Sahabat Tanpa Suara

Ini Tahun Arnab... Kelate Ambo Maghi Ni...

Wednesday, February 2, 2011


Petang ini sahabat kita berbangsa cina akan berkumpul sekeluarga dan 'makan busat'. Esok mereka akan menyambut tahun baru dalam kalendar tahunan mereka. Seperti yang ramai telah maklum tahun 2011 merupakan tahun bagi zodiak arnab. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Betul atau tidak, wallahu a'lam...

Sebagai umat Islam kita dilarang mempercayai perkara-perkara sebegini. Cuma pendapat aku oleh kerana kebudayaan cina berasal dari salah satu tamadun manusia yang terawal, makanya kajian-kajian dan ilmu-ilmu mereka tidak boleh diabaikan sama sekali. Kalau tidak masakan Rasul kita sendiri meminta kita untuk menuntut ilmu hingga ke negara China... Betul nggak...?

Apa-apa pun, ucapan aku untuk semua yang berbangsa cina (used to have many chinese friends): Gong Xi Fa Chai... Hong Pau Na Lai...

***********************************************************************************

Yang menyembut Tahun Baru Cina kaum cina sahaja, tapi yang untungnya kita sebagai rakyat Malaysia, dapat juga bercuti bersama-sama. Aku ni dah bercuti dari Sabtu lepas dah. Beruntung badan... Yang tak beruntungnya masa nak mengganti cuti nanti, kenalah bersekolah selama 2 kali Sabtu pulak.

Takpela itu, mari kita cerita pasal cuti. Kali ni family aku dah plan satu trip, destinasi kali ini: negeri Cik Siti We Kembe... Klate loh... Teruja juga aku kerana ini baru kali ke-2 aku nak menjejakkan kaki ke sana. Kali pertama trip pakai hentam je. Semasa bertugas di Cameron aku bersama member yang kampungnya di Newcastle (Kota Baru) balik hari ke Kelantan semata-mata nak mengambil data guru yang dia tertinggal. Kami bergerak lepas sekolah, dalam pukul 2 sampai Kota Baru pukul 6 petang. Lepak sekejap rumahnya, bertolak balik pukul 8 malam dan sampai Cameron jam 3 pagi. Besoknya sekolah pulak. Wah tak kerja giler ke namanya tu...

Berbalik pada trip kami sefamily tadi, berikut seba sedikit perancangannya. Ops lupa nak bagitau rakan-rakan yang aku mungkin takkan bersiaran selewat-lewatnya sehingga hari Ahad ini.

Khamis:

Bertolak sebelum Subuh, target Subuh di Lipis dan bersarapan di Gua Musang. Sampai dalam tengahari terus check in (Kakak aku dah booking sebuah kondo 4 bilik di pinggir Kota Baru). Berehat dahulu dan waktu petang layan budak-budak kat swimming pool. Sebelah malam kita ke Wakaf Che Yeh...

Jumaat:

Subuh di Masjid Kampung Melaka (hajat besar aku ni...) dan Jumaat di Masjid Beijing (jalan tak tahu lagi, sampai masa redah aje...). Sebelah petang bershoping di Rantau Panjang sampai pengsan.

Sabtu:

Acara sendiri-sendiri. Kak Ngah aku for sure nak menjenguk mertuanya. Kak Long dan Adik nak ke KB Mall. Aku plan nak berjumpa member-member Kelantan. Sem, Pok Nik, Adha, Asri, Ustaz, Jedy, Qublai... Sape lagi...? Mana yang sempat ler...

Bertolak balik tengahari Sabtu, dijangka sampai sebelum tengah malam... Doakan keselamatan kami ye... Daa...

P/S: Tak sabar aku untuk berjemaah di Masjid Kampung Melaka berimamkan Tokoh Muslim ke-42 paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009... Biarlah orang nak kata apa pun tentang dia tetapi besar sungguh harapanku moga hasrat aku ini kesampaian...

39 comments:

lady-D February 2, 2011 at 12:31 PM  

welcome to kelantan ^__^..bestnye setat cuti dr ari sabtu lg yer..dla , ptg ni baru nak blk kg..selamat bercuti..

Hanis MY February 2, 2011 at 12:40 PM  

en sham selamat berkunjung ke klate semoga semua hajat tercapai tlg makankan nasi kerabu daging bkr utk sy ye huk2... eh masjid beijing kat mana tu? tak sabar nk tgk gambar cuti2...

p/s;jum belajar bahasa jepun...entry baru gambar rabu (sy ni buta it tak reti nak buat link terus mcm org lain terpaksalah guna manual)

Admin P@P February 2, 2011 at 12:50 PM  

Assalamualaikum.
Selamat dalam perjalanan.
Selamat bercuti.
Kalau ada kesempatan jumpa Tok Guru, sampaikan salam kita ya.

TQ

Nora Shahaira February 2, 2011 at 1:02 PM  

tak percaya zodiak cina, mungkin pabila dikaji atau secara kebetulan, emak akak nora lahir tahun arnab..memang dia punyai semua ciri2 itu. hehe..
best nye berkesempatan jumpa Tok guru tu..moga2 akak nora pun berkesempatan.

thanx follow..akak nora follow awk blik

Sham February 2, 2011 at 1:19 PM  

d_la:hu hu kitorang cuti dulu la ye...

Sham February 2, 2011 at 1:20 PM  

hanis MY:masjid beijing di rantau panjang.rekabentuk cina dan diuruskan sepenuhnya cina muslim...

Sham February 2, 2011 at 1:20 PM  

admin: insyallah...moga dengan izinNya...

Sham February 2, 2011 at 1:21 PM  

kak nora:suratan atau kebetulan...?

Sham February 2, 2011 at 1:21 PM  

cklah:selamat n sejahtera...

Kakzakie Purvit February 2, 2011 at 1:59 PM  

Salam Sham,

Moga hajat nak berimamkan TGNA akan tercapai. Jalan-jalan sambil makan, jalan jauh luas pandangan,

Cikgu Tie February 2, 2011 at 2:01 PM  

Bestnya dapat cuti lama.
Cikgu Tie...hari ni pun masih kena datang sekolah lagi.

atuk February 2, 2011 at 2:05 PM  

Assalamualaikum Sham

selamat bercuti
moga permudahkan segara urusan

bila Allah tanya nanti..sekurang2nya kita boleh jawab, pernah bersama2 alim ulamak
moga berjaya

Wassalam

sekadar satu coretan February 2, 2011 at 2:11 PM  

selamat bercuti...

kak ain dah 3 kali gi kelantan...mmg best sambil gi shopping ble jln2 cari mkn...

IMANSHAH February 2, 2011 at 3:49 PM  

Kirim salam kat Tok Guru..ambo taok kelik

terokai seni February 2, 2011 at 4:20 PM  

betul-betul cuti ni sampai blog pon tutup... hee slamat bercuti dan shopping kat bazar tok guru (errr doh ado keda buko ko situ?)

Sham February 2, 2011 at 4:37 PM  

kakzie:Insyallah...jalan2 cari makan...

Sham February 2, 2011 at 4:37 PM  

cikgu tie:salam takziah...huhu...takpe berkhidmat untuk bangsa dan negara...

Sham February 2, 2011 at 4:38 PM  

rozali:w'salam atuk...

betul tu atuk...bukan senang nak dapat peluang ni...

Sham February 2, 2011 at 4:39 PM  

kak ain:tula pasal...budget selagi tak pengsan selagi tu shoping...muahaha...

Sham February 2, 2011 at 4:40 PM  

imanshah:insyallah...nanti kawe ghoyat kat tuan guru de...

Sham February 2, 2011 at 4:40 PM  

cemomoi:huahaha...tau takpe...

munna February 2, 2011 at 4:48 PM  

selamat bercuti cikgu....

selamat pulang dan selamat kembali ye...

CikguAreefNaim February 2, 2011 at 5:12 PM  

salam,

tq sudi singgah n follow blog sy...

wah bercuti ke kelate yer... thn lps bln 6 sy pun berpeluang bercuti ke sana...

sy org jhr, tp kelate ttp sentiasa di hati... (dulu pernah belajar di sana, dan saya amat mencintai negeri ini)

NzA February 2, 2011 at 5:52 PM  

selamat mengunjungi Klate yg indah tu..jgn lupa byk duit byk2 ye...

sedih cz xsmpt blk kg akibat trkandas....
RINDU KELANTAN....

Sham February 2, 2011 at 6:19 PM  

areef:hati pada negeri ke pada gewe di sana...?;P

Sham February 2, 2011 at 6:21 PM  

nza:faham2...sabar ajelah ye...

De Mois February 2, 2011 at 6:40 PM  

Kelantan memang negeri yang patut kita kunjungi. Serambi Mekah insyaallah..

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

sud@is February 2, 2011 at 7:20 PM  

semoga slmt smpai
dan bekesempatan berjemaah dn bersalaman dengan ulama besar yg tersohor....

CekWa February 2, 2011 at 9:41 PM  

slmat bercuti sekeluarga, semuga selamat pergi dan kembali

Cik SHiNJU February 2, 2011 at 11:40 PM  

Selamat bercuti buat aok sefamily..heheh
Elok la tu gi Kelate..sane dh x banjir..ni kira lari dr banjir kat Pahang la yek..heheh..Hati2 di jalanraya...

Tahun arnab ni thn koi..lalala :S
Sib baik koi x lahir 4 thn sebelumnye,kala tidok kena kena thn bab1 la jwbnyer..

apdm February 3, 2011 at 4:54 AM  

salam pagi khamis =)


esok cuti..yeahh....


x ambil tahu pun pasal tahun cina ni..huhu

mak encik | SZ February 3, 2011 at 5:39 PM  

borongggg jangan tak borongggg! ehehe

Afzainizam February 4, 2011 at 2:34 AM  

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


pasal zodiak cina ni ...... itu kepercayaan masyarakat cina ajerrrr.... tak ade kena mengena kita yang beragama islam.... cuma kita menghormati perasaan dan perayaan mereka sebab kita duduk berbilang bangsa dalam Malaysia...

Aku dah pergi kelantan banyak kali tempat kat sana ok gakkkk....ada kelainan dapat lahh tengok budaya orang pantai timur ni....

Solihin Zubir February 5, 2011 at 3:07 AM  

wahh.. sakan nowh cuti.. heheh..

Afzainizam February 5, 2011 at 5:20 AM  

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP