Nak Marah Siapa...?
Thursday, March 17, 2011
Aku nak marah tapi tak tau kat siapa...! Dah lama nak marah tapi aku pendamkan sahaja. Aku dapat terima akan pertambahan manusia dan kenderaan di atas muka bumi ini, tetapi kenapa kemudahan dan prasarana tetap berada di takuk lama. 30 minit aku dihabiskan semata-mata nak mencari parking. Urusan di bank hanya memakan masa 10 minit sahaja. Total masa yang terbuang 3 kali ganda dari masa yang sepatutnya digunakan. Di mana time efficiencynya..! Pergh kalau dalam dunia korporat ni dah kira rugi juta-juta ni...!
Keadaan jalan turut membuatkan aku senak otak. Kalau diikutkan taraf dah Majlis Perbandaran. Segala jenis cukai pastinya sudah naik, tetapi kenapa perkara asasi seperti jalan masih belum sempurna. Lopak sana sini, bila hujan mula naik air. Memang menyusahkan...! Beberapa hari lepas aku terpaksa menukar tayar kereta, padahal bunga masih cantik, baru je tukar tak sampai setahun. Sebabnya tayar aku bengkak, terbonjol macam belon. Tunggu masa je nak meletup. Pastinya kerana terlanggar jalan yang berlubang, tertekan betul aku...! Mujur juga perasan awal, kalau meletup tengah drive..? Pasti ada yang ingat aku drink and drive...!
Traffic jem..? Tok sah cakaplah, padahal bandar kecik je. Tapi jemnya dah macam kat KL pulak. Semua orang tahu yang puncanya dimana. Sudah dikenal pasti pun bottle necknya di 2 tempat sahaja: depan bangunan The Store dan jambatan Kg. Baru. Namun tak ada apa-apa pun tindakan yang dibuat. Susah sangat kot...
Mungkin aku ni rakyat yang tidak bersyukur. Tidak memahami masalah kerajaan, setempat mahu pun pusat. Yang aku tahu komplen sahaja, dah macam pembangkang pulak...! Tapi aku berfikir balik, memanglah kerja aku sebagai rakyat kena komplen, dan kerajaanlah yang sepatutnya bertindak mengikut komplen rakyat. Kerajaan dilantik untuk menyelesaikan masalah rakyat, kalau tak mampu janganlah tergila-gilakan jawatan tersebut...!
Aih dah melalut dah aku ni, macam blog politik pulak...! Hee... Tidak tidak, belum sampai masa aku nak cerita pasal politik lagi. Ini bukan komen politik cuma komplen dari seorang rakyat marhaen, yang mendambakan kehidupan yang lebih convenience... Kepada sesiapa yang bertanggungjawab, tolonglah... dengarlah keluhan kami ini... tunaikanlah tanggungjawab anda... Sesungguhnya anda merupakan golongan pertama yang akan di soal di Hari Pengadilan kelak...
Gambar ni aku rembat dari satu blog politik... Malaslah nak bagi backlink... Tapi korang yang cerdik mesti tau apa cerita di sebalik gambar ni kan...? Hem takkanlah nak tunggu ada YB meninggal baru nak baik pulih prasarana setempat kot...! Takkan kita sebagai rakyat marhaen ini perlu mendoakan kematian seorang yang bergelar YB pulak...?!!
47 comments:
salam
abg sham sabar2 yea..
jom hanatr surat ramai2.. haha... kat tempat gua lagi sadis bro.. kawasan foreigner pun jalan like a shit... haha.. nak komplen kat sapa... maki je la dalam hati...
politik mereka mengayakan mereka.. memiskinkan rakyat...
hurm...ade betul nyer ape yg abg sham ckp...but sabar je la...
klu camtu kene adu kat aduan rakyat tv3 nie..baru diorg nk bertindak..hehe
betul kan, kadang2 bila nak komplen sikit, rasa macam rakyat yg tak bersyukur tapi bila tak komplen, ginilah jadinya..adehh..
Bro, meh dtg Dengkil tgk jalan dia camne. Canggih... Speedbreaker macam papan dia punya tebal. Tiap2 bulan antar allignment. Yang tercabut radio, dashboard bergegar, absorber kena tukar belum cukup tempoh, dan macam-macam lagi la bro. Naik jenuh dah...
Salam
bro sham..
Kt sini sama saje.. Repair rosak repair rosak.. Adey dah mcm gaji kita ni khas utk repair kereta pulak
tggu jela pilihan raya nanti...elokla tu nanti...politik sume same...xikhlas..
eloklah diluahkan apa yg patut dari memendam rasa....hehe.
apa urusan kat bank tu?
kenapa tak guna internet banking?
apezs:ni kira sabarlah ni...ikut ati nak masuk bertanding jadi YB jer...hua hua...
cekodok:bagus...tindakan terbaik...maki dalam ati jer...nak wat camana lagi kan...
mana2 tempat pon masalah yg same je....kene tnggu pilhanraya baru nak wat keje...
mrs eady:menang betul sebetul-betulnya...
prince:nak kena buat aduan gak ni...
dinas:kena komplen baru diorang buat kerja...
azwandengkil:sadis sungguh tu bro...apa dengkil tu kawasan DAP kot...;p
khai:tulah dah berjuta dah duit habis kat keta tu...huh..
faiz:bila lah tu agaknya...
cekwa:rasa nak hantuk kepala ke dinding tadi dah...
gadisbunga:nak minta geran je untuk renew roadtax n insurance...buat sendiri jimat sikit...
cikgu jang:aok bukan kat kerdau ke...?mesti dapat jalan baru yek...?
Bro, Dengkil YBnya dari BN. Seluruh Sepang adalah BN. Mungkin sebab itu Dengkil dianaktirikan kot. Ginilah nasib...
marah betul sham ni..tapi setuju dgn apa yg sham suarakan di sini
azwan:ai tempat sendiri pun dianaktiri...nasib badan...
WC:dah lama nak marah dah...tapi ok jer...
salam Sham..
memang pening bila memikirkannya..
di tambah lagi sara hidup pulak meninggi bila harga minyak asyik naik dan naik..negara kaya tapi
telus ke wanng negara keluar masuk??
perlukah kita menukar kerajaan?tak salah mencuba rasanya..undi di tangan kita semua..?
nak minatak ape2..tunggu pilihanraya k... huhu
zulkbo:nak pilih kerajaan yang betul2 prihatin pada rakyat...
delarocha:dah jadi trend begitu pulak...
sabar Sham di sana,
rakyat didahulukan..
Kene tunggu PRU lagi la nampoknye....
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduan Rakyat TV3 ambil peduli.... serius ni masalah yang jangan ambil remeh.... buat aduan...
uihhhh rakyat diutamakan patutnyerrr
kalau nak g bayar bil, aku naik moto..senang
haishhh...sabar2.....hehee bila pilihanraya nanti buat aduan konpem mereka akan pandang lebih n amik tindakan cepat2...haha
assalamualaikum,
haa...jangan nak mara sape-sape...
salahkan diri sendiri,
x baek bersikap menyalahkan orang laen.
ini pun....salah haku jugak!
Bro..tu pasal aku guna internet banking...tak payah nak ke bank/post office tu semua.
er er .. mmg kena komplen kot kalo tidak kompem takda tindakan.. =_=
Sham...gambar tu baru lagi. Kakak tahu cerita disebalik gambar juga. Itulah mungkin prasarana akan baik kalau ada election. Kita tunggu PRU13 mesti kaw-kaw punya pembaik-pulihan akan dijalankan.
setuju sgt2.
cuba komplen dlm TV, sure cepat je derang baiki.
banyakkan bersabar yea :)
komplen tetap kena komplen..hak kita tu untuk menikmati hidup yg lebih selesa..kita bayar segala jenis tax...tanggung mcm2 kenaikan...betul tak..so, mmg patut aduan di bawa ke tengah..:)
p/s: salam kenal ya..:)
salam..kalau nak pilihanraya..lagi sakan..depa turap tar
mentaliti kelas pertama? harghhh...
turap jalan pun ala kadar. sebab itu cepat rosak bila hujan...
IM pernah belajar proses turap jalan mengikut teori john mc adam tapi tak nampak praktikalnya di malaysia ini...
eheheh.. biasalah...
dh mcm jd kebiasaan plak bila YB mati baru sibuk nak upgrade semua tu..
fuuhhh...mmg betul pun....
lpas habis pilihanraya...semua projek jd senyap.....sunyi....
mana ntah pihak yg berjanji kemain lagi tu....huhuhu...
huhu...apa kata hang tembak jea wakil rakyat hang tu ... confirm dapat parking tu...
Komplen je. Kita memang patut komplen sebab kita dah jalankan tanggungjawap kita, cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai jalan, 6% gov. tax dari servis. Walaupun yang dibawah paras kena tax, pun kena potong dalam slip gaji dengan nama potongan cukai berjadual. Walau pun kita boleh claim balik nanti bila dah submit, tapi kalau 40-50 ringgit potong sebulan, boleh cover stok bahan mentah seminggu. Waiya... sabor, sabor.
Post a Comment