Sahabat Tanpa Suara

SPM... Ei Betul Ke...?!!!

Wednesday, March 23, 2011

Malam tadi aku tidur dalam debaran. Debaran aku terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Mimpinya aku membelasah 3 orang student aku yang bakal mendapat keputusan SPM 2010 mereka hari ini. Aku jarang mengingati mimpi-mimpi, tapi mimpi malam tadi agak jelas. Bagaimana aku bertemu dengan mereka bertiga dalam keadaan yang mencurigakan, seolah-olah sedang membuat satu kesilapan besar...! Aku tangkap mereka, ikat kaki tangan mereka dan mula membelasah mereka, seorang demi seorang. Yang anehnya seorang pun tidak melawan, malah tidak bersuara langsung untuk merayu atau memohon simpati...! Apa yang mereka lakukan hanyalah memandang aku dengan pandangan sayu memohon belas...

Pagi tadi aku ke sekolah seperti biasa. Lepas minum aku masuk ke kelas, menjalankan P&P seperti biasa. Keputusan rasmi SPM dijangka keluar sekitar jam 10 ke atas. Eh aku pulak yang semakin berdebar. Maklumlah ini keputusan SPM yang pertama bagi aku untuk subjek MPV di sekolah ini...

Jam 1020 pagi kelas aku tamat, masih tiada tanda-tanda keputusan rasmi telah dikeluarkan. Aku terus menuju bengkel. Dalam perjalanan ke bengkel telefon aku berbunyi, tertera nama Lan, seorang lagi guru MPV:

"Sham, rekod Sham MPV...! Tak pernah dapat GPMP serendah ini (GPMP = Gred Purata Mata Pelajaran. Lagi rendah lagi baik tau!). Ada sorang budak dapat A+ tu...! Sejarah...!"

"Ei biar betul Lan... Ko jangan main-main..."

"Baliklah bengkel, result ada depan aku ni...!"

Dalam tak sedar aku berlari menuju ke bengkel. Di bengkel sudah ada beberapa orang guru, termasuk Din, guru ICT. Nama pun guru ICT, awal-awal dia dah 'cilok' keputusan penuh dari GPK kami, sedut ke dalam pendrivenya. Jadi kami antara manusia terawal mengetahui keputusan penuh di sekolah kami...

Terus aku semak keputusan penuh mata pelajaran MPV, Menservis Motosikal:

Jumlah calon = 18 orang, A+ = 1, A = 3, A- = 8, B+ = 5, E = 1...

Peratus kelulusan = 100%. GPMP = 2.2

Alamak ada jugak yang dapat E, kesian budak ni. Puas dah aku cuba adjust dia dari dulu lagi tapi tak berjaya aku. Tapi kira oklah tu, ada juga subjek yang lulus, MPV dengan Sains. Subjek lain semua lingkup...! Naya betul...

Tapi secara keseluruhan, keputusan ini memang agak mengejutkan. Ini merupakan keputusan terbaik sejak mata pelajaran MPV diperkenalkan di sekolah ini. Nah sekarang, siapa kata budak-budak MPV tak boleh pakai? Budak-budak ini telah membuktikan. Yang lebih membanggakan majoriti mereka lulus hampir semua mata pelajaran. Kalau yang gagal pun kebanyakkannya dalam mata pelajaran ENGLISH dan MATH... Erm klise kan... Apa-apa pun syabas dan tahniah korang semua... Cikgu banggo dengan korang...!(walaupun aku komfem budak-budak ni tak pernah pun terbaca blog aku ni... hu hu...)

Berbalik kepada mimpi aku tadi. Kesemua 3 budak yang aku belasah dalam mimpi aku tu mendapat A's. Dan salah seorang dari mereka adalah satu-satunya pelajar yang mendapat A+ tersebut, sekaligus mencipta rekod dalam sejarah mata pelajaran MPV di sekolah ini...!

KENAPE...? TAK PERCAYE KE...?!!!


P.S: Syabas dan tahniah juga kepada semua yang mendapat keputusan SPM mereka hari ini. Samada yang berjaya atau pun tidak... Bagi yang berjaya: This is just the beginning... Bagi yang kurang berjaya@gagal: This is not the end of the world...

48 comments:

faiz March 23, 2011 at 7:10 PM  

mesti puas hati bila anak murid dpt cemerlang..

ckLah @xiiinam March 23, 2011 at 7:15 PM  

Lain kali, kalau nak mimpi, belasahlah lagi lebih ramai...lagi ramailah dapat A. hehe..

Tahniah cikgu!

saharul March 23, 2011 at 7:25 PM  

cikgu yg berdebar dr pelajar....trend masa kini...

SiS NaD March 23, 2011 at 8:25 PM  

WaH!~ BLaSaH PLaJaR YanG CMeRLaNG... SiB BEK DoWaNG STiLL iDooP aGi TuK aMiK ReSuLT... HiKHiK!~ (^_____^)V

ahmad humairi March 23, 2011 at 8:39 PM  

memang tak percaya ko belasah budak tuuu.

Anonymous,  March 23, 2011 at 8:40 PM  

Tahniah cikgu sham

Prince Halilintar March 23, 2011 at 8:43 PM  

bagus la anak2 murid berjaya...cikgu pun turut gembira jugak..

aza ni March 23, 2011 at 8:44 PM  

salam Cikgu Sham
tahniah....tak sia sia membelasah dalam mimpi...

IMANSHAH March 23, 2011 at 8:54 PM  

Salam

Wah aku nak belasah jugaklah

padlie March 23, 2011 at 8:54 PM  

Tahniah cikgu.. pelajar gembira, guru gembira, ibubapa gembira, saya pun tumpang gembira :D

terokai seni March 23, 2011 at 9:13 PM  

hooo tahniah cekgu... berjaya 'blasah' anak murid sampai berjaya akhirnya deme tu

Dinas Aldi March 23, 2011 at 9:45 PM  

haaa itu la maksud mimpi belasah tu, hehehe! alhamdulillah! tahniah cikgu Sham!

Sham March 23, 2011 at 10:02 PM  

faiz:puas hati dowh...

Sham March 23, 2011 at 10:03 PM  

ckLAH:insyallah tahun depan belasah lagi...!

Sham March 23, 2011 at 10:03 PM  

cikgu jang:berdebar jugak aok weh...takut kalau ramai fail...

Sham March 23, 2011 at 10:04 PM  

SIS nad:agak-agaklah nak belasah tu...cukup takat nyawa2 ikan jer...

Sham March 23, 2011 at 10:05 PM  

ahmad humairi:dalam mimpi jela..kalau betul2 silap2 aku yang kena balik...!

Sham March 23, 2011 at 10:07 PM  

prince:gumbira + terharu...

Sham March 23, 2011 at 10:08 PM  

azani:ntah macamana boleh mimpi cam tu plak...

Sham March 23, 2011 at 10:08 PM  

padlie:paling penting dapat gumbirakan ibu bapa mereka...

Sham March 23, 2011 at 10:09 PM  

cemomoi:sebahagian besar hasil usaha deme jugak...kita bagi peransang jer...

Sham March 23, 2011 at 10:10 PM  

Dinas:gitulah maksudnya kot...heee...tima kacih...

Unknown March 23, 2011 at 11:19 PM  

aiyooo....sonoknyo jadik cikgu...
:'-)

sonata anak kancil March 23, 2011 at 11:32 PM  

tahniah cikgu Sham...setiap murid ada kepandaiannya...kalau dah dapat A+ tu cemerlang lah tu ! kalau semua budak sains ke apa ke akan jadi pegawai dll ....tapi budak2 MPV lah yang akan membaiki kereta/motor mereka!!! MPV jugaklah yang akan dandan rambut mereka...MPV jugak akan membetulkan lampu2 rumah mereka yang rosak dll.....jangan pandang rendah kepada mereka...Allah swt maha adil menjadikan manusia ini...Tahniah

Surie March 23, 2011 at 11:34 PM  

Hebat la cikgu Sham..big congrats to u!!siap termimpi-mimpi tu..

Smoga terus cemerlang lagi ye!

Anonymous,  March 23, 2011 at 11:37 PM  

tahniah keputusan baik. ajar mpv jugak. keputusan pun baik. peratus kualiti meningkat.

Sham March 23, 2011 at 11:40 PM  

suhaimi:seronok...ada time tu sampai nak pecah kepala gak rasanya...

Sham March 23, 2011 at 11:40 PM  

kl citizen:trima kasih...

Sham March 23, 2011 at 11:41 PM  

sonata:steadylah kak...kata2 yang cukup bernas...stuju 800%...!

Sham March 23, 2011 at 11:42 PM  

surie:saya dah kata saya hebat tapi orang rumah saya tak percaya la...hu huu...

Sham March 23, 2011 at 11:43 PM  

nasriq:kes betul la bro...tiada yang tidak betul melainkan betul2 belaka...

Sham March 23, 2011 at 11:43 PM  

cikgu den:waa sepasukan rupanya...mpv apa tu...?

Tinta Emas March 23, 2011 at 11:59 PM  

wah...mesti senyum memanjang je cikgu bila dpt 100% kan???

nasib baik saya tak mengajar bebudak SPM....kalau tak haru jugak...

mesti budak tu akan mengenang jasa cikgu sampai bila2...

whitecappuccino March 24, 2011 at 12:08 AM  

mimpi jadi kenyataan..Tahniah cikgu!!

Admin P@P March 24, 2011 at 7:30 AM  

Assalamualaikum.
Tertanya juga, apa kaitan belasah pelajar dalam mimpi dengan keputusan yang cemerlang?
Tahniah kepada cikgu Syam, semoga keputusan baik sebegini akan menjadi satu trenda demi memartabatkan profesion kita.

TQ

cik sakdi March 24, 2011 at 9:03 AM  

hoh teringat dulu amik result SPM, cikgu leh tanya,, aik addmath awak dpt B jek? cis dia pk senang ke nak dapat A? heheh

KUREKURE COMEL March 24, 2011 at 9:39 AM  

wahhhh...blh pulak cikgunya tlg mimpikan dulu.....


bagus ckigu ni..hehehe...
tahniah.....

Kakzakie Purvit March 24, 2011 at 10:12 AM  

Lihatlah Sham kakak dapat bayangkan walau bukan anak sendiri tetapi gembira seorg guru bila anak didiknya mendapat kejayaan. Tahniah sham....

Anonymous,  March 24, 2011 at 10:52 AM  

gred E tu lulus lagi ke cikgu? apa2pun tahniah. sepatutnya, bila keputusan diumumkan, ucapan tahniah mesti diberikan kepada cikgu2 dulu, barulah ucapkan kepadapelajar dan kemudian ibubapanya

sahromnasrudin March 24, 2011 at 2:53 PM  

assalamualaikum cikgu..

mesti cikgu bangga jika ana murid tersebut cemerlang dan datang semula ke sekolah untuk jejak gurunya kan

Aretikz March 24, 2011 at 9:54 PM  

Tahniah2.. subjek favret Sej tu.. haha..

Entri Lelatest
Memilih Itu Perlu, Bukan Terlalu

Cikgu Tie March 25, 2011 at 10:23 AM  

Tahniah Cikgu Sham!
Syukur Alhamdulillah.......
Turut bangga dgn keputusan cemerlang anak murid cikgu.
Jiwa seorang guru memang begitu.bukan waktu nak tunggu keputusan ajer....waktu murid nak jawab periksa pun kita yang lebih-lebih gementar.

ummiross March 25, 2011 at 1:38 PM  

tahniah cikgu dan jugak tahniah kepada anak2 murid cikgu..

Nur March 29, 2011 at 10:42 PM  

Tahniah ya cikgu! Kejayaan anak murid, datang dari usaha cikgu juga! caya lah!

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP