Sahabat Tanpa Suara

Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Iffahani Dan Nur Aqiesa

Tuesday, February 1, 2011


Aku merakamkan peristiwa bersejarah ini untuk tatapan keluarga dan sahabat. Sebagai lipatan kenangan supaya suatu hari nanti ketika anak aku membacanya, dia mengerti betapa kasih serta sayangnya Ayah serta Mama kepadanya...

7:30 pagi: Hujan renyai sejak subuh agak membimbangkan aku. Macamana nak buat kenduri dalam hujan ini...


8:30 pagi: Hujan renyai, tidak mahu berhenti sepenuhnya. Keterer sudah mula menyusun meja dan tray hidangan.


9:00 Pagi: Kumpulan Marhaban Wanita Kampung Batu 1 mula sampai, runcit-runcit. Hujan masih renyai tetapi aku nampak makcik-makcik ni semua steady. Ops lupa nak bagitau, mak aku merupakan salah seorang 'orang kuat' group ini...


10:00 Pagi: Selepas sarapan pulut, mi goreng bersama rendang dan kuih muih, Kumpulan Marhaban Wanita memulakan acara mereka. Sayu dengar makcik-makcik ni berzanji. Lagu-lagunya masih layan, sama macam kenduri Shahmin dulu...

11:30 Pagi: Hidangan sudah tersedia. Lauk kari kambing, ayam berempah, nenas masak terang bulan, ulam-ulam dengan sambal belacan menjadi bahan santapan. Pada masa yang sama jemputan lelaki mula sampai.


12:00 Tengahari: Hujan mula lebat, jemputan lelaki sampai dalam keadaan basah. Ada yang hampir kuyup. Imam sampai agak lewat, katanya ada masalah sikit. No problem Tuan Imam, yang penting sampai. Bacaan Yasin dan doa dimulakan...

1:00 Tengahari: Peak hour... Dalam hujan tetamu datang dan balik. Aku dan adik aku tak menang tangan. Clear meja, tambah lauk, sambut member-member...

2:00 Petang: Tetamu terakhir mengucapkan selamat dan beredar. Hujan masih turun cuma tak selebat sebentar tadi. Aku tengok lauk-pauk hidangan 90% clear...

3:00 Petang: Katerer datang clearing table dan tray... Aku baru berpeluang menjamah makanan. Bersama dengan orang tua dan adik beradik. Sedikit post mortem: kenduri kita berjaya... Alhamdulillah...



P/S: Moga majlis kami kali ini mendapat barakah dan dirahmati olehNya. Dan moga dengan izinNya, juga berkat doa para hadirin, dapat memudahkan usaha kami dalam membesarkan anak-anak kami, menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Paling penting menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan anak-anak yang soleh dan solehah... Amin Ya Rabbil Alamin...

Lagi cerita disini>>

18 comments:

Sham February 1, 2011 at 7:59 PM  

dady sibuk daa..tak sempat ambik gambo pong...

ahmad humairi February 1, 2011 at 10:04 PM  

assalamualaikum,

salam perkenalan jua, anda hebat!

Sham February 1, 2011 at 10:34 PM  

humairi:hebat..?tak,anda hebat...hehee

zino February 1, 2011 at 10:41 PM  

salam kenal
kunjungan balas....

Sham February 1, 2011 at 10:47 PM  

trimas zino sudi singgah...

Zue AnnaLeeya February 1, 2011 at 10:59 PM  

salam kenal... sggah bls kt sini...

wlupon hujan, tp kenduri aqiqah tuh ttap meriah kan???

bee February 1, 2011 at 11:11 PM  

salam perkenalan bee follow sini balik ! best nyer ada kembo ..teringinnnn!

terokai seni February 1, 2011 at 11:52 PM  

alhamdulillah dah slamat, moga dirahmati Allah

KakD February 2, 2011 at 12:07 AM  

wahhh comelnyer kembar tuh pakai gaun fink, semangat betul badan die. Alhamdulillah sumenyer berjalan lancar walaupun hujan kan :)).

ijatnuar87 February 2, 2011 at 1:43 AM  

wah...sangat comel...kembar ek...

Hanis MY February 2, 2011 at 8:21 AM  

alhamdulillah berjalan lancar, semoga anak2 en sham membesar menjadi insan soleh solehah dan berjasa buat ayah dan mamanya... sy masih menanti rezeki dari Dia...

wida February 2, 2011 at 8:40 AM  

salam perkenalan..alhamdulillah majlis berjln lancar.
tq singgah blog sy:)

sahromnasrudin February 2, 2011 at 9:26 AM  

ye la..mana pic bapaknya..mesti macho man kan hehehehee

yanamib February 2, 2011 at 9:31 AM  

kembar ye? cute je..kaler pink lg..hehe~

Dr K February 2, 2011 at 1:12 PM  

Assalamualaikum..salam perkenalan..

Tahniah atas majlis aqiqah tersebut..Moga2 anak2 bla besar akan baca entry itu..:)

Anak kembar ke?

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP