Sahabat Tanpa Suara

Salam Maulidur Rasul

Monday, February 14, 2011


Daripada kita sibuk membicarakan tentang hari Valentine yang Ja***am itu lebih baik kita bercerita tentang hari yang sebenar-benarnya yang patut disambut oleh sekelian umat Islam. Ya, esok merupakan hari kelahiran Kekasih Allah, manusia agung yang membawa rahmat kepada sekelian alam, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Sebagai tanda memperingatinya, aku nak petik khutbah terakhir Baginda, pesanan kepada KITA SEMUA, umatnya yang amat dikasihinya...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Meremang bulu roma aku bila mendengar petikan khutbah ini di Astro Oasis... Sememangnya melalui khutbah tersebut Nabi telah meninggalkan kita dengan pesanan yang cukup lengkap... Sesungguhnya Bagindalah Kekasih Allah dan Bagindalah sepatutnya manusia yang kita raikan... We Love Muhammad...

P/S: Aku mengimpikan ISLAM yang kembali menerajui dunia, menewaskan semua musuh-musuh Allah... Setiap hidupan di bumi tunduk kepada kekuasaannya. Setiap insan di dunia menerimanya sebagai Ad-Din dan cara hidup... Gambar dari GENERASI PROTAZ.

28 comments:

Solihin Zubir February 14, 2011 at 10:52 PM  

Salam Maulidur Rasul 1432H!
Sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi kita SAW..
moga2 beroleh syafaat di akhirat kelak.. InsyaAllah...

aza ni February 14, 2011 at 10:58 PM  

Salam maulidurrasul..sham

IMANSHAH February 14, 2011 at 11:22 PM  

salam maulidur rasul buat sham sekeluarga

Sham February 14, 2011 at 11:33 PM  

Lily,n@m@n,WC:salam maulid untuk anda semua juga...sayangi rasul,moga baginda menyanyangi kia juga...

Sham February 14, 2011 at 11:34 PM  

solihin:Bagindalah harapan kita untuk 'memberatkan' neraca pengadilan kelak...

Sham February 14, 2011 at 11:35 PM  

azani:untuk anda dan keluarga anda juga...

Sham February 14, 2011 at 11:36 PM  

imanshah:untuk demo dan anak2 murid demo jugo...

sekadar satu coretan February 14, 2011 at 11:45 PM  

Salam maulidurrasul..& selamat bercuti...

Prince Halilintar February 14, 2011 at 11:58 PM  

semoga kite same2 dpt mengikut sunnah Rasulullah s.a.w..dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi s.a.w

Sham February 15, 2011 at 12:05 AM  

ainnoraini:selamat juga untuk anda sekeluarga...

Sham February 15, 2011 at 12:06 AM  

prince:ye banyakkan selawat moga mendapat syafaatnya di akhirat kelak...

zulkbo February 15, 2011 at 12:23 AM  

Ya nabi salam alaika
Salam Sham..
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka

Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Sham February 15, 2011 at 12:42 AM  

zulkbo:tiap2 jumaat dengor tu...moga Nabi ingat kat kita di 'sana' kelak...

Nizam Awang Brahim February 15, 2011 at 2:47 AM  

Marilah kite memperbanyokkan berselawat keatas junjungan nabi kite Muhammad S.A.W

zul permatang badak February 15, 2011 at 7:29 AM  

mengingati...memperkasa.. perjuangan.. nabi kita Muhammad S .A .W....BANYAKKAN SELAWAT..

Sham February 15, 2011 at 7:32 AM  

JD:iye...moge kita dikurniakan syafaatnya diakhirat kelak...

Sham February 15, 2011 at 7:34 AM  

zul:siapa lagi kita nak sanjung/banggakan kalau bukan penghulu ulung kita kan...

ummu February 15, 2011 at 9:31 AM  

assalamualaikum Sham
selamat menyambut maulidur rasul
hari ini hari bermakna
tarikh kelahiran dan kewafatan rasul
alhamdulillah kita menjadi ummatnya

terima kasih atas entry yang menyentuh kalbu.sekian wassalam

hentian February 15, 2011 at 10:27 AM  

tv sibuk promosi maulid nabi. polis sibuk serbu hotel dan taman hiburan.

huuu...

Sham February 15, 2011 at 11:19 AM  

w'salam ummu...

bersyukur sangatlah kita berpeluang menjadi ummatnya...

Sham February 15, 2011 at 11:20 AM  

IM:sebab itulah sampai menjelang wafatnya pun baginda masih risaukan kita...

Nur February 15, 2011 at 12:09 PM  

Salam Maulidur Rasul.
Mana-mana yang terbabas tu, kembali lah pada jalan yang benar. Sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan amalan kita.

arzmoha January 24, 2015 at 8:45 AM  

Salam sham. saya singgah sini.

Salam maulidur rasul.
Sebelum Islam kembali berkuasa. kita sebagai orang islam perlu perbaiki diri masing-masing dengna mengambil contoh bagaimana para sahabat Nabi dalam kejayaan menyebarkan Islam bersama Rasulullah S.A.W. Taat setia mereka, kahlak mereka. Dan paling baik kembali mengimarahkan masjid-masjid

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP