Sahabat Tanpa Suara

Wang Bukan Segala-galanya... Namun Segala-galanya Memerlukan Wang...

Sunday, February 20, 2011

Pagi tadi aku membeli sarapan, 3 bungkus nasi lemak dengan lauk ayam goreng dan 1 bungkus mihun goreng lauk ikan sardin. Jumlah semua RM15... Hem teringat aku masa di sekolah rendah, aku membantu mak menjual nasi lemak. Hingga pernah pada suatu ketika, beg sekolah aku bukan dipenuhi buku tetapi dengan nasi lemak. Harga sebungkus nasi lemak pada ketika itu, 20 sen sahaja...

Selesai bersarapan aku ke stesyen minyak. Nak buat apa lagi, isi minyak keretalah, stok untuk seminggu aku berulang-alik kerja. Melayang lagi RM70 untuk satu tangki penuh Toyota SE Ltd buruk aku tu. Teringat pulak aku kira-kira 10 tahun lepas semasa mengisi minyak buat kali pertama untuk kereta pertama aku ketika itu, Iswara Aeroback; isian penuh baru RM40...

Petang tadi aku sempat bersembang dengan jiran sebelah. Sembang-sembang kosong je. Aku bercerita hasrat aku untuk membeli rumah dalam masa terdekat ini. Katanya eloklah disegerakan niat itu, kerana harga rumah akan naik semakin tinggi setiap tahun, dan aku amat meyedari hakikat itu. Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan seorang rakan yang bercerita tentang rakannya yang menjual rumah kediamannya. Rumah tersebut yang dinilai RM90k pada 5 tahun yang lepas telah dijual dengan harga RM130k seminggu dua yang lepas. Bermakna kenaikan rumah tersebut adalah RM8k setahun...!

Baru sebentar tadi aku membayar bil astro. Kenaikan caj perkhidmatan sebanyak 6% menjadikan bayaran bulanan aku meningkat RM7 sebulan. Tapi nak buat macamana, nafsu besar. Nak tengok sukan, movie bla bla... Bil elektrik pula kian bertambah setelah aku masukkan aircond dan heater mandian beberapa bulan lepas. Kalau dicampur bil air, telefon, streamyx bla-bla.., bil utility aku boleh mencecah RM400 sebulan... Tak campur lagi perbelanjaan bulanan seperti makanan (ada yang naik jugak di awal tahun baru-baru ini...), bayaran pinjaman pelajaran, kereta, duit lampin, susu anak-anak bla bla...

Kemudian aku mencongak kenaikan gaji tahunan aku. Sebagai guru bergred DG41 kenaikan aku tak sampai RM100 setahun. Termenung juga aku memikirkan, apa akan jadi di masa-masa hadapan. Pada ketika kos sara hidup semakin meningkat tetapi tidak sepadan dengan peningkatan pendapatan. Terfikir juga aku, sedangkan aku yang mungkin tergolong dalam golongan pertengahan mula terasa lemas dengan kenaikan ini; bagaimana pula dengan golongan bawahan...? Mungkin sampai masanya aku mengurangkan nafsu dan keinginan untuk bermewah (sedangkan aku tak rasa langsung hidup aku sekarang ini mewah...), ataupun sudah sampai masanya aku mencari sumber pendapatan ke-2...?

Betul kata-kata hikmat ini, walaupun aku tak tahu dari mana asalnya:

"Wang Bukanlah Segala-galanya... Tetapi Segala-galanya Memerlukan Wang..."

36 comments:

mak encik | SZ February 20, 2011 at 10:08 PM  

setuju!

tentang kenaikan harga rumah memang sangat drastik...
di kawasan perumahan ni saya beli rumah hujung 2006 masih ada jual dibawah 200k, tapi sekarang (2011) minimum pun 285k ... dan saiz tanah serta luas binaan makin kecil ...

zino February 20, 2011 at 10:09 PM  

dulu masa saya sekolah rendah 10 sen je dah cukup beli meehon dengan air hehe

A.s.t.i.n.a February 20, 2011 at 10:12 PM  

komen di atas adelah salah paste.. herher...

komen sebenar: maka kena berusaha lebih.. buat business..

tidur awal..

Cik SHiNJU February 20, 2011 at 10:35 PM  

Makin maju makin tggi kos sara hidup..Kena ade alternatif lain la utk tambah income..Beli tanah,wat kebun getah pun ok..Upah org jaga...:)

Sham February 20, 2011 at 11:04 PM  

sz:aduyai...parah parah...

Sham February 20, 2011 at 11:10 PM  

zino:gaji bapak saya masa rm70 sebulan...

Sham February 20, 2011 at 11:11 PM  

astina:ni tengah fikir nak buat bisnes apala nie...huhu...

Sham February 20, 2011 at 11:12 PM  

shinju:aok jualla kebun aok tu separuh kat koi...boleh..?;p

Sham February 20, 2011 at 11:13 PM  

azani:salam kenal...
tiada yang tidak benar melainkan yang benar2 belaka...

saharul February 20, 2011 at 11:42 PM  

salam....

sebab tu le koi jarang keluo bandr. Sekali kuar je, paling tidakpon seratus dua pasti melayang.....

kelur tu keluar jugak keknyer, tak le senalo

hysman February 21, 2011 at 12:08 AM  

salam cikgu sham...

yer,saye pon stuju gak...
skrg ni,semua bnda memerlukn wang..
nk masuk toilet pon dah 50sen..

kita nak mencapai status negara maju,jd semuanya pon kena ikut maju harganya... masalah di sini boleh dikurangkan jika gaji minimum di dirombak kot....

camne nak idup harga barang sentiasa naek,gaji tak naik2...
adeii...:(

Anonymous,  February 21, 2011 at 6:11 AM  

akhirnya kena amalkan regim kewangan yang ketat. baru boleh berjimat. ianya sesuatu yang sukar dibuat

Admin P@P February 21, 2011 at 7:57 AM  

Assalamualaikum.
Ada sesetengah tandas di 'supermarket' mengenakan caj RM1 sekali guna... Kalau dalam kecemasan terpaksa guna juga.

Duit bukan segalanya. Tiada duit tak boleh nak buat apa-apa...

TQ

sahromnasrudin February 21, 2011 at 10:24 AM  

assalamualaikum..

sy setuju dengan komen cik shinju..itulah pelaburan yg paling berbaloi

Prince Halilintar February 21, 2011 at 11:14 AM  

memang prince bersetuju dgn tajuk entri tuan blog..rasenya kite kene bijak utk menguruskan kewangan kite..mgkn kite patut wat investment yg berbaloi utk mase hadapan..

gadisBunga™ February 21, 2011 at 11:33 AM  

salam singgah...

layan jugak baca entri ni. sekarang ni sebenarnya kalau diikutkan kenaikan kos sara hidup tu dah tak boleh dielakkan lagi. ditambah pulak dengan faktor politik, ekonomi dunia, bla bla bla.

tapi, ini juga waktu yang bagus untuk kita tengok balik cara hidup kita selama ni. kalau ada yang pincang, boleh la diubah. paling penting perbincangan dengan keluarga masing-masing supaya boleh capai kata sepakat.

just my 2 cents. :)

ahmad humairi February 21, 2011 at 12:22 PM  

assalamualaikum,

biasa isi minyak RM30....macam biasa je rasanya.....tapi cepat habis...kena isi lagiiii.....haaaaiiiiihhhhh!

Dr K February 21, 2011 at 12:30 PM  

-anda boleh gunakan skill anda sebagai guru dgn buat kelas tusyen.

-pedulikan kata2 org/halangan birokrasi tentang guru buat kelas tusyen, sebab bukan mereka yang nak bayar segala macam bil anda. Asalkan kerja hakiki tidak terabai.

-secara serius, jurang yang miskin VS kaya di Malaysia mmg makin besar. Kalau tiada tindakan drastik dibuat, lagi 10-15 tahun, Malaysia sama macam India/Indon. Yang kaya, sangat kaya, dan yang miskin, betul2 papa kedana.

Kakzakie Purvit February 21, 2011 at 1:41 PM  

Kalau hati, mati
ikut rasa, binasa
ikut sedap, bengkrap
ikut ikut, lagilah maut

baik kena ukur dan bertindak segera meilhat situasi negara kita kini. Keperluan asas tak boleh bertangguh jika mampu. Kalau boleh bila usia menginjak 35 hutang rumah tak ada lagi.

Miss AZ February 21, 2011 at 2:02 PM  

setujuuuuu,,
takda duit mmg taleh idup lah..
skrg ni semua pun nk guna duit..

Nur February 21, 2011 at 2:18 PM  

Jimat. Masak di rumah. Satu hari, masak satu lauk je. Keluar hanya bila perlu, yakni bila barang keperluan anak dah habis. Simpan wang di bank. Doa dan usaha. (cara saya, cikgu).
Setuju idea Daddy Ziyyad. Boleh mengajar di pusat tuisyen lepas waktu sekolah. Mungkin cuma masa dengan keluarga terpaksa dikurangkan.

KUREKURE COMEL February 21, 2011 at 4:29 PM  

betul sgt2....beli rumah cepat2 tau...harganya mmg naik gle2...

pd hal mina tgk rumah makin kecik je...huhuhu...


tanpa wang kdg2 blh smpai gaduh2...
so bersederhanalah dlm berbelanja...

wahida February 21, 2011 at 4:35 PM  

betul tu...semakin hari nilai wang kita semakin mengecil...huhuhu...

chia-chia fashion. February 21, 2011 at 5:25 PM  

kat tempat saya lagi parah harga rumah sama keluasanya.
thn 2009 rm 212k
thb 2010 rm 380k
thn 2011 rm 410k
thn ni tak dah rumah harga ni lagi
semua harga rm 400k ke atas..kan gila tu..
yg miskin makin merempat..
yg kaya makin berlagak..

hazari. February 21, 2011 at 6:54 PM  

wang bukan segalanya. tapi kalau tak ade wang, tak ade la segalanya

Miecyber February 21, 2011 at 9:38 PM  

Wang ...wang ... waangg...wangg..
segalanya wangg.....

236 pulau di Malaysia belum ada nama

Cekwa February 21, 2011 at 10:59 PM  

Begitulah yak, kalau nak bezakan perbelanjaan dulu dgn sekarang jauh bezanya..begitu jugek gaji, 20tahun lalu gaji pokok kerani cuma RM295.00 tapi sekarang dah RM800 lebih, tambah elaun gi la 4 angka....tapi kehidupan masih sama hehe...

NzA February 22, 2011 at 8:53 AM  

nk buang air kt tanda awam pn kena guna wang......

Kak Mahh February 22, 2011 at 8:37 PM  

Itulah masalah akak WANG bukan SEGALAnya...TAPI...akak nak pergi jalan kena ada WANG.Kasih-sayang pun tak dapat diBELI dengan WANG.BETUL tak?

Afzainizam February 22, 2011 at 8:43 PM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memang WANG tidak dapat memberi jaminan kebahagiaan tetapi jika anda ada WANG dan pandai menguruskan WANG, maka WANG akan menjadi alat yang sangat berguna untuk hidup di dunia dan akhirat samada untuk keluarga atau membantu orang lain

Unknown February 22, 2011 at 10:19 PM  

salam, nilai wang makin kecil tapi nilai barang makin besar...

sud@is February 22, 2011 at 11:25 PM  

Kita haruslah sedar yang wang bukanlah segala-galanya

tapi hidup harus memerlukan wang..

janganlah kita terlalu menjadi hamba wang....

apdm February 23, 2011 at 6:09 PM  

salam

betul wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini, tapi tanpa wang semua benda tak dapat dilakukan..huhu

whitecappuccino February 24, 2011 at 11:44 PM  

Wang adalah segalanya sekarang..takde wang mati kutu laa!

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP