedarkan kawan tu dok sakan check in check out hotel .... hmmmmm ...
ntah la sampai ke parents datang ke fakulti... perkembangan terkini, semua pelajar yang terlibat tak habis pengajian....terkantoi di tengah jalan
ada banyak kes lain juga berkaitan pelajar perempuan ni, ada yang terbesalin di toilet hostel ... sedih betul ... masa tu mmg semua orang tak perasan pun dia pregnant sbb badan agak berisi juga ... perkembangan trkininya syukur dah kembali ke pangkal jalan, dah habiskan pengajian & dah kawin ...
macam2 lagi la..tu belum kes pelajar lelaki ... ada yang "membuntingkan" anak orang pun ada... punnnn ke fakulti jugaklah parent dok menyerang ... hadoi...
ngan kes dadah, ganja, blumba haram (kereta/motor) ...
sangat takuttttt dgn masa depan anak2! uhuhu
Nauzubillahi min zalik...
Jauhkanlah dari mendekati anak-anak kita semua.
Post a Comment