Budak Hilang
Saturday, January 15, 2011
Baru lepas join GA sekarang nak buat kerja-kerja kebajikan sikit. Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang. Adam Shah namanya. Comel budaknya, simpati aku untuk parent dia. Doa aku juga adik Adam dapat ditemui segera. Kepada rakan-rakan blogger tolong-tolong sebarkankan berita ini di kalangan kita. Moga usaha ini dapat membantu.
P/S: Aku pernah 'kehilangan' Shahmin buat seketika di kompleks membeli belah di Kuala Lumpur tak lama dulu. Tapi Alhamdulillah sangat-sangat, aku jumpa balik. Memang berderau darah aku masa tu. Rasa nak pitam pun ada. Budak-budak sedang lasak macam ni memang tak boleh leka walau sekejap mana pun. Harus diperhati setiap saat dan minit. Lebih-lebih lagi di tempat yang crowded. Ini peringatan untuk diri aku sendiri dan ibu bapa di luar sana. Anak kita adalah tanggung jawab kita...
13 comments:
kesian budak ni
Assalamualaikum Sham
sama2 kita berdoa agar dia kembali ke pangkuan ibu bapanya dgn selamat
Wassalam
sama2 kita doa moga dia selamat la ye fiq...
w'salam atuk...
ye tuk, sama2 kita doa...
Same2 la kite berdoa agar ia selamat kembali kepangkuan keluarge.
Salam 'follow'...
Saya juga pernah kehilangan anak lelaki (4 tahun waktu tu) di Zoo Taiping. Selama 45 minit, seluruh pintu masuk zoo dikawal rapi dan pekerja-pekerja zoo bertebaran mencari. Luluhnya hati Ya Allah...
Dah jumpa baru menangis...
masih berbleluasa budak hilang...
ibu bapa yang membawa anak2 keshopping komplek, atau ketaman mainan perlulah berhati2.........
Kesiannya parent dia..hurm
Semoga semuanya selamat..
Mujor tak Iman Shah yang hilang..kalau tak seluruh dunia blog akan tulis entri ni..hurm..jangan marah syam aku menguraukan diri sahaja
sedih jadi ibubapa budak ni..budak ni juga tentu takut sangat2.
salam, semoga cepatlah jumpa budak yg cute ni...serta ibubapa banyak2 bersabar...
mari la kiter sama2 doa agar adam kembali ke pangkuan keluarganya...sian sangat kat keluarga adam...
singgah time line tak elok
moga sihat sokmo
mak pernah pesan....
Pegang anak kuat2..biar sampai putus tangan tp JANGAN hilang anak tu.......
Biar dia menangis jangan kita yang menangis....
Post a Comment