Dia Masih Gilakan Aku...
Friday, February 18, 2011
Diam tak diam dah 5 tahun aku mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, hari ini cinta aku pada isteriku masih sama. Ibarat kata Awie:
"Kau masih kuncintai, sungguh...
Dari hari pertama kau ku nikahi..."
Dan aku lihat dia pun masih gilakan aku, maklumlah badan aku masih maintain, ala-ala badan Ben Ashaari gitu. Cuma tang perut Bro Ben kalah dengan aku. Hua hua...
Sepanjang 5 tahun ini beberapa perkara aku amalkan dalam hubungan kami suami isteri. Just nak share dengan korang:
1. Hormati Pendapatnya:
Terus terang aku katakan semasa bujang aku 'kurang' menghormati wanita. Bagi aku, pendapat atau idea aku mesti lebih baik dari kaum hawa... Selepas aku bernikah aku belajar untuk menghormati pandangan isteriku. Ternyata wanita juga punya idea dan pendapat yang bernas...
2. Tarikh-tarikh Penting:
Ini merupakan kelemahan aku dan aku percaya ramai lagi lelaki-lelaki di luar sana sebegini. Jangan begitu beb, wanita suka kita mengingati tarikh-tarikh penting ni. Hari lahir dia, hari ulang tahun perkahwinan, kalau boleh dia nak kita ingat tarikh 1st time dating... Hari ini, ic dia pun aku dah hafal...
3. Beri Pujian:
Ini pula favourite diorang. Aku kadang-kadang tak faham gak, dah bertahun kahwin, dia masih nak dengar puji-pujian dari aku. "Ye sayang, awak makin hari makin cantik"...
4. Kerja-kerja Rumah:
Tolong bro, kerja rumah bukan tanggung jawab isteri sahaja ok. Lebih-lagi lagi jika kedua-dua bekerjaya. Ringan-ringankan sikit tulang tu. Nanti boleh dapat 'upah'... Hik Hik...
5. Bercuti Bersama:
Aku baca banyak pendapat motivasi rumah tangga, bercuti bersama dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri. Aku percaya, dan memang aku amalkan. Tak perlukan percutian yang grand atau memakan belanja besar. Yang penting pilih tempat berehat yang 'strategik'...
6. Ciuman Sayang:
Bukan 'ciuman sayang' yang anu anu tu... 'Ciuman sayang' tanda sayang... Ini pesanan dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Setiap pagi sebelum keluar bekerja aku cuba pastikan dia mencium tanganku. Aku pula mencium pipinya. Mana tau itu ciuman terakhir kan...
7. Layan Dia Sebagai Manusia:
Isteri bukan semata-mata 'teman tidur'. Oleh kerana dia merupakan insan yang paling banyak menghabiskan masa bersama kita, maka secara tak langsung dia merupakan 'best friend' kita. Jadikanlah dia tempat untuk kita mengadu, dalam masa yang sama jadilah juga pendengar yang setia...
P/S: Aku bukan nak mendabik dada mengatakan kami pasangan paling bahagia di dunia... Adatlah alam rumah tangga, ada masanya bergolak juga. Tapi perlulah bersikap terbuka dan sentiasa bertoleransi...
P/S 2: Aku bukan takut isteri ok... Cuma isteri aku je tak berapa nak takut kat aku... Huhu...
32 comments:
bahagia..semoga kekal ke akhir hayat
Saya pun nak katakan yg saya dan isteri adalah pasangan yg paling bahagia didunia. Insya Allah Mei nnt genaplah 10 tahun usia perkahwinan kami.
alhamdulillah...
tahniah untuk cikgu sham & isteri ...
semoga rumahtangga semakin hari semakin bahagiaaaa :)
Alhamdulillah semoga sentiasa bahagia dan terus dilimpahi dengan nikmat bahagia dari Illahi
alolo...comel je pasangan ni tau...
alhamdulillah hope kasih sayang kamu smpai ke syurga ye...hehehe...
tp psl tarikh tu...mina lak jd pelupa....suami pulak tlg ingat kan...hehehe
coollll... suami mithali ni... moga bahagia membawa ke syurga
huhu..romamtiknye..smoga bhgia hgga ke akhirt ye..
bila nak tmang ank.. kikiki :P
selamat berbahagia bro...
delarocha:begitulah harapannya...
azwandengkil:wah 2x ganda lebih lama...steady bro...
sz:amin ya rabbal alamin...
Bionic women:terima kasih ya...
kurekure comel:aik terbalik pulak...takpe takpe yang penting bahagia...
cemomoi:masin ler mulut aok tu...
cik gigi:dah 2 dah adik ooiii...
A'IM:thanks bro...
bro,
7 perkara itu memang serupa,
IM sendiri alami segala,
kekadang letih kerana kontra dgn sikap kita,
tapi IM cuba mempertahan istana.
hari ini IM lega,
no IC lama dan IC baru IM dah tak lupa,
Cuma yang IM selalu garu kepala,
"..abang nak hadiahkan I, apa?"
semoga lebih bahagia lagi menempuh ari2 yg mendatang nanti..
Moge bahagia sokmo
"Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang"
"Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami "
Semoga berbahagia hendaknya jua .... mencintai setulus hati......
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IM:nice... bab hadiah tu memang betul...!
Prince:trimas bro...
JD:iyelah tu aok weh...
Afzainizam:hee macam biasa dengar lagu tu...dulu2 masa bercinta la...
semoga kekal bahagia dan terus romantik...sweet gitu..
salam kenal dan salam ziarah, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!
wahida:time kacih...
u folow i folow back...
So sweet.. heheh..
Alhamdulillah..
smoga kekal bahagia di dunia dan akhirat.. amin..
so sweet...semoga jodoh sham dan isteri kekal ke akhir hayat...amiiin ;)
isteri comey orkk..
suko p/s 2 tu.. huahuhua
Bagusnya cikgu. Tumpang gembira tengok orang bahagia.
Alahaiii..sweet!!
moga2 berbahagia hendaknya..
setiap 5 thn dlm dunia perkhawinan
akan diuji...
Post a Comment