Alalalala Long...!
Sunday, March 27, 2011
Malam tadi aku sempat menonton sebuah drama melayu dalam Astro Oasis, Janji Yang Satu. Dilakonkan oleh Zamarul dengan Jue Aziz (kalau tak silap aku). Kisahnya si Zamarul dengan Jue ni sepasang suami isteri yang terlalu mengejar kekayaan sehingga menjebakkan diri mereka ke kancah keALONGan (wah apa punya bahasa tu)... Bapa si Zamarul yang dilakonkan oleh Anjang Aki (kenal tak..?) merupakan seorang bapa yang mengambil berat namun merasa sangat kecewa berikutan sikap anaknya itu yang telah hilang pedoman hidup dek kerana terlalu mengejar kemewahan dunia...
Aku agak jarang sebenarnya menonton drama melayu ni. Bukan tak menonton langsung tetapi berdasarkan occation. Biasanya aku menonton drama melayu ni bila kami berkumpul adik beradik bersama-sama orang tua kami. Sebenarnya selain di meja makan, kaca tv juga merupakan antara medium tempat kami sekeluarga bergelemak (spend time together-gether...). Kalau dulu masa aku kecil-kecil, ingat lagi aku bila ada tayangan filem hindustan pasti penuh adik-beradik aku dengan orang tua kami depan tv melayan cerita hindustan. Sebab tu aku kenal sangat hero heroin zaman-zaman itu seperti Amitha Bachan (masa muda remaja, sekarang dah otai giler!), Shashi Kapoor, Vinod Khana, Dhramendra, Hema Malini dan lain-lainnya...
Berbalik kepada cerita melayu tadi, si Zamarul yang terlalu mengejar kekayaan telah menceburi skim cepat kaya dengan meminjam daripada Along. Akhirnya kerana tidak mampu membayar hutang Along tersebut, dia telah ditangkap bersama-sama isterinya, diikat kaki dan tangan lalu dibakar hidup-hidup oleh geng-geng Along itu. Namun atas kekuasaan Allah, Zamarul terselamat juga setelah membaca beberapa potong doa yang pernah diajar oleh bapanya...
Klise kan cerita tersebut, tapi real. Memang benda-benda yang diceritakan itu sinonim dengan Melayu. Skim Cepat Kaya, MLM (bukan semua), Along dah seperti nak menjadi budaya dengan masyarakat kita dah hari ini. Bukan aku nak mengata orang, aku nak mengata aku sendirilah ni... Semasa bekerja di Port Klang dulu aku pernah juga terjebak dengan benda-benda mengong ni, sebabnya aku sendiri jugalah yang mengongnya..! Tapi aku bersyukur juga kerana aku tidak terjebak jauh, masih ada ruang untuk aku berpatah balik... Kerugian yang dialami pun tidaklah sebesar mana kerana pelaburannya pun kecil-kecilan je. Cuma bila difikir-fikir balik sekarang ini aku merasa: "kenapalah aku sampai ke tahap itu dulu ek...?"
Tapi biasalah, kuasa duit. Memang membuatkan orang buta. Buta hati, buta akal, buta pertimbangan. Tak mampu dah nak berfikir dengan waras. Kalau difikirkan logiknya, macamanalah duit yang kita sendiri tak tahu dilaburkan macamana, boleh beranak pinak sehingga menjadi berpuluh-puluh kali ganda dari pelaburan asal. Kalau difikir-fikir dengan akal yang rasional memang nonsence! Bulsit (bak kata Husin HMLBK)...!
Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang... Bagi aku moral of the story sangat jelas:
1. Tiada jalan singkat untuk berjaya.
2. Jangan lupakan bekalan akhirat dalam kita mengejar hal-hal duniawi.
3. Jauhi MEREKA... Mereka itu BUKAN NAK TOLONG, mereka itu ALONG...!
38 comments:
bukan senang nak hidup senang...
duit...kalau tak beringat, banyak mana pun habis..
adeh,ayat kemain lagi.
"kancah kealongan"
menceburi skim cepat kaya.
ha3,like2.
ish.....klu tak de duit buatlah cara xde duit. tak payah la sampai memnijam2.
faiz:dan bukan susah nak susah woo...
norh:itulah duit...besar periuk banyaklah keraknya...
aleen:ni yang buat cikgu BM marah ni...
tasha:ukur baju di badan sendiri...
tak tengok drama tu tapi selalu baca pasal kes melibatkan along ni. takut sungguh.
mndengar kisah along mmg mnakutkan..
tp bcerita pasal duit mmg sedapppp...
hehe..
mmg betul, duit x jatuh dr langit, usaha keras itu perlu..
salam Cikgu Sham
apa benar sindiket along ini ada terkait dengan datok datok, pasal tu amat payah dibanteras?
oh dear.. teringat kes di Pasir Gudang
satu keluarga yang juga sahabat kawan
Isteri dan anak menjadi mangsa
mati digantung dalam rumah
suami yg berhutang tak muncul2...
kasihan... aku pesan
walau tak berduit atau tak cukup
jgn ler masuk ke bank along
nyawa hujung rambut der
tak tau tgk citer melayu..huhu
Cepat2 kembali kepangkal jalan jika tersilap... jangan ulangi kesilapan lalu..
eeelok le amik iktibar daripada crita derita dorang, jangan cari bala
Makin digemburkan, makin juga orang buat..
tu lah main riba.. bahana tu.. huhu..
Entri Lelatest
Hikmah Menutup Aurat
salam,
bagus cerita yang ada pengajaran..
salam, bagus ingatan tersebut.
Assalamualaikum Sham
saya tenguk ditempat saya ni melambak pejabat pinjaman berlesen..adakah mereka along juga
Wassalam
hidup ikut kemampuan
ukur baju dibadan sendiri...insyallah selamat.
yup stuju gan ko bro..tiade jln singkat utk kite berjaya..ikhlas kan keje kerana Allah insyaallah ade rezeki akan dilimpahkan olehNya..
ALONG - nama timang-timangan bagi anak yg sulung.
As salam...
Ape beza MLM dgn skim pelaburan cepat kaya? Kdg2 tgk dlm magazine tgk ramai jutawan bangsa kita hasil biz MLM nih...
kekadang bile hati yang bercakap bagi pehak kite.......dan kite tak gune kan akei pikiran....... itu yang kite terlinteh nak pinjam along tu....maklomle kekadang udah terdesak.......ade kwan awok tu.....gali lobang tutop lobang.....pinjam sini...tutop loan along sane..... camtu le pusing2...
duit tak akan dtng bergolek...kena disertai dgn usaha..baru la berkat..klu yg datang bergolek tu tak pas ti la duit tu berkat tak..hehehhe sbb yg bergolek biasanya menang ekor or jumpa duit hasil rompakan yg cicir kat tepi jln je...huhuhuh
dah alam xlayan cerita melayu...
kalau MLM ni, memang dah tolak ke tepi..
eheheee
kdg2...byk pengaruh kwn la...
mcm mina ni la...hampir nak msuk skim mcm tu...
kwn kemain pujuk..duduk lepak rumah smpai tgh malam...
huhuhu..nsib baik tak masuk..
mgu dpnnye dh lingkup...
p/s:suke tgk cerita melayu..hehehe
saya dan suami pernah terjebak ngan perusahaan keli, dah melabur duit sehingga 12k, sampai skang x de hasil, tokei dia pun dah lari, masih ada baki yg dorang belum bayar pada kami, masih ada rm9500 lg..huhu...sedih sgt...masa tu mmg saya x nafikan, mmg di bwh pengaruh kuasa duit...sampai kena tipu...
skang kami sgt berhati2 dgn semua skim yg dtg himpit kami...
huhuhu... entah... dah ada mcm2 skim skrang neh... jgn layan sudeh...
Saya ada kenal Along yang budiman....
Asam Rom
salam kenal juga,
mak sy pn pernah terkena skim cepat kaya. tp yg sedihnye, yg tukang ajak tu seorang ustad. tu mak sy mati2 percaya & dia tak bagi tau kami adik bradik pasai tu..tahu2 je dia dah bayor 17k..mula2 dapat pulangan 1700 2 bulan beturut.adui..mak sy yg kuat agama pon leh kabur ngan benda2 camtu..ni kan plak org yg tak kuat iman..lagilaaa kan..duit duit duit..haih..
tapi tu dijadikan pengajaran la..takde dah dia buat lagi. sbb duit dia dah lesap! org atas sekali tu pon dah ilang ntah kemana. tapi takpelah..pengajaran utk mak sy..kui kui
Salam..ooo~ bahaya ah long nie..silap2 hilang seluruh anggota huu~ Usahalah ..jgn nk senang je tak. =)
kalo orang dah terdesak, nafsu akan menguasai diri.. hmm...
thanks drop by n komen..
salam kenal gak.. :)
Ada satu rumah kat rumah mak saya, orang kata dia kerja along. Kete dia adalah dalam 20 biji, termasuk ferrari, porsche, dan paling buruk Myvi. Mana tak kaya, interest tinggi. bahaya pinjam ngan along ni. Kalau takde duit, buatla cara takde duit. Dok rumah makan roti lor.
saya tengok citer ni pagi tadi tapi dah dekat nak habis..menarik jugak..sebab duit manusia lupa segalanya..
setuju dgn sham, takde hp memang mati kutu..alasan yg diberi kat ats tu sama la..keluar rumah kena bawa hp!
dalam hidup ni, tiada jalan singkat untuk mencapai sesuatu kejayaan kan
smile always :)
Post a Comment