Abang Dah Pandai Berkawan... Adik Dah Meniarap...
Tuesday, March 1, 2011
Hujung minggu lepas aku ke KL, saje berjalan-jalan. Dah sampai KL tak sah la kalau tak singgah satu kompleks ni. Sebut nama pasti 1 Malaysia tau. Kompleks apa lagi, SOGO le. Kebetulan ada buat jualan warehouse clearence pulak, apa lagi, gaji baru masuk tu... Semasa menunggu mama memilih pakaian budak-budak di tingkat 4, aku melayan si Shahmin di bilik permainan. Ada perubahan yang dapat aku lihat telah berlaku kepada Shahmin. Dia sudah pandai berkawan...
Sesuatu yang agak merisaukan aku tentang Shahmin selama ini adalah kesukaran untuknya bermain bersama-sama dengan rakan-rakan sebayanya. Dia boleh bertegur, bergelak tapi bab kongsi mainan memang sukar. Pernah kejadian sebelum ini, di tempat yang sama dia menangis membentak-bentak... Kesnya kerana tak mahu berkongsi duduk dalam 1 kereta mainan. Siap dia suruh aku halau pulak budak yang tengah main kereta tu...
"Ayah... tengokla dia ni... dia kacau... Ayah... marahla dia..."
Isy takkanlah aku suka-suka nak marah anak orang pulak kan...? Sekali bapak budak tu marah pulak aku camana...? Tak ke kes naya...? Tapi kejadian yang aku sempat snap baru-baru ini sedikit melegakan aku. Yelah tahun depan Shahmin dah masuk 5 tahun, walaupun dia lahir bulan Disember tetapi aku dan isteri dah bercadang nak masukkanya ke tadika tahun hadapan... Risau juga aku kalau dia terus berperangai begitu. Takut juga aku kalau-kalau tak ada yang nak berkawan dengannya pulak nanti...
Satu lagi kejadian yang mengujakan berlaku semalam, sebaik aku balik dari sekolah aku nampak Iffa terlentang di atas sofa depan rumah. Sekoyong-koyong kepalanya mengeletar, bontotnya dah terangkat, badannya dah mengiring... Perlahan-lahan badannya tertiarap... Yup Iffa dah mula nak meniarap. Bulan ini Iffa baru masuk 4 bulan, aku tak pasti kategori cepat ke tidak. Yang aku ingat Shahmin dulu agak lambat progresnya... Yang aku kelakar dalam masa nak meniarap tu, mulut dia punyalah bising..UU AA UU AA... ntah hapa-hapa yang dingomelnya... Kelakar aku tengok...
Melihat proses pembesaran anak-anak di depan mata merupakan sesuatu yang sangat-sangat bernilai bagi aku. Aku mengabadikan kenangan-kenangan indah ini di dalam blog aku ini supaya suatu masa kelak (selagi blog ini tak diterminate, atau selagi talian internet masih hidup) dapat aku imbas kembali-saat-saat indah ini...
P/S: Percaya tak kalian kalau aku katakan aku teringin menjadi suri rumah sepenuh masa...? No joke friend...! Aku sanggup mandikan anak-anak, buatkan susu, tidurkan mereka, melayan bermain bla bla... Tapi suri rumah yang bergred 41 ke ataslah... Ataupun suri rumah yang berpendapatan tak kurang dari pemegang ijazah... Hehehee...
38 comments:
Seronoknya tengok anak-anak membesarkan...Tahniah sanggup jadi surarumahtangga!
Bersama anak-anak masa mereka membesar umur2 ni...satu terapi jiwa yang tak ternilai harganya.
bagus abang shahmin dah besar!
ok la tu iffa on track! eheehe
assalamualaikum,
Tak tengok ke Iffa tuu...dah pandai isap-isap ibu jari kaki.....itu tandanya dia nak beradik pulak....rezeki, rezeki...bertambah-tambahlah hendaknya.
Assalamualaikum Sham
Shahmin dah semakin besar, semakin pandai la dia berkawan
Wassalam
cekwa:bangga saya...hehee...
cklah:betul3x...sebab itu kalau boleh nak 24 jam bersama mereka...
sz:on track...?alhamdulillah...
humairi:pandailah ko...amin ya rabbal alamin...
rozali:w'salam atuk...takut tak dapat kawan nanti...
bile dia org dah besar nnt...terasa rindu pulak saat2 mase dia org kecik2...
ainoraini:sebab tu masuk blog...nanti boleh belek2...heee
kalo gaji besar jadi surirumahpun ok apa....tak pening kepala ...
seronokkan Sham dapat tengok perkembangan anak2, bapa mithali Sham ni, tahniah.
dia blom minta adik lagi, kan?
sogo mengingatkan IM pada siren FRU..he..he..
salam Sham..
budak lagi tu..lama kelamaan berubah la dia..tapi molek juga selalu dia ajar berkawan...baby tu alahai comelnya..nak meniarap erkk? tunggulah "dapat kaki" nanti..jenuh nak kepung..he he
assalamualaikum..
semuanya comel2 belaka...semoga mereka semua menjadi anak yang soleh yg membahagiakan kedua org tua mereka
kalau lelaki sura rumah..saya pn teringin nk jd surirumah yg berilmu..hehe
cepat embesar.. sronok tengok..
Tahniah Sham,
Menjadi bapa masa anak kecik ini mudah sebab dengar kata kita apa saja. Pakaikan apa saja pilihan kita no problem, tunggu tak lama lagi Shahmin akan mula bijak memilih dan ada masa kita kena memujuk utk ikut pillihan kita.
Iffa jani kenyang, cukup tidur insya-allah beres. Tunggu dia mula dapat kaki kenalah ayah-ibu exercise mengejar di shoppin complex. Masuk stoller tak suka.
Tunggu masa sham...
seronok tgk org yg dah berkeluarga ni tambah2 yg hidup ceria ni..tahniah la prince ucapkan..semoga dikurniakan lagi anak2 yg ramai..hehe
Alhamdulillah.. anak2 dah semakin membesar.. mmg seronokkan dpt lihat perkembangan anak2 ni.. wah nak jd suri rumah dengan gaji gred 41 ke atas yer.. Mudah2an tercapai hajat ru..
Melihat zaman tumbesaran anak-anak ialah antara memori yang paling best..so pastikan kita luangkan masa utk benda ni..sebab ia tak akan berulang..
memang seronok tengok anak-anak membesar didepan mata kita.. pengalaman paling berharga yang tak dapat dibeli dimana2...
la...masa sogo buat sale ari tu, saya pun pegi...nape x jumpa ek? ekekekekek...
Cayalah bro...memang seronok dpt tgk anak2 membesar didepan mata kita...tambah pulak anak2 tak ramai macam gua nih...
Dah tak ramai,penah lak rasa kehilangan anak....mmg terasa sgh berharganya permata yg Allah telah berikan ni...
jang:masalahnya skang ni siapa yg nak bayar gaji tu...huhu...
ummiross:teringin nak jadi bapa mithali...
cemomoi:belum lagi...coming soon...heee
IM:kuat demo IM ni...
zulkbo:dia dapat kaki bsok kaki kitala penat pulak...
tentu seronakkan bila dapat bersama2 anak dan melihat mereka membesar. mudah-mudahan anak2 cikgu sham akan menjadi anak yg soleh.
Oh.. ibu
Oh..dengarlah ratapanku
Anakmu
Oh..terima kasih
Oh..Ibu
Oh..dengarlah ratapan dari anakmu
Oh..terima kasih
Ibu pesanan ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya...oh
Oh..tidak kulupa
Erti kehidupan
Ibu dikaulah
Yang tersayang
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
melihat gelagat anak anak sejuk hati hilang rasa penat keringat
salam, anak sebagai penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang suami isteri....semoga terus berbahagia dan ceria.
hi bro syam,
makaceh sudi singgal dan tinggal jejak kat umh saya. salam kenal dari saya juga. ai follow yu back. suker tak... hehehe
nnt singgah2 lagi ye... baibai *__*
bestnya. rugi mak ayah yang terlalu depends kt pembantu rumah, sedar2 anak dh besar.
السلم عليكم ورحمة الله
Suka tengok keluarga yang tidak punya pembantu, anak-anaknya pandai berdikari sejak kecil lagi...
Post a Comment