Bagaimana Memproses Petroleum
Saturday, February 19, 2011
Pernah tak anda terfikir dari mana datangnya gas yang kita gunakan untuk memasak, atau petrol yang kita gunakan untuk kenderaan kita? Tahukah anda bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah kerosin ataupun dalam bahasa yang biasa minyak tanah? Tahukah juga anda bahawa bitumen atau tar yang digunakan untuk membuat jalan itu melalui proses yang sama dalam menghasilkan lilin...?
Ha aku ada sikit info berkaitan sains ni (used to be my favourite subject), jom kita tengok... Untuk general knowledge kitalah, boleh juga kita cerita kat anak cucu kita kelak:
Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli.
Proses Penyulingan Petrolium:
Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.
Hasil Penyulingan Berperingkat:
# Gas-gas petroleum (takat didih paling rendah): Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.
# Petrol: Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.
# Nafta: Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
# Kerosin: Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )
# Diesel: Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.
# Minyak pelincir: Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
# Parafin: Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci
# Minyak Bahan Api: Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa
# Bitumen (takat didih paling tinggi): Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.
Sumber: www.sabah.edu.my
P/S: Aku pernah berhasrat untuk bekerja di dalam bidang O&G selepas menggenggam Bacelor Kejuruteraan Mekanikal namun sehingga kini hasrat tersebut berkubur begitu sahaja...
42 comments:
Haa info bagus ni...untuk Subjek Sains saya....
ada juga gunanya ye...
ni kalau mase pmr.. memang penting
hazari:iye ke...?aku tak amik pmrla bro..huhu...
thanx da info :)
Zanna:same-same...
tak penah tahu pun selamani..thanks sebab sharing ;)
cikgu sham samalah ngan pak encik kat umah ni ... rasanya orang2 mekanikal ni byk persamaan :p
hmmm, saya rasa masa sekolah dulu ada belajar benda ni, tp saya tak suka hehehehe......
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhh patut lerrrr minyak petrol asik naik ajerr harga dia, harga tak pernah turun -turun pun....
yuppppp soalan periksa masa SPM dan SRP....
Oooo.. panjang ceritanya yer...
apapun, thanks for the v good info.
Pernah tau, sebab dulu mase kecik2 sek ren ade buat lawatan ke petronas penapisan sungai udang ini.
Molek amat untuk pelajor ni.
Assalamualaikum...
Terima kasih berkongsi ilmu..
Miss Yaty:sekarang dah tau kan...
sz:iye ke...?hehee kim salam la kat dia ek...
ayushida:saya suka... saya suka... ;P
afzainizam:masalahnya kita kan pengeluar...kenapa tak boleh turun harga pulak...?
URY:begitulah ceritanya...same2...
Zyash:tau tak pe...
JD:untuk bukan pelajor pun molek gok JD...
Abd Razak:sama2 ya ustaz...
entry ini membuatkan saya pilu.. buah hati pengarang jantung tenga bertungkus lumus mencari port2 minyak di laut thailand sanaaaaa... sobbbsss sobssss... Ron97, bila mo turun hargaaa nehhh???
Astina:sabo ajela dik...dia btungkus lumus tu pun bukan utk sape gak kan...itu jugaklah antara sbb sy x jd nak terlibat dlm industri O&G ni...huhu...
ada kawan kata, minyak malaysia berkualiti tinggi. sebab itu la depa ekspot. betul ke?
IM:yup...sy dengar pun begitu...minyak dari malaysia antara yg paling berkualiti...
salam, bagus info ni....klu jadi jurutera minyak ni deme kate gajinya besor...cuba le lagi.
abhamz:member sy income rm10k sebulan...sekarang dah berenti buat bisnes sendiri...
Sham... kalau kerja offshore income memang tinggi. Tapi mesti rindu darat.....
Assalamualaikum.
Ron 97 asyik naik turun.
Kalau dikajiselidik, 95 dan 97 hampir sama sahaja.
TQ
mmg elok pon x keje ngn O&G nih..gaji mmg hebat but high risk loL..incek hubby pon dah berenti & buat IT jek la nih ehehehe
Kakzakie:kalau masa bujang no problem kak...dah kahwin ni memang problem la...
Admin:dah tak pakai 97 dah...tak mampu nak berulang kerja 70km sehari...
GreenJade:rezeki tu ada di mana-mana kan...
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Ni baru dikatakan mendidik, sbb tugas pendidik bukan dlm kelas jer tapi kepada umum trmasuk dgn menggunakan blog.
Teringat masa berkunjungan kat Miri bila baca hal2 petroleum ni.
Pasal minyak ni saya tau, sebab husband kerja dengan syarikat minyak, tapi bukan kerja di pelantar. Orang yang kerja di pelantar tu, balik rumah beberapa bulan sekali je, gaji tinggi, dan insurans dia pun tinggi.
mcm mn nk hilangkan minyak bahan api yang terkena di selipar?
syabas dan terima kasih
huhuhuh sy keje ngan oil n gas pon bru tau mcm mn proses penghasilan minyak huhuhuh
That is very fascinating, You're a very professional blogger. I have joined your feed and look ahead to searching for more of your fantastic post. Additionally, I've shared your web site in my social networks
My weblog insomnia
terima kasih
sangat bermanfaat
may ALLAH bless you
nice
Post a Comment