Sahabat Tanpa Suara

The Botak Girl

Saturday, February 12, 2011

Imej botak bukan sesuatu yang menghairankan bagi kaum lelaki. Ramai lelaki botak yang bergaya dan terkenal dengan imej begitu. Tapi kalau perempuan berimej botak...? Apa cerita nie...?

Sinead O Connor


Antara perempuan pertama yang aku kenal berimej botak. Masa tu aku remaja lagi, eksotik je aku tengok gaya minah Ireland ni. Tapi lagu dia buat aku layan. Nothing Compare To You... Sekarang aku pun tak tahu dah perkembangan penyanyi ni. Itu satu je lagu dia yang aku tahu pun...

Cameron Diaz


Minah ni memang aku minat start dari debut dia lagi dalam cerita The Mask dengan Jim Carrey. Seksi tu... Cameron Diaz membotakkan kepalanya dalam filem My Sister's Keeper. Aku sempat menonton cerita ni dalam Astro HBO baru-baru ini. Diaz berlakon sebagai seorang ibu yang membotakkan kepala demi untuk menemani anaknya yang mengalami keguguran rambut setelah menjalani kemo akibat penyakit barah yang dihidapi. Di akhir cerita anaknya mati juga. Hem sedih...

Sharifah Amani


Minah ni betul-betul bikin gempak satu Malaya satu ketika dulu. Dalam filem Muallaf arahan pengarah profilik yang kini telah kembali ke Rahmatullah, Yasmin Ahmad, dia membotakkan kepalanya. Demi untuk menghayati watak katanya... Namun filem tersebut mendapat pengiktirafan bukan saja di dalam negara, malah memenangi beberapa anugerah di luar negara...

Iffahani Iman Nur


Eh siapa pula si gadis cilik ini...? Ya, tidak lain dan tidak bukan, anak aku la weh... Al kisahnya pagi tadi aku ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta yang kembung bersama abangnya, Shaminhani. Siap, aku terus balik. Sesampai di rumah aku mendapati Iffahani telah pun 'dibotakkan' oleh atuknya. Hehehe licin kepala anak dara aku ni. Memanglah sebelum ini pun dah tak berapa nak ada rambut... Tapi mamanya kata lepas ini, barulah rambutnya akan tumbuh sekata, Insyallah bertambah lebat dan cantik. Tak kisahlah nak... Hehehe anak aku The Botak Girl...

P/S: Aku tak nak anak aku menjadi artis. Aku nak dia jadi doktor. Cewah...! Bukan apa aku tua-tua besok mesti banyak penyakit, senang biar dia yang merawat bapaknya sendiri. Jimat belanja Ayah...

29 comments:

NzA February 12, 2011 at 8:54 PM  

botak pn tetap cun la minah nie.....agaknya byk kutu kot...he...

mak encik | SZ February 12, 2011 at 9:15 PM  

alalalaa...botek pun tomei!
boleh masuk senarai calon menantu ni...ehehehe

Dinas Aldi February 12, 2011 at 9:24 PM  

haaa akak pun ingat lagi si Sinead O'Connor & lagu tu.

dalam comel2 semua artis botak tu, the Botak Girl terakhir - Iffahani adalah yg paling comel!

Cik SHiNJU February 12, 2011 at 9:29 PM  

Salam....

Konfiden jer aok dh tua2 sok byk penyakit yek..Mmg plan xnak jaga kesihatan ke? hehehe...

Iffahani tu dah bape bulan?
Anak2 buah koi mase cukur jambul tu mmg cukur abes smpai botak..bukan takat jambul..

Sham February 12, 2011 at 9:38 PM  

NzA:minah mat saleh tu memang banyak kutu kot...heee

Sham February 12, 2011 at 9:38 PM  

sz:bolehlah amik borang dulu...kui kui...

Sham February 12, 2011 at 9:39 PM  

Dinas Aldi:yaa iffahani,the botak girl yang tomei...

Sham February 12, 2011 at 9:41 PM  

SHiNJU:koi tengok org tua koi ni skang banyak tul penyakitnya...kalau koi jadi doktor dulu kan baguih...tp otak tak exelent tak dapat jd doktor...huhu..

sekadar satu coretan February 12, 2011 at 9:42 PM  

tak pe la...dia muke lawa...w/pun botak...

Sham February 12, 2011 at 9:54 PM  

ainoraini:botak2 pun lawa ye...

Solihin Zubir February 12, 2011 at 11:01 PM  

hehe.. mudah-mudahan anak abg sham akan berjaya jd doktor nnt..
yg berguna kpd masyarakat..
insyaAllah.. :D

Sham February 12, 2011 at 11:12 PM  

Solihin:masin lah mulut ko tu solihin...

aza ni February 12, 2011 at 11:39 PM  

salam sham
moga anak mu jadi doktor
dan semoga anda sekeluaega sihat selalu

sonata anak kancil February 12, 2011 at 11:48 PM  

sibotak manis! cun pe...
saya tak berapa gemar nak mintak keje doktor ni...

hentian February 13, 2011 at 12:17 AM  

IM pun risau rambut ibu_suri banyak gugur. erkss...

zino February 13, 2011 at 12:22 AM  

si kenit je botak cute hehe

Sham February 13, 2011 at 7:26 AM  

Aqilah:beautiful is bald...?erk...

Sham February 13, 2011 at 7:27 AM  

Azani:moga mulut mu masin...timo kasih gu...

Sham February 13, 2011 at 7:28 AM  

sonata:saya pun tak minat sebenarnya...sendiri tak minat tapi nak suruh anak pulak minat...heheee

Sham February 13, 2011 at 7:31 AM  

IM:gunakan sun silk anti dandruff...hee buat iklan la pulak...

Sham February 13, 2011 at 7:32 AM  

zino:yang lain2 tu memang tak dapat menandingi kecutetan anak aku...hua hua...

ckLah @xiiinam February 13, 2011 at 8:48 AM  

Lepas cuti panjang hujung tahun tu, ada 3 orang murid saya botak, kerana membayar niat di Sg Ganges. (Sekolah perempuan...)

Sham February 13, 2011 at 10:00 AM  

cklah:iffa ni takde kena-mengena ye...hee

مسافر اسلام February 13, 2011 at 10:12 AM  

Salam saudara sham, zaman sekarang masih ada lagi wanita botak. Tetapi dah ramai juga yang pakai tudung, Allhamdullah...semoga suatu hari nanti semua wanita bertudung walau kemana shj.

JazakaAllah

Nizam Awang Brahim February 13, 2011 at 10:42 AM  

Budok perempuan kenit kala botok koi tak pelik.Kitnye kala yang remaje belia ter botok,mau rase nok demam nengok nye.

Sham February 13, 2011 at 11:11 AM  

MI:itulah yang diharapkan...semua insan menjadikan Islam sebagai cara kehidupan...

Sham February 13, 2011 at 11:13 AM  

JK:betuil sesangat tu ngodong weh...saje je koi tunjuk gambo2 pompuan botok tu...pelik betuil rupenya...

Nur February 14, 2011 at 1:32 PM  

Baby botak takpe, comel. Kalau orang tua botak, tak cantik la. Melainkan rambut dah gugur, dah berumur, nak buat camana. :)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP