Salahkan PPSMI...!
Friday, March 25, 2011
Masih nak bercerita pasal SPM, aku percaya antara topik bualan yang masih hangat di sekolah-sekolah. Hari ini semua guru mendapat salinan keputusan penuh setiap subjek. Perbezaan antara keputusan 2009 dengan 2010. Kembang juga hidung aku sepanjang hari ini. Menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan hasil keputusan cemerlang subjek aku. Laa korang tak tahu lagi ke...? Nah baca kat sini, boleh kembang lagi hidung aku ini...!
Pagi tadi aku sempat bersarapan bersama rakan-rakan guru, kali ini special sikit sebab disertai dengan GPK 1. Bila masuk cerita tentang keputusan SPM yang keluar kelmarin, har har aku lah yang menjadi tumpuan... Apa lagi kasi up lah sikit... har har... Namun dalam seronok-seronok tu ada juga cerita yang kurang sedap didengar. Antaranya adalah masih ramai pelajar aliran sains yang lemah atau gagal dalam mata pelajaran math dan sains tulen (Fizik, Kimia, Biologi), lebih-lebih lagi pelajar Melayu...
Selain mengajar MPV (yang mendapat keputusan cemerlang... ceh up lagi...!), aku turut mengajar subjek Fizik. Secara keseluruhannya peratus kelulusan meningkat tahun ini, tetapi bila aku perhatikan analisis secara terperinci, memang ramai students aku yang tak dapat score subjek tersebut. Dalam erti kata yang mudah, kuantiti naik tetapi kualiti turun. Lebih menyedihkan aku, ada students aku yang mendapat A's dalam BM, Sejarah, Agama tetapi hanya mendapat D, atau E malah ada yang gagal terus, G dalam subjek math dan sains tulen...!
Mungkin akan ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku ini, atau mungkin kalian akan berkata aku sengaja mencari alasan; tetapi bagi aku yang berada di lapangan ini, sebab utamanya tak lain tak bukan: KEGAGALAN DASAR PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)...! Sejak dasar ini dilaksanakan dari awal lagi, aku antara yang tidak bersetuju. Malaslah aku nak ulas isu ini secara panjang lebar kerana isu ini pun sudah nak basi dah, lagipun dasarnya pun nak ditamatkan tahun hadapan, bagus sangatlah tu... Dan jangan ada pula yang nak ajak aku berdebat isu PPSMI ini, kerana aku dah puas berdebat... Isu ini bukan semata-mata isu pendidikan malah boleh menjebakkan debat ke arah politik... Ops tak mahu... Bukan di blog ini ok...
Bagi mereka yang menyokong dasar tersebut dan merasakan satu kerugian jika dasar tersebut ditamatkan: jangan risau, kita bukan nak jadikan anak-anak kita ini bodoh Bahasa Inggeris, kita cuma nak memperbetulkan strateginya. Kerana strategi dari PPSMI ternyata gagal dan silap...! Apa yang perlu kita buat adalah memantapkan penguasaan anak-anak ini dalam subjek Bahasa Inggeris itu sendiri, bukan dengan menganiaya mereka dengan memaksa mereka menguasai 2 subjek/ kemahiran dalam 1 masa.
P/S: Tak suka dan tak setuju sama sekali dengan anggapan: mereka-mereka yang menguasai Bahasa Inggeris lebih bijak/ hebat dari mereka-mereka yang kurang bagus dalam bahasa tersebut...!
34 comments:
Sekarang ni di sekolah rendah ada program sekolah nukleus, menggantikan PPSMI. Program ni mengambil penutur jati untuk memantau penggunaan BI dalam PnP subjek BI ni..kita taengok lah, berjaya ke tidak...
*sekolah akak dapat Mat Saleh dari Canada...*
sham.. kita suka mendesak anak2.. mende mcm tu pun nak jadikan budak2 sebagai ujikaji tanpa kajian... kesian budak2..
Assalamualaikum Sham
mana2 negara yg mengutamakan bahasa ibunda mereka (jepun, korea dll)lebih maju drp negara yg nak mengagungkan bahasa inggeris
Wassalam
tahun 2009 dulu ada la perbincangan kedai kopi antara penyelidik2 kementerian saya. kami sebulat suara kata PPSMI gagal. keputusan meningkat di peringkat sekolah, tp di peringkat pengajian tinggi xde beza dengan lepasan sistem agregat..
Salam Cikgu Sham
Saya sependapat dengan anda dan En. Rozali.
Saya pernah napak buku ilmiah Jepun di buat dalambahasadan tulisan Jepun, mungkin terjemahan dari buku ilmiah barat.
Setuju! PPSMI satu program yang gagal!
Setuju! PPSMI satu program yang kurang berjaya
Tiada salah mengeksperimen. PPSMI tidak gagal sepenuhnya, kini program mmemartabatkan Bahasa Melayu, memperkasakan Bahasa Inggeris pulak - pasti lebih baik dari PPSMI, insyaAllah.
setuju tu ppsmi tak patut diadakan...tak sume pelajar bley catch up belajar dlm BI ni..
Tahniah cik gu..sebab cemerlang..
alhamdulillah dan bertuahnya murid2 yang dibawah bimbingan sham..
kehadapan cikgu, saya terkene tempias PPSMI since form1.. mase upsr dulu masih dwibahasa, tapi masa PMR, n SPM saya jwb sume dlm english walupon grammar tunggang langgang, malah sangat berterima kasih pada policy PPSMI coz saye x kekok blaja kat universiti yang semua subjek gune english. hari tu dalam tutorial kelas, kitorang berbincang psl issue PPSMI yang dbubarkan, majority tak bersetuju coz benda ni bawak lbh banyak manfaat pada kami la. hehe ini pendapat je, setiap benda ada kebaikan n keburukannya juga. :) tp lepas ni pon dah x buat, so kite wait n see la result budak2 ni mcm mane yeah!
boto2 stuju bangat...kecemerlangan BI x semestinya menjamin kejayaan maso depan
saya sekolah 11 tahun dalam bahasa melayu. masuk ke matrik terus guna bahasa inggeris. masuk program ijazah, takde masalah kerana bahasa inggeris sudah kukuh semasa matrik. apa yang penting, penguasaan bahasa inggeris diusahakan bukannya memaksakan belajar subjek2 sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
syabas dan tahniah kepada yang mendapat tempias +ve dari dasar PPSMI...namun menurut pengamatan aku, yang menerima impak -ve nya jauh lebih ramai...!adilkah bagi mereka-mereka ini...?
Salam konal gak....
den pun suka kalau bukan dalam BI...negara lain pakai bahsa ibunda mereka...tapi mereka maju jerk...tak kisah pun...kito plak lobih2...ahakz
cabaran yang mencabar guru hingga merasa tercabar...
seblom peksa dok analisis soklan, lepas peksa analisis jawapan plak... tahnioh dah berjaya ter
sebenarnya kak ati antara yg frust bila
ppsmi ni mansuhkan
tapi yg guru2 lebih memahami...
mungkin ada kebenaran kata2 sham ini
sebenarnya tak kisahlah walau apa dasar sekalipun yang di perkenalkan. semuanya mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memaju atau meningkatkan tahap penguasaan akan sesuatu.
setiap perkara pasti ada kebaikan dan keburukan. so tak ada istilah PPSMI gagal atau tak.
persoalannya bagaimanakah proses perlaksannaannya. masalah yang sering di lihat bila mana buat sesuatu, tak bersungguh-sungguh. hari ini cakap macam ni, esok lusa lain pula jawapannya. hari ini program A, esok lusa tukar plan B. mangsanya student dan guru-guru yang mengajar. buat salah, tak buat pon salah.
itu tak termasuk bab campur tangan politik, kepentingan untuk pihak tertentu. bla...blaa...
saya sangat-sangatlah bersetuju dengan catatan di p/s awak tu !
saya tak nak ucapakan syabas lagi .. nanti hidung awak cedera kerana terlalu kembang ! hehe
terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan meninggalkan komen.
Aku antara org yg menentang PPSMI..
Bahasa Melayu bahasa kita.. Bahasa Inggeris bahasa Luar.. Gunalah apa yg termaktub dalam perlembagaan. Jgn terlalu taksub utk mengagongkan bahasa luar...
Memang BI penting, tapi kalau tak tahu ckp pun msh ada penterjemah..
IM pun heran juga. dah lah dalam BM, subjek tu pun banyak yang gagal. Dalam BI 2 kali masalah lah..
lambatnya kerajaan Msia ni bertindak ye...
bior gitu jer...
sibuk pasai tengok citer hantu dan blu...
As salam..
Sejak dijajah hingga hari ini kita masih berkiblatkan barat...kalau kebaratan itu kira sofistikated..
Yang mengutuk barat pun same,makan kepsi..pakai suor libais..
Tahniah!! (bior idong aok kembang sokmo..nyaman sket byk udara masuk..hihik)
waktu kat uni & alam keja, pandai2 la bebudak berfikir macam mana nak cope dgn bahasa inggeris..ye dak?
belajar dalam bahasa ibunda adalah cara terbaik. sama juga dengan al-Quran, cara terbaik memahami AQ adalah dengan membaca terjemahan dalam bahasa melayu/indonesia.
sebab tu lah sistem pendidikan kita ni tunggang langgang sebab sibuk nak naikkan sistem buatan sendiri.
*sekadar pendapat~
(ada ayat dalam quran cakap pasal apa yg saya tulis tu tapi lupa pulak nas nye...)
sependapat gak gan ko..kesian mereka yg kurang menguasai bahase english..mesti sukar bg nereka..bahase english tu perlu diajar lbh berkesan dan menarik minat mereka utk bljr...
tahniah la beb..
sekali lagi ingin aku tegaskan,aku bukan nak pinggirkan BI memandangkan ianya bahasa antarabangsa. namun kaedah yang terbaik menguasai BI adalah melalui bahasa itu sendiri.bukan mencampur adukkannya dengan subjek2 lain...hasilnya pengajar dan pelajar menjadi pening...kena cope 2 benda dalam 1 masa...
Say NO to PPSMI...
RAM & ROM
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yup bukan nak pinggirkan BI dan bukan nak pinggirkan BM .
Sebab mende ni aku rase ade kebaikannye juge
untuk generasi akan datang..terutamanya anak melayu
perkara ni pun walau dah lama digembargemburkan..
ekspresi pada kite semua masih belum
ade yang bersetuju kalau ia diteruskan..
Bagi aku sendiri,
PPSMI ni masih nmpak baru lagi
jadi penerimaan pada masyarakat
pada sesuatu pembaharuan
masih belum dapat semua
menerimanya...biasa la tu....
kebaikan pada masa akan datang
tak nampak jelas bagi sesetengah individu
untuk memikirkannye.
pendapat aku senang aja, nak bersaing di dunia global..atau takyah global la, cukup setakaty nak bersaing dgn bangsa cina/india kat Universiti, penguasaan English itu perlu.
Dan kalau nak mudah berjaya dalam lapangan professional/sains, perlu kukuhkan penguasaan Inggeris.
Dan aku setuju, bahawa kalau nak suruh student ni mantap English, bukan secara tiba2 suruh belajar Maths/Sains tuy semua in English..penekanan aspek lain perlu..
aku yakin otai2 pendidikan dah suarakan benda ni dan beri pendapat tentang jalan terbaik, tapi al maklumlah, politician malaysia..mana nak dgr cakap org berilmu...sorry, aku sentuh jugak politik..:P
org jepun blh je berjaya...
kalau buat bahasa arab wajib takpe la jgk...huhuhu...
PPSI???
Rasanya sekarang dah tak mantap...
PMR pun dah boleh jawab 100% bahasa melayu dlm kertas sains...
Cikgu pun lebih suka ngaja guna BM aje ...
Mungkin student tu sendiri. PPSMI ke, tak ke, kalau faham subjek tu, takde masalah rasanya. Saya dulu fizik, kimia, bio, semua dalam melayu, tapi tiga-tiga cukup makan je, kecuali Add Maths ok. saya salahkan saya sendiri yang salah pilih jurusan masa naik form 4. :)
Post a Comment