Aku Masih Hidup - Part I
Sunday, February 13, 2011
Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana sehingga ke hari ini aku masih diberi peluang untuk bernafas, dikurniakan kesihatan tubuh badan, dibenarkan terus menumpang hidup di atas muka bumiNya ini. Namun sesekali aku terkenang kisah silam, kejadian-kejadian yang mencemaskan yang memungkinkan aku tidak berada disini; tetapi di dalam liang lahat. Seingat aku, terdapat sekurang-kurangnya 4 kali aku berhadapan dengan maut tapi ternyata ajalku belum sampai...
Kejadian 1
Ketika itu aku masih dalam darjah 1, atau mungkin awal darjah 2, ingatan aku kurang tangkap. Setiap hari aku akan dihantar oleh bapaku dengan basikal tuanya (orang miskin, kenderaan yang ada hanyalah basikal sahaja). Aku akan dihantar sehingga ke depan pintu pagar besar, dan dia akan menunggu aku sehingga aku masuk ke dalam bangunan sekolah.
Namun hari itu dia meninggalkan aku di tepi jalan, aku harus menyeberangi jalan besar untuk ke sekolah. Sebaik turun dari basikal aku terus berlari ke seberang, tanpa menoleh ke kiri dan kanan (budak kecil, mana tau apa kan...). Aku tak sedar yang sebenarnya sebuah kereta sedang memecut laju ke arah aku...
"UUUDDDAAA...!"
Macam halilintar aku dengar jeritan bapa aku. Aku terpacak di tengah jalan. Dalam masa yang sama, kereta tersebut membrek kecemasan... Sttrreeetttt... Dan kereta tersebut terbabas ke semak tepi jalan. Dia tidak berhenti, hanya merenung tajam ke arah aku dan bapa aku. Bapa aku mendukung aku ke tepi jalan, beria dia memeluk aku, aku nampak matanya basah.
"Abah minta maaf ye..." Setelah sekian lama baru aku mengerti kenapa dia meminta maaf...
Kejadian 2
Masih di sekolah rendah, awal darjah 4. Aku ingat kerana tahun tersebut aku mendapat hadiah BMX, kerana 'peksa nombor 1' ketika darjah 3. Sejak itu aku berbasikal ke sekolah.
Pagi itu hujan turun renyai-renyai...
"Uda kalau taknak pergi sekolah takpelah, boleh teman mak buat karipap ni..." Mak aku risau nak melepaskan aku ke sekolah dalam hujan.
"Takpelah mak, hujan bukan lebat pun..." Memang aku rajin ke sekolah sejak dapat BMX tu.
Mak aku tetap risau lalu meminta Kak Long aku yang bersekolah petang menemani aku, dia berbasikal di belakang aku. Sampai di satu simpang 4, aku berhenti sambil menoleh kiri dan kanan (dah pandai dah). Dalam masa yang sama sebuah bas sekolah berhenti di sebelah kanan aku. Bas tersebut ingin membelok ke kiri, manakala aku sepatutnya terus ke hadapan. Aku tak tahu bagaimana perkara tersebut terjadi, yang aku ingat aku dan bas tersebut sama-sama bergerak, maknanya kami kini dalam kedudukan bersilang. Aku tak sempat berbuat apa-apa, aku terlanggar dinding tengah bas lalu terjatuh. Basikal aku menggelongsor ke arah tayar bas manakala aku kini tertiarap di atas jalan, betul-betul di bawah perut bas...!
"UUUDDDAAA...!" Suara kakak aku pula bergema kali ini.
Bas terhenti, aku tak pasti adakah disebabkan jeritan kakak aku atau pun kerana pemandu terasa tayar bas sedang menggelek sesuatu (tayar basikal aku). Yang pasti aku terselamat dari maut buat kali kedua.
Petang itu aku 'mandi tolak bala' atas tangga depan rumah aku...
Saban hari kita mendengar berita tentang kemalangan maut. Meragut nyawa tanpa mengira usia. Sentiasalah berdoa semoga kita terus terpelihara. Gambar dari akhbar Kosmo.
24 comments:
Salam...
Agak mencemaskan gek pengalaman aok nih...Semoga dipangjangkan umur (dalam kebajikan)...
itu la org kata..berpantang maut sebelum ajal..semoga kt selalu dilindungi dr sesuatu yg tidak diingini..
Saya juga pernah mengalami pengalaman ttg kemalangan. Berada dibawah kereta dan air radiator yg pecah terus mencurah dibelakang badan. Hingga kini parutnya masih ada buat tatapan anak2 dan jika umur panjang mungkin cucu2 juga dapat melihatnya.
alhamdulillah, aku pernah mati hidup semula tahun 2009
ish...sama la..eksiden nak dekat 11 kali, tp sekali tu memg riuk sket..doktor tak jamin boleh ada anak..sebulan tak boleh jalan..huhu..
2 kali pengalaman nyawa hampir nak putus ketika melahirkan anak yang tak boleh diteran...tanak keluar
Alhamdulillah..semua selamat kini
Benar kata pepatah berpantang maut sebelum ajal. Segalanya atas kehendak Allah. Izrael belum mendapat perintah tak pernah engkar.
p/s: tak sabar tunggu part 2.
Assalamualaikum Sham
Alhamdulillah
Syukur
Wassalam
shinju:cemas aok...tima kasih la atas doa aok tu...
nazz@purple:moga terus dilindungi...
azwandengkil:untuk 2 kemalangan tadi tiada parut malah tiada luka...syukur sesangat...
imanshah:waa mesti ngeri pengalaman tu bro...
nora:kalau bab beranak,memang saya mengaku kalah...penah tengok org rumah bersalin...pergh tak sanggup...
kakzakie:itulah pasal...dia datang menyapa je tu...
w'salam atuk...
trimas...
belum sampai ajal dan dilindungi olehNya..
Dinas:begitulah nampaknya...
salam, hidup dan mati adalah ketentuan Yang Maha Esa, bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia yang fana ini...
sangatttt saspennnn la udaaaaa!
huhuhu seriau tengok anak2 kecik main basikal petang2 nih...
salam..
pengalaman berharga tu
buat pedoman dan kenangan
hingga akhir hayat
tengok gambar van tu
teringat aku pernah kemalangan dengan van beberapa tahun dulu
syukur juga kerana tulang bahu je yang patah [kesan tali keledar]
salam sham
syukur alhamdulillah..
atas semua nikmat yg dikurniakan...
Alhamdulillah.. Allah masih meminjam kita umur buat mencari bekal untuk ke sana...
Akak pun dua kali juga xcdent...
pernah juga pengalaman macam ni tahun lepas.. u tern x lepas..kereta mengelak lalu jatuh kedalam bendang..
Suspens juga pengalaman cikgu. Memang bahaya budak-budak berbasikal ke sekolah. Saya sendiri seriau. Takut terlanggar anak orang time hantar anak ke sekolah. Tapi sesetengah orang tak peduli pun. Bawak laju juga kat sekolah ke, kat taman perumahan ke, pelik betul.
Post a Comment