Sahabat Tanpa Suara

Aksi Kemuncak... Undisputed Champion...

Sunday, February 27, 2011


Hari Jumaat lepas berlangsunglah acara gilang gemilang kemuncak Kejohanan Olahraga SEMUDRA yang ke-88. Dikatakan kejohanan ini merupakan antara yang termeriah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini tahun ke 3 aku di SEMUDRA dan memang aku merasakan hari sukan kali lebih meriah berbanding 2 edisi yang lepas. Mungkin salah satu sebabnya kerana kali ini diadakan acara untuk guru-guru. Dan mungkin juga lebih meriah kerana group aku yang menang... Hee hee jangan marah haa...

Tahun ini aku tidak mewakili sebarang rumah kerana aku telah diserap ke Majlis Sukan SEMUDRA. Jadi aku berlari untuk Majlis Sukan sahaja, berlawan dengan group guru-guru yang mewakili rumah sukan masing-masing. Acaranya 4x50 meter. Cukuplah tu, nak lari 100 meter tak larat bang... Inipun dah sakit-sakit urat aku satu badan, yelah dah berapa lama tak berlari, sekali lari habis kudrat aku perah hari tu... Nasib baik menang, kalau tidak malulah jadi ahli majlis sukan... Hu hu...

Berbalik kepada kejohanan sukan, sekalung tahniah aku ucapkan kepada juara keseluruhan tahun ini iaitu Rumah PERKASA (seperti dalam gambar di atas). Tahniah kepada semua atlit, guru-guru dan semua ahli rumah tersebut samada yang terbabit secara langsung atau pun tidak. Apa yang aku nampak, kemenangan tersebut adalah hasil kerjasama sepasukan, bukan semata-mata kerana guru-gurunya, bukan juga semata-mata kerana atlit-atlitnya...


Bagi acara Perbarisan Kehormat, sekalung tahniah buat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang telah menjuarai acara tersebut buat kesekian kalinya. Ini merupakan kemenangan pasukan tersebut untuk tahun yang ke 10 berturut-turut...! Undisputed Champion...! Isyh isyh siapalah cikgunya kan...? Haa ni nak bagitau ni, akulah cikgunya... Har har jangan marah lagi haa... Tapi aku tak nak ambil kredit sepenuhnya untuk kemengan 10 tahun berturut-turut tu, kerana aku baru membimbing pasukan ini sejak 3 tahun lepas. Memang aku mewarisi satu pasukan yang ahli kadetnya berdisiplin, gigih berlatih dan kuat semangatnya. Syabas kalian...!

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang, bagi yang kalah ini bukan pengakhiran bagi segala-galanya. Tingkatkan usaha, giatkan latihan... Jumpa lagi di tahun hadapan. Hip hip hooreey...! Hip hip hooreey...! Hip hip hooreey...!

31 comments:

=sz= February 27, 2011 at 12:00 PM  

ahahaa..
klu suh mak orang ni amik acara 4*25m je la... ;p

tahniah menang cikgu sham!

Admin P@P February 27, 2011 at 4:34 PM  

Assalamualaikum. Tahniah.
Semoga terus berjaya dalam apa jua sukan yang diceburi.

TQ

Sham February 27, 2011 at 5:09 PM  

sz:tu pun boleh tahan jauhnya tu...huhu...

Abd Razak February 27, 2011 at 9:09 PM  

Assalamualaikum...

Cukup bergaya semuanya..tahniah!

Jejaka Desa February 27, 2011 at 9:50 PM  

Koi dulu masuk lumbe lari je....

Sham February 27, 2011 at 10:28 PM  

abd razak:tu yang buat saya bangga dengan budak2 ni...tima kasih ya ustaz...

Sham February 27, 2011 at 10:28 PM  

JD:aok merasa wakil temerloh ke dok...?

S..U..D..@..I..S February 27, 2011 at 10:40 PM  

time paling syok masa sekolah..
menang sorak dan perbarisan

Sham February 27, 2011 at 11:23 PM  

sud@is:ni kira macam pompom girl la masa sekolah dulu ye...?heee

cemomoi February 27, 2011 at 11:27 PM  

banyok hadioh bawok balik?

Yastro February 28, 2011 at 1:11 AM  

Hehehe...Kadet kene/wajib menang perbarisan...kalau kalah malu le deme tu wehhh

Pala Maldini February 28, 2011 at 7:52 AM  

tiba2 teringat... lama nya aku tak bersukan... huhu

ahmad humairi February 28, 2011 at 9:27 AM  

assalamualaikum,

aku buat 'pancaragam' je untuk lintas hormat masa sukan.

tahniah atas kejayaan tersebut!

Prince Halilintar February 28, 2011 at 12:08 PM  

dulu time sekolah pun prince join pkbm juga..memang berdisiplin betul..mmg minat kawad dulu..

Prince Halilintar February 28, 2011 at 12:08 PM  
This comment has been removed by the author.
ainnoraini February 28, 2011 at 12:38 PM  

tibe2 teringat zaman persekolahan dulu2..dah lame meninggalkan alam tu...

mmg tak kan boleh dilupakan...

S..U..D..@..I..S February 28, 2011 at 3:00 PM  

eh bukan pompom girl..bukan2
atlit juga tapi x menang je...hehe
yg x menang kena perbarisan....

Sham February 28, 2011 at 8:45 PM  

cemomoi:hadioh semua doh sebat habis kat sekoloh...

Sham February 28, 2011 at 8:46 PM  

yastro:itula pasal...diorang training kuat...kome tukang pantau je...

Sham February 28, 2011 at 8:47 PM  

pala maldini:jalan2 depan rumah,kasi keluarpeluh...tu pun kira bersukan gaklah...huhhu

Sham February 28, 2011 at 8:49 PM  

humairi:brass band betul ke sound system je...aniway kira menyumbang jugak tu...

Sham February 28, 2011 at 8:51 PM  

prince:syabbas prince...

Sham February 28, 2011 at 8:51 PM  

ainnoraini:masa sekolah tak sabar nak habis sekolah...dah habis sekolah asyik teringat sekolah...betul...?

Sham February 28, 2011 at 8:52 PM  

sud@is:tetap menyumbang tenaga...

sonata anak kancil February 28, 2011 at 9:32 PM  

kebanyakans sekolah kat sini belum bersukan lagi! sekolah sy bulan 6...

KUREKURE COMEL February 28, 2011 at 10:34 PM  

wahhh...rindunye zaman sekolah...ingt lagi berdiri kat tgh pdg smpai pitam...hehehe...

LiFe KaMi March 1, 2011 at 2:18 AM  

tahniah semoga berjaya lagi dan lagi..:)

Cik SHiNJU March 1, 2011 at 8:23 AM  

As salam...

Semudra tu singkatan utk pe?
Tahniah kepada pemenang..
Takziah kepada pengalah..huhuh
Cuba lagi thn dpn..

MamaYatie March 1, 2011 at 1:46 PM  

tahniah kepada pasukan & jurulatihnya sekali..wa..ai minat aktiviti camni tp dah tak berpeluang..

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP