Mendidik Atau Menghukum..?
Thursday, February 17, 2011
Minggu ini masuk minggu ke-7 sesi persekolahan 2011. Aku percaya pada ketika ini semua sekolah sedang sibuk dengan acara-acara sukan dan kokurikulum. Sama dengan sekolah aku, minggu lepas selesai sukantara bagi mengumpul mata sukan menjelang kejohanan sebenar. Minggu depan akan diadakan Hari Kejohanan Olahraga yang ke-88. Sekarang ini tengah sibuk dengan unit-unit kokurikulum. Pendaftaran ahli-ahli unit beruniform, kelab dan persatuan seta sukan dan permainan, mesyuarat agung, mesyuarat AJK bla bla... Itu dalam bidang kokurikulumnya, dalam bahagian kurikulum, Penilaian 1 akan menjelang beberapa minggu lagi. Yang paling mendebarkan, keputusan STPM dan SPM pun akan keluar tak berapa lama lagi.
Sesi persekolah 2011 masih awal lagi sebenarnya, tapi aku ada terdengar angin bertiup membawa khabar bahawa akan ada beberapa pelajar sekolah aku akan dibuang sekolah, beberapa orang lagi akan digantung. Awal betul nak buang budak... Bukan niat aku nak mencampuri urusan pentadbiran sekolah, aku sedar aku hanya seorang guru biasa yang tak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi aku secara peribadi kurang bersetuju dengan hukuman buang sekolah, terutama yang tidak melibatkan kes-kes besar. Aku pun tahu KPM sebenarnya telah memberikan garis panduan yang amat jelas tentang kaedah-kaedah hukuman ke atas kes-kes pelanggaran disiplin di sekolah, bukan mudah sebenarnya untuk menjatuhkan hukuman buang sekolah. Tapi kalau setakat kes merokok, ponteng kelas atau 'fly' asrama pun dihukum buang sekolah, apa cerita...?
Ingin aku tegaskan aku bukan menyebelahi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Salah tetap salah, cuma sebelum menjatuhkan hukuman, patut difikirkan implikasi hukuman tersebut kepada pelajar itu. Membuang pelajar akan menyelesaikan masalah sekolah, selamat sekolah dari budak-budak nakal, setel kerja cikgu... Tetapi bagaimana dengan pelajar yang dibuang...? Mungkin ibu bapa dia boleh mendaftarkannya untuk bersekolah di sekolah lain. Tapi bagaimana pula jika ibu bapanya jenis yang tak cakna...?
Yela, pada usia sebegitu dia patut menghabiskan masanya di sekolah, semua rakan-rakannya ke sekolah, dia...? Akhirnya dia akan membuat perkara-perkara yang bukan-bukan. Ini kisah benar yang terjadi pada salah seorang bekas pelajar aku, selepas dibuang sekolah dia bergaul dengan kaki curi motor, akhirnya dengan dia sekali terjebak... Berita terakhir yang aku dengar dia dicekup polis... Bayangkan pada usia 16 tahun sudah terjebak dengan kes curi motor, tak ke naya tu...?
Satu lagi kisah benar dari seorang rakan guru senior... Bekas guru disiplin yang 'disingkir'.
"Aku memang cukup payah buang budak... Selagi tak melibatkan kes rompak, gaduh sampai tahap membunuh, hisap ganja, mencabul merogol, aku takkan buang budak." Itu prinsip cikgu tersebut.
"Apa yang kami buat, kami 'pegang' budak-budak nakal ni. Kontrol je diorang, budak-budak... Jahat setakat mana pun... Bayangkan kalau dibuang budak-budak ni, apa yang diorang nak buat di rumah? Last2 akan jadi kutu rayau juga, bergaul dengan anasir-anasir yang tak sepatutnya... Buat benda-benda tak senonoh..."
"Kalau duduk sekolah diorang masih dalam kawalan kita. Memang budak-budak ini akan 'menjatuhkan' result sekolah, bagi nama buruk pada sekolah, tapi sekurang-kurangnya kita boleh selamatkan masa depan mereka..."
O begitu rupanya... Bukankah itu fungsi kita di sekolah, bertindak sebagai pendidik...? Atau kita semata-mata hendak menghukum...?
Amaran keras dari Kementerian Pelajaran Malaysia: Jangan sesekali mencuba 'aksi' hukuman seperti dalam gambar di atas... Bikin panas woo...
36 comments:
gmbr kat ats tu hukuman yg diberi oleh guru diorg ke?pelik2 betul diorg ni bg hukuman..
tak taula bro...huhu...dapat dari google...org jopun biasalah pelik2 diorang ni...
Setuju sangat-sangat dengan pendapat Cikgu Sham!
cikgu tie:tapi ada sesetengah pentadbir tak setuju sangat-sangat...
Betul kata cikgu kesian budak2...
Setiap keputusan untuk menjatuhkan hukuman adakah secara personal atau muayawarah..
atau untuk menjaga martabat sekolah...
Assalamualaikum...
Betul tu...kalau buang skolah nt
makin nakal budak2 tu...xde arah tuju...
Pasal pic kat atas tu kan,koi rase freshie yg kena denda dek senior mase orientasi kot..xkan cikgu nak wat gitu..maruuu
SUD@IS:tak setuju dengan golongan yang ingin menjaga martabat sekolah semata-mata...
shinju:bukan apa yun,koi dulu budok nakal gak...tapi cikgu2 koi banyak bagi peluang...kalau tak,tak taula apa koi buat sekarang ni...
Payah juga kan...buang pun salah. Tak dibuang akan mendatangkan masalah di sekolah.
ustaz:tak semua kes disiplin harus berakhir dengan buang...
syabas guru 'tersingkir' baru btui berjiwa pendidik.. ta pi bukan pic yang last... tu guru gedik
Salam cikgu sham.
Saya bersetuju sekali, buang sekolah bukanlah jalan terbaik kecuali dalam kes tertentu yg terpaksa demi kebaikkan semua.
kes tertentu seperti dgn adanya pelajar tersebut, pelajar2 lain akn turut rosak. antaranya di sekolah tertentu(perlu saya rahsiakan nama sekolah dan negeri mana)terdapat pelajar yg mengedar ganja ke sekolah. Jadi amat wajar dibuag sekolah, lagi wajar dihnatar ke sekolah pemulihan akhlak.
salam, jika kesalahan yang berat dan boleh membahayakan keselamatan warga sekolah barulah dipertimbangkan buang sekolah tapi setakat kesalahan biasa guru disiplin, HEM dan guru kaunseling pun boleh uruskan.
Kesian Cikgu disiplin....
kalau pelajar tersebut nak dibuang sekolah tentulah kesalahannya besarkan?
salam sham
tugas guru memang mencabar
aku tabik
assalamualaikum...
bagi pendapat kita, sepatutnya setiap kesalahan perlu diberi surat amaran dulu... masuk surat amaran ketiga masih tiada perubahan baru lah ada tindakan buang itu...
assalamualaikum Bro
alhamdulillah di tempat saya
pentadbir lebih suka beri peluang kpd pelajar.setiap mereka berpotensi utk cemerlang jika mereka berusaha dan diberi ruang seta peluang utk berubah.yg penting mereka juga perlu bersedia menerima didikan...
salam..
yang nyata budak sekarang tak sama dulu lagi dh..kita dulu mak ayah percayakan guru..bab rotan ni,jangan bagi tau mak ayah kena di sekolah nanti balik rumah lagi kena tambah..he he..
***erppp..gambar apa kes tu..???
kita risau nnti pelajar2 tu makin liar bila dibuang sk....maklumlah kt sk pn mrk dh xtrkawal apatah lg kalu dh bebas camtu......
moga2 perkara ini dikaji lebih trperinci......
klu dibuang sekolah budak2 tu apa berlaku seterusnya? diorang akan teruskan persekolahan di tempat lain ke cikgu?
harap jgn dibuat lah hukuman tarik spender tu kat Malaysia nih...:P
Susah juga ye jadi cikgu ni.
Betul juga, cuba kaunseling sikit budak-budak yang nakal ni. Mesti ada sebabnya.
cemomoi:jgn dibuat hukuman begitu di malaysia ni...
shameel:hukuman buang sekolah sepatutnya jalan selepas jalan terakhir...
abhamz:itulah pun fungsi HEM dan kaunseling...
nidus2:yup...bukan setakat isap rokok,ponteng kelas terus kena buang...
azani:tabik balik...!
manje:itulah prosedur yang sebenar...
ummu:itulah sebaik-baik pentadbir...
zulkbo:betul3x...saya dulu macam tulah...sebab tu tak pernah mengadu apa2 kat mak bapak...
NzA:itulah yang kami risaukan...
sz:samada ibu bapa mereka buat rayuan pada KPM,apply sekolah lain atau buat bodo je...yang buat bodo tu yang merisaukan tu...
Daddy Ziyyad:tak boleh tak boleh...!
Yati:sebab itu di sekolah menengah,semua kaunselor buat kerja-kerja kaunseling sepenuh masa...
cikgu juga ropanya..hihihi
setuju sangat2
kalau di buang..akan bertambahlah
lagi org2 yg kita semua tak mau ada
di malaysia ni
susah nak handle pelajar nakal. perlukan kewibawaan. bagi saya, depa ni nakal ja. bukan jahat pun.
Post a Comment