Sahabat Tanpa Suara

Kuantan: From Zero To Hero...

Saturday, March 19, 2011

Sebelum ini aku ada bercerita tentang diri aku yang nerd dan skema ketika di sekolah sehingga menyebabkan aku menjadi mangsa buli. Namun sejak aku bersekolah di SM Teknik Kuantan, segala-galanya berubah. Hidup tanpa pengawasan ibu bapa membuatkan aku rasa sangat bebas. Sementelah lagi berada di bandar besar, nak kata aku kena shock culture; yup aku terpaksa mengaku...

Pada mulanya pengalaman pertama hidup di asrama dan berjauhan dari keluarga amat memeritkan. Aku ingat lagi malam pertama di asrama, aku tidur bersama linangan air mata. Layanan dari senior juga menakutkan. Pada ketika itu SM Teknik (seluruh Malaysia) memang terkenal dengan kes ragging junior. Di sekolah dan asrama aku tidak terkecuali. Bayangkan setiap senior dan junior mempunyai undang-undang yang berbeza, setiap junior pula mempunyai tugas-tugas khas seperti menghantar makanan senior, membasuh baju senior, mengemas katil senior dan sebagainya. Malah laluan untuk senior dan junior juga berbeza, senior mempunyai laluan shortcut manakala setiap junior terpaksa melalui jalan yang jauh untuk ke mana-mana. Tengking herdik usah cakaplah, dah jadi makanan harian. Kes pukul pun ada sebenarnya tapi tidak dihebohkan... Aku percaya memang pihak sekolah cuba untuk membendung kegiatan tersebut namun apakan daya, warden hanya 2 orang, nak mengawal pula mungkin lebih kurang 300-400 orang pelajar.

Mujurlah aku ada kisah menarik bagaimana aku dapat berbaik-baik dengan senior. Dulu kan aku ada cerita yang aku ni kaki video games. Entah macamana suatu hari tu ada senior bercerita berkenaan video games, rupa-rupanya mereka pun sedang 'gila' permainan tersebut. Aku pun mula menyampuk dengan hormatnya. Respon mereka baik, aku diajak ikut mereka pada suatu hujung minggu. 'Pot' mereka rupa-rupanya di Teruntum Kompleks (sekarang dah hidup segan mati tak mahu je komleks ni aku tengok...). Apa lagi aku pun tunjuk skill ler. Mereka kagum dengan 'ketereran' aku. Wah aku terus diterima menjadi geng mereka. Pada ketika itu 2 TC yang diharamkan oleh senior kepada junior untuk berjalan-jalan adalah Teruntum Kompleks dan Teluk Cempedak. Namun aku mempunyai 'lesen besar' kerana aku join geng-geng senior.

Tahun pertama aku di Kuantan memang membuatkan aku 'hanyut'. Aku mula belajar menghisap rokok. Hampir setiap malam pasti aku 'fly' asrama, lepak kat kedai luar. Bukan buat apa pun, minum limau ais secawan, koci sebungkus, sambil tengok tv. Asap rokok berkepul-kepul. Bila dapat duit biasiswa, langkah aku semakin panjang. Ke mana lagi kalau tak ke bandar. Pot kami ketika itu Teruntum Kompleks la. Sesekali kami ke Odeon (sekarang ni Kuantan Parade tak silap aku) tengok mak nyah. Tak pun kami melepak di stesyen bas lama (berhampiran sungai Kuantan), layan A.B.U (tahu tak apa ni...?).

Pelajaran aku entah kemana. Keputusan peperiksaan memanjang merah je. Yang membuat aku lebih naik tocang adalah aku tidak pernah 'kantoi' kes-kes besar. Seingat aku, aku hanya pernah ditangkap sekali kerana merokok dan sekali kerana ponteng kelas. Aku sangkakan aku akan terlepas selama-lamanya. Mana tahu yang kegiatan aku selama ini rupa-rupanya dalam perhatian warden. Walaupun aku tidak tertangkap, namun warden mempunyai rekod kegiatan aku dan rakan-rakan hasil maklumat dan intipan pengawas-pengawas asrama (yang aku panggil anjing warden pada ketika itu).

Hasilnya ketika cuti akhir tahun tingkatan 4 aku mendapat surat dari sekolah mengatakan aku tidak layak untuk menduduki asrama pada tahun berikutnya. Pergh ini merupakan satu tamparan buat aku. Jika tidak dapat duduk asrama bagaimana aku nak meneruskan pelajaran di sana. Aku bukan ada saudara mara di Kuantan. Nak duduk menyewa pasti tidak dibenarkan oleh orang tua aku. Namun aku masih diberi peluang untuk merayu, dengan syarat membawa kedua-dua orang tua aku untuk berbincang dengan pihak sekolah.

Ketika 'mengadap' pihak pentadbiran sekolah, mereka membongkar segala kegiatan aku kepada kedua-dua orang tua aku. Pastinya mereka terkejut, mana mereka sangka anak yang mereka lihat begitu skema semasa di kampung melakukan bermacam-macam salah laku disiplin. Pada mulanya mereka menolak untuk mempercayainya tetapi apabila mendengar pengakuan dari mulut aku sendiri barulah mereka menerima kenyataan: yang anak mereka ini telah berubah sama sekali. Berlinangan air mata mak aku dalam pejabat sekolah. Muka bapak aku pulak aku tengok merah semacam, mujur depan orang, kalau kat rumah ni komfem aku dah dapat 'ubat'...! Aku pula merasa sangat-sangat bersalah, bersama malu yang teramat-amat.

Tapi nak buat macamana, nasi dah jadi bubur... Apa perlu aku buat adalah menanam azam untuk meninggalkan segala salah laku disiplin dan menjadi lebih baik untuk tingkatan 5 nanti... Agak-agak apa pulak kisah aku di tingkatan 5...? Kalau nak tahu, tunggguuu...

Perhatikan anak-anak anda tu... Kadang-kadang depan mata kita, pijak semut pun tak mati. Tapi bila di belakang kita...? (Berkata berdasarkan pengalaman... Hu hu hu...)

51 comments:

atuk March 19, 2011 at 3:27 PM  

Assalamualaikum Sham

pengalaman mendewasakan kita

Wassalam

mak encik | SZ March 19, 2011 at 3:30 PM  

heeee...
sebab tu saya selalu cakap ngan en suami,
"pepandai la "setel" bila anak buat hal kat asrama nnt ye"
sebab bapak dia dah berpengalaman hal ehwal macam ni :p

Anonymous,  March 19, 2011 at 3:33 PM  

Byk pengalaman bro sham.. Boleh dikongsikan buat anak2 nanti..

P/S: Pengalaman mengajar segalanya

ngah March 19, 2011 at 3:55 PM  

Berbaldi air mata dowhhh....

minta hampun selalu!!!!....

Anonymous,  March 19, 2011 at 5:04 PM  

cultural shock memang bahaya.. nak lagi dapat backing senior2..

Sham March 19, 2011 at 5:07 PM  

rozali:

w'salam atuk...alhamdulillah pengalaman betul2 mendewasakan saya...

Sham March 19, 2011 at 5:08 PM  

sz:itulah sekurang2nya saya dah ada pengalaman kan...jadi anak2 tak boleh nak kelentong...

Sham March 19, 2011 at 5:09 PM  

khai:itulah yang saya harapkan...sebagai pedoman untuk mendidik anak2 nanti...

Sham March 19, 2011 at 5:10 PM  

hisyam:itulah yang terjadi kat aku...hu huu...

ummiross March 19, 2011 at 5:22 PM  

waa boleh tahan jugak Sham dolu2 ye, heee..

Sham March 19, 2011 at 5:31 PM  

ummiross:saya boleh tahan ummi..parent saya yang tak boleh tahan dengan saya...hak hak..

faiz March 19, 2011 at 6:39 PM  

rakan byk mempengaruhi hidup kite..

Dinas Aldi March 19, 2011 at 6:42 PM  

mahal sungguh pengalaman ni. begitu rupanya ya, kisah benar ni, jangan lupa sambung nanti :)

Surie March 19, 2011 at 8:34 PM  

Now sy keje di Kuantan..Ooo Kuantan Parade tu dulu nama dia Odeon ek?

Teruntum tu mmg btul pun...cam dh tk ramai org dah...

Incik Sham ni nakal rupanya!tp benda tu semua pengalaman hdup kn?Ada modal nk bercerita dgn anak2 nti..hehe~

p/s: Stadi UPM dari 95-2001?cam lama je..Fac Education ye?

aza ni March 19, 2011 at 8:35 PM  

salam Sham
pengalaman mengajar kita jadi lebih dewasa

Sham March 19, 2011 at 8:47 PM  

faiz:betul...tp janganlah salahkan rakan-rakan atas kesilapan yang kita buat...

Sham March 19, 2011 at 8:48 PM  

dinas:insyallah ada sambungannya nanti...

Sham March 19, 2011 at 8:49 PM  

surie:bukan...dulu ada panggung wayang odeon area tu...lorong belakang tu tempat lepak geng2 auwww...

Sham March 19, 2011 at 8:50 PM  

azani:betul tu sahabat...pengalaman banyak mengajar kita erti hidup...

Cikgu Nurin March 19, 2011 at 10:49 PM  

Nasib baik cepat sedar...sepupu saya macam ni lah kesnya,sampai kena buang asrama,lepas tu, tak berubah,kena buang universiti....budak medic lagi...

mak dia tak percaya langsung, sebab dia ni memanglaahhh tersangat baiknya bila di rumah, anak yang taat...kesian jugak tengok dia...dah menyesal,tapi nasi dah jadi bubur...

Sham March 19, 2011 at 10:58 PM  

kesian mak bapak...amti2 diorang ingat anak2 diorang baik...

whitecappuccino March 19, 2011 at 11:57 PM  

Belajar dari pengalaman. Pengalaman mematangkan diri.

Maya Mayana March 20, 2011 at 2:03 AM  

nasib baik ade mak bapak yg ambil peduli dan cepat tersedar yer...kdg2 kes ragging buat saya takut nk masuk kan anak ke asrama..ada kes anak ditatang bagai minyak yg penuh tiba2 balik tinggal jasad jer? if dah jd mcm tu nk salahkan siape yerk? serius takut...

Mr iz March 20, 2011 at 2:03 AM  

he he he kalau tak tempuh pagar tu kita tak tahu apa yang ada kat luar... he he he.... bila dah tehpu di luar barulah kita tahu dan paham... he he he... masih ada yang sayang.....

Afzainizam March 20, 2011 at 3:45 AM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEEMMMM PENGAJARAN MMG MENDEWASAKAN KITA

sebenarnya ko mengingat kan aku masa dedulu.... masa aku bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Johor Bahru.... EEEMMM keadaan ko serupa ngan aku... mmg ade kes ragging masa aku junior dan masa aku seniour aku plak ragging budak junior... fuhhhh fikir balik mmg tiada kesudahannya...

but kenangan itu mendewasakan aku.... kita tak semestinya Hero buat selama-lamanya.... pastu aku tertangkap oleh Warden asrama...

Sekarang aku jumpa kawan kawan lama bersekolah kat situ dah banyak yang berjaya dalam hidup ... Alhamdulillah walaupun aku macam ni aku tetap bangga dengan SMVJB sekarang Teknik tanjung Puteri

Unknown March 20, 2011 at 4:14 AM  

Errr citer ni dekat2 sama ngan citer aku kat sekolah agama dulu...hehehe

Tp malu nk citer kat public arr....simpan sendiri udahhh...tp mmg betoi, anak2 depan makbapak,pijak semut pun tak mati...belakang kalu...cam "setannnnn"....
itula pengalaman aku jugak dulu2...

IMANSHAH March 20, 2011 at 8:20 AM  

setujun dengan syam..memang begitulah snario pelajar asrama..

aku tukang rotan!!!

Sham March 20, 2011 at 10:48 AM  

WC:yup pengalaman mengajar kita...

Sham March 20, 2011 at 10:49 AM  

yana:sesetengah perkara tu kita terpaksalah bertawakal aje banyak2...

Sham March 20, 2011 at 10:50 AM  

mr iz:orang dah pesan luar pagar tu bahaya...tp degil...!

Sham March 20, 2011 at 10:51 AM  

afzainizam:hidup budak TI...!

Sham March 20, 2011 at 10:52 AM  

yastro:ooo ni jenis buat cikgu pening jugaklah time sekolah dulu ye...?

Sham March 20, 2011 at 10:53 AM  

shah:hem dah warden itulah kerjanya hang...!

Ayah Zain March 20, 2011 at 3:25 PM  

salam sham

az hanya tersenyum simpul membaca nukilan syam ni. gitulah kat asrama

lady-D March 20, 2011 at 4:16 PM  

pengalaman yg x dpt dibeli..teringat gak duduk kuantan dulu...tp dla suke dok kuantan..nt sambung oke cite tu..suspen gak cite ni..

zino March 20, 2011 at 6:09 PM  

pengalaman tak ada di jual kat mana mana ...

Sham March 20, 2011 at 8:21 PM  

AZ:gitulah cerita saya yang tak seberapa AZ...

Sham March 20, 2011 at 8:22 PM  

d_LA:kalau ada yang sudi membaca...sya 1000x sudi menulis...

Nora Shahaira March 21, 2011 at 12:46 AM  

teringat masa sekolah, bila hari bertemu ibu bapa, mesti cikgu ngadu akak tak ramai kawan..walhal..akak lebih suka bersendiri dari kita tunjuk yang kita tak suka dia..akak baik ngan sume org cuma sebagai kawan baik, akak memilih sedikit..

Kakzakie Purvit March 21, 2011 at 10:12 AM  

Syukur dah jadi org pun. Berkat sedar dan doa ibu-bapa. Berdoa moga anak-anak tidak ikut jejak Syam masa anak-anak hehehe....

Nakal budak dulu tak sama nakal budak sekarang....

KUREKURE COMEL March 21, 2011 at 10:21 AM  

pengalaman...hehehe...

jahat tau..dulu jd pengawas kat sekolah...selalu kena pgil barua cikgu..ciitt...


nakal jgk ek time sek dulu...huhuhu...yela form4 kan dipanggail thn honeymoon..hehehe

Fadzli Amir March 21, 2011 at 10:44 AM  

Salam Syam...tak semua org yg berperangai tak elok masa sekolah akan musnah hidup dia...aku tak pernah mengalami semua masalah tu...mungkin kerana aku dulu takut dan masih dibawah ketiak mak...tapi adik2 aku dulu teruk...sama macam ko la..dibuang asrama, ditangkap hisap rokok, ponteng sekolah....sampai aku sedih melihatkan abah yang runsing...tapi sekarang semua dah berubah...diorang dah kembali bersama2 dgn keluarga...dan sedang membina hidup yg lebih baik...alhamdulillah...

MiszCoMoT March 21, 2011 at 11:11 AM  

pengalaman mengajar kita...dari pengalaman baru kita taw baik buruk...baru kita paham macam mana nak corakkan kehidupan kita menjadi lebih baik..^_^

Prince Halilintar March 21, 2011 at 11:55 AM  

betul tu..aku sendiri pun hampir2 terkene kejutan budaya tu..tapi aku alhamdulillah dpt kawan yg baik dan bawa ke arah jln yg betul..

ahmad humairi March 21, 2011 at 11:56 AM  

kalau dulu 'jahat', beso sok jadi baik...dan kalau dulu 'baik' beso sok jadi jahat....tapi tak semestinya begitu.

Nur March 21, 2011 at 6:36 PM  

Mahal pengalaman cikgu ni. Saya dulu biasa-biasa je, budak baik. Hehhe.. Tak sabor nak tunggu cerita cikgu selanjutnya..

ckLah @xiiinam March 21, 2011 at 7:50 PM  

Sekarang...dah jadi hero ya!

:D

KatekateKite March 28, 2011 at 10:20 PM  

kalau cakap pasal pengalaman masa sekolah, memang teruklah! bayangkan, ting 4 dah duduk rumah sewa dgn kwn2, culture shock jgn ckp, mmg kene lah, hidup bebas. pelajaran ntah kemana =.=' kesian mak ayah, konon2 htr anak pi sek teknik jadik pndai, rupenyer nombor nak ranking 5tercorot! =.='

Alhamdulillah, sekarang jadik manusia bergune =)

Anonymous,  May 3, 2011 at 6:03 PM  

Agak agak... ada tak pernah tidor atas batu kat telok cempedak sampai pagi, kena rotan pakai kain pelekat,pergi semayang jumaat.. tapi balik sampai ptg, sanggup jadi spiderman semata mata nak gi mkn maggie kat warung mak aji, kena denda lari sepanjang koridor kelas, kena berjemur atas pembentung najis pg thg hari buta!!! hahahaha....

...Allen....

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP