Korban Cinta
Sunday, January 30, 2011
Kerana Cinta aku menikahi mama'nya'...
Kerana Cinta 'dia' dilahirkan, dan...
Kerana Cinta pada'nya' juga, kambing ini terkorban...
Itulah kisah cinta aku pada anakku Iffahani Iman Nur...
Sebenarnya pagi tadi telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Iffahani (gambar, sebelah kiri) dan Aqiesa (gambar, sebelah kanan). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun hujan turun tak henti-henti. Cuma kejap renyai kejap lebat. Majlis tersebut aku JV dengan kak Ngah aku (ibu Aqiesa), jadi 2 kambing yang terkorban semalam petang...
"Saya dengan ini mewakilkan pakcik untuk menyembelih kambing ini bagi tujuan aqiqah anak saya Iffahani Iman Nur Binti Norhaniza."
Termetri akad antara aku dengan penyembelih kambing tersebut. Tercapai niat aku bersama isteriku untuk melaksanakan aqiqah untuk anak kedua kami ini. Sebagaimana hadis Nabi yang menceritakan berkenaan aqiqah ini:
“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lakukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)
Insyallah entry akan datang cerita detail berkenaan majlis tersebut...
26 comments:
Cikgu Tie nak tunggu N3 akan datang.
aku dah qiqah ke belum sham??lupa
ala...comeynye...mcm kembar la pulakk..
alhamdulilah...semuanye berjln lancar kenduri tu ....
cikgu tie:Insyallah coming soon...
shah:aku pun lupa daa...eh mana aku tau...
ainnoraini:Alhamdulillah...walaupun dalam hujan tapi boleh tahan meriah...
Salam. Tahniah dah selesai tanggungjawab pada sang puteri tercinta.
Moga dirahmati Allah.
TQ
Assalamualaikum Sham
Insyaallah
cikgu telah hidupkan Sunah
moga diberkati dan diterima amalan itu
Wassalam
wah comel both baby
admin:selesai sudah...tq...
w,salam atuk...
moga2 begitulah atuk...trimas...
sam:comel tu diwarisi dari sebelah bapa...kui kui...
comey! ingatkan kembar
WC:ramai gak ingat kembar tadi...lahir selang sebulan...
hu.. sedap makan gulai kambing tu..
selamat dah... moga diberkati allah hidupnya kelak
IM:peminat kambing gak ke...?
cemomoi:begitulah harapannya...trimas...
mcm kembar je cikgu..
hehe..sepupu yer?
betul3..
moga btambah lg rezekinya..
moga jd anak yg solehah..
:)
Semoga menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya...
Hehe..semuanya kerana cinta yea. Selamat berbahgie..semoga diberkati
Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri
Comelnya baby tu....
Tips membuat link semasa mengomen entri
Salam Sham,
Kakak ingatkan sham dapat anak kembar. Baju sama tu yg macam sama. Tahniah moga diterima Allah ibadah Aqiqah itu. Amin....
Alhamdulillah,dah selesai perkara yang menjadi sunat yang dituntut dalam perjalanan seorang hamba.
salam petang selasa =)
tomey sangat baby tu,,,baju pun comey jugak =)
Salam Sham
Suma baby mmg come
Sayang dang dah pencen
daging kambing tu masak apa?
hmm..teringin la pulak sup lamb chop!
Post a Comment