Kategori Pemandu
Wednesday, February 9, 2011
Aku memegang lesen memandu sudah hampir 15 tahun. Dah pelbagai jenis jalan aku lalui. Pelbagai kerenah pemandu aku jumpa. Yang berhemah, beradab di jalan raya, tak kurang pula yang menyakitkan hati, memandu macam orang gila..! Aku suka nak masukkan pemandu-pemandu di Malaysia ini dalam beberapa kategori:
1. Pemandu Tuli:
Dia tak peduli akan sekeliling dia. Dia rasa dia nak belok, dia belok. Tak payah bagi signal dah. Macam orang boleh baca melalui firasat ke mana dia nak tuju...
2. Pemandu Sengal:
Yang ini aku pelik... Kalau dah tau slow, ikut le lorong kiri. Ini tidak, dok terhegeh-hegeh di lorong kanan. Bukanlah aku kaki speed, tapi kalau bawa 60km/jam tapi duduk lorong kanan, pe cerita...? Eh tak pernah baca 'Ikut Kiri Jika Tidak Memotong' ke..?
3. Pemandu Baran:
Golongan ni pantang dipotong. Padahal masa kita potong dia slow je, tapi lepas kita potong dia wah bukan main baran dia. Kalau tak dapat potong balik dia cucuk-cucuknya bontot kereta kita. I dont understang betul...
4. Pemandu Takde Iman:
Takde kesabaran, pantang jem sikit mula dia potong ikut kiri. Kategori ni paling aku menyampah... Eh come on la, semua orang pun nak cepat gak, janganlah main potong que sampai tahap gitu...
5. Pemandu Gilo:
Ini jenis paling bahaya, tak makan saman. Pakai hentam je bawa kereta. Kerja dia nak tekan minyak je, bawa kereta tak pernah nak slow... Bahaya macam ni, dia bukan peduli pun keselamatan orang-orang lain. Ingat jalan ni abah dia punya ke...
6. Pemandu Berhemah:
Ikut undang-undang, peka keadaan sekeliling, bertimbang rasa. Memandu mengikut kelajuan yang sesuai. Tidak memotong que, tidak berhenti di petak kuning. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan bersabar ketika memandu...
7. Pemandu Insaf:
Dari kategori 1 sampai 5 bertekad untuk berubah, atau telah berubah kepada kategori ke 6- macam aku (angkat bakul sikit ;P)... Namun jujur aku katakan aku dah banyak mengubah cara pemanduan aku. Semuanya gara-gara kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa yang aku alami pada tahun 2003. Mujurlah ketika itu aku memandu bersendirian selepas menghantar mata air (kini isteri) pulang ke pusat pengajiannya.
Beginilah lebih kurang keadaan Iswara Aeroback aku pada ketika itu. Mujurlah Allah masih memanjangkan umur aku dan tali pinggang keledar menjadi penyelamat aku pada ketika itu. Pesanan aku kepada rakan-rakan yang memandu: ayuh kita bernekad untuk menjadi pemandu berhemah. Jangan jadi macam aku, sudah terhantuk baru nak terngadah...!
36 comments:
bersyukur peroleh peluang kedua
delarocha:tula pasal...Alhamdulillah...
salam....nasib baik Allah sayang lagi tu...kalau tak - tak jumpalah kat blog ni...syukur...( ngucap panjang )
sonata:betul3x...Dia bagi peluang supaya tambah amal lagi tu...amalan2 yang sebelum2 tak cukup...
kalau nak ikut kan dah biasa jumpa semua spesis pemandu yang tak berhemah macam tu.hehe
kadang kadang kita pun sama..nak cepat..kejar masa..emrgnsi...sakit perut...macam macam la..
tapi apa apa pun kita kena beringat..
kata orang malang tak berbau...
terima kasih sebab tinggal link :)
ke slalu tengok cermin pandang belakang supaya tau ada orang yang lagi nak cepat pada kita... gamaknya sakit perut ke, bagi le jalan kat dia
si parapara:nak cepat camana pun cubalah ikut rules jugak...kecuali betul2 emergency @ panggilan pulau (perut merengat ler...) hehe..
cemomoi:jangan sampai membahayakan orang lain sudah le...
lagi satu nak tambah..
pemandu yg suka hon..
skit2 nak hon..
kdg2 kat org tua pon nak hon.. haish! tak reti sabar btol!
ermm.. Alhamdulillah coz dipanjangkan umur..
En Sham
betoi le kate2 oghang Malaysia ni memang berbudibahase.....tapi bile aje driving.....ilang semue budibhase......sopan santon semue lupe.....dan mentaliti dan sikap pemandu Malaysia ni selagi tak beghubah....selagi tu le ghamei yang terkorban
Salam...
koi rase koi ni kategori 6..
baru 2x jer kena saman..xcdent pun x teruk sgt..lalala... x kira! koi nak kategori no 6 gek! Bai huk or bai kruk!
solihin:haah btl,baru ptg tadi bw wife n anak2 ronda tmn perumahan, biasalah bw slow dlm kawasan perumahan,sekali kena hon dgn 1 hilux ni...siap hon panjang lagi tu...!
D08:itu le yg teman nak kate sebenonye...tp takut pulak ramei yang kecik ati nantinye...
Cik SHiNJU:elok ler aok maintain camtu adik yun weh...koi ni kalau nak dikira duit saman dah boleh buat byr muka inspira dah...
salam, semoga ops sikap 23 blh mengubah sikap pemandu kita...
Berhati2 la di jalan raye.Ingat2 la orang yang sayang ke kite.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pemandu kamikazi lagi terukkkk tak aderrr perasaan gentarrr... main terjahhh ajerrr... bahaya mengundang
saye kalau memandu hangin jer yg suke bagi lampu ni...
tau la nak laju...tapi tak de la laju mane pun bile sampai kat depan sangkut jugak...
assalamualaikum
kita pon berusaha utk jadi pemandu no 6 hehe... ~
salam..
yang nyata ramai
malaysian driver
bersopan di luar
"tumbuh tanduk"
bila memandu..
salam bro sham
alhamdulillah
setakat ni bapak masih dapat mengekalkan cara pemanduan bapak , nak kata laju idak , slow pun idak
kekadang kita berhati2 , pemandu lain yang lalai dan cuai yg boleh mendatangkan kemalangan, semua suratan takdir
masuk keta, baca bismilah dan baca doa , tawakkal,
insyallah
selebihnya takdir Allah
pssss sekrg selalu jumpa pemandu yang terkemut bawak esp dalam bandar , bila memotong mrk, masyallah
ada ke dia pangku anak dia semasa memandu, mana nak pegang stereng, mana nak pegang anak
bahaya
drifter: kalau memandu mesti nak zig-zag. sekajeap kanan, sekejap kiri. pastu lastly guna emergency lane. pantang betul aku. pastu bila jumpa 'bottle neck' gelabah nak himpit kenderaan lain. orang lain pon nak cepat, dude!
pemandu prihatin: dalam banyak-banyak pemandu, rakyat malaysia tergolong dalam golongan ini.
kalau ada accident atau sesuatu pelik di jalan pasti akan berhenti tak pon jadi penonton setia.
padahal ambulan, polis, semua ada dekat lokasi. nak menyebuk apsal. biarlah diorang jalankan tugas mereka.
kamu sebagai pengguna teruskan perjalanan. jangan jadi jakun. buat jalan lagi sesak. kesian dekat orang belakang yang menunggu lama. prihatin biar bertempat OK!
assalam Sham,memang kalau fikirkn perangai pemandu2,boleh jadi stress.
syukur kan kita masih dipanjangkan usia.
assalam Sham,memang kalau fikirkn perangai pemandu2,boleh jadi stress.
syukur kan kita masih dipanjangkan usia.
Rasanya, ramai yang macam split personality. Kat luor, lemah lembut. Tapi belakang stering, jadi orang tak beriman. Hilang sabor, cepat naik angin, dan kuat mencarut.
Salam Sham.
Baru nak start baca...good blog...well done!
Saya pun sedang berusaha menjadi pemandu yg no 6 tu...
ibu komfomlah yg no 6 tu... hahhaha.. nasib baik selamatkau
Nasib baik Cikgu Sham selamat...
Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion
Orang Malaysia, walaupun penampilannya lembut dan sopan, tapi apabila di jalan raya, dia berubah...
...kata kawan saya dari luar.
Salam ,
saya...saya...saya pemandu kategori mana ya...hmmmm
Kalau memandu belakang kereta pemandu yg sedang belajar memandu memanglah terkemot-kemot. Apa boleh buat sabarlah....
p/s: selalu mengalah dengan lori besar expecially masa hujan takut.
as-salam,
klu suami zue di masukkan dlm pemandu suka bunyi hon pantang ada org buat silap kat depan dia mesti hon puye...
salam sham,
kak nab gembira dapat ke mari...kunjungan balas buat sham. nice blog...keep writing!
ehehehee...
syukur cikgu sham selamat dr kemalangan ngeri tu ...
nanti2 cerita lah pengalaman camne boleh terjadi kemalangan tu ye ...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kadang kita sendiri tak sedar kita seorang pemandu yang merbahaya...
Post a Comment