Sahabat Tanpa Suara

Birthday Orang Tua

Sunday, January 16, 2011


Semalam rumah di Chamang ni full house... Tiket sold out, semua anak beranak ada. Tujuan berkumpul nak celebrate birthday orang tua kami. Bukan celebrate besar-besaran pun. Berkumpul anak-beranak je. Kak Ngah dari Putrajaya bawa balik marinate untuk bakar ayam dan ikan. Adik aku pulak nak sponsor kek. Jadilah ianya sambutan kami anak beranak...


Bulan Disember lepas genaplah usia bos aku 68 tahun. Tapi itu jika mengikut tarikh di IC. Sedangkan bos aku cerita masa dia buat IC tu dia dah boleh berlari dah. Biasalah orang dulu-dulu kan... Jadinya anggaran bos aku sekarang ni dah lebih 70 dah kot. Paling tak pun 72 or 73. Alhamdulillah secara fizikal aku tengok sihat lagi, kecuali jika gout menyerang. 2, 3 harilah menyeringai je dia menahan sakit. Selain gout, kencing manis, darah tinggi semua terkawal. Ops cuma satu, sejak kebelakangan ni aku perasan, dia punya sound system dah kureng daa... Kesian Abah, kenalah kami cakap kuat-kuat dengan dia sekarang. Hee jangan marah ye Bah...


Mem aku genap 61 tahun beberapa hari lepas. Muda lagi tak..? Tapi dari segi kesihatan memang agak merunsingkan. Selain 'bateri' dalam dada, Mak juga ada penyakit darah tinggi, sakit pinggang, lemah-lemah sendi dan paling membimbangkan, pesakit tegar kencing manis. Sekarang ni dia dah mengambil insulin secara berjadual. Cuma satu aku pelik mak aku ni, bila orang ramai di sekeliling dia, punyalah sihat. Memang beraksi dengan penuh lasak, di kenduri-kenduri ke, apa-apa keraian atau apa-apalah yang melibatkan orang ramai. Tapi bila balik rumah, duduk sorang-sorang, barulah datang sakit, melepek je... Mengikut dianogsis doktor tak bertauliah (kami adik beradiklah), mak kitorang ni mengidap sindrom penyakit loneliness tahap yang agak kronik. Kesian mak aku...


Berbalik pada cerita sambutan malam tadi. Makanan disediakan oleh chef Ateh, adik bongsu aku. Dibantu oleh assistant chef Aqel dan Adib, merangkap tukang sibuk nak membakar.


Sudah siap masak apa lagi, acara paling dinanti-nantikan: melantaklah... Paling best, proses membakar mengambil masa 2 jam lebih, tetapi acara makan selesai dalam masa 20 minit... Dasyat-dasyat...

Apa-apa pun happy besday untuk Abah dan Mak.. We all adik beradik sayang kalian berdua. Sayang tersangat-sangat. Jika diberi pilihan siapa yang diingini untuk menjadi ibu bapa kami di akhirat kelak, tetap kalian berdua yang menjadi pilihan... Moga kita menjadi keluarga sejati yang bahagia di dunia dan akhirat...

23 comments:

Unknown January 16, 2011 at 5:26 PM  

happy birthday to your mom and dad ..Semogap anjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..

Sham January 16, 2011 at 6:08 PM  

wan, tukar profile pic ke? hee tq...

Sham January 16, 2011 at 6:08 PM  

ya bro jo...toce toce...

ckLah @xiiinam January 16, 2011 at 6:33 PM  

Selamat ulang tahun untuk ibu dan bapa...bersama anak cucu yg membahagiakan...

Sham January 16, 2011 at 6:56 PM  

ckLah:bahagia bila depan mata...bila anak cucu balik rumah masing2, mereka pun berduka...

hysman January 16, 2011 at 7:03 PM  

owh umur kat ic n realiti lain yer?
takpelah umur itu cuma angka.. yg penting mak ayah en sham sehat..
happy birthday buat ibu danayah en sham.... ;)

Cik SHiNJU January 16, 2011 at 7:24 PM  

Salam...

Selamat Hari Lahir buat Boss & Mem aok yak...Semoga dikurniakan kesihatan yang baik,panjang umur dan dalam rahmat ALLAH sentiasa..Amin..
Paleh aok,doploh menet jek ngabihkan makanan..hebat2.. :P

hentian January 16, 2011 at 7:40 PM  

alahai.. teringat pulak nak buat birthday untuk mak IM. mau ke dia terima?

NzA January 16, 2011 at 8:33 PM  

walaupn simple ttp mampu membahgiakan org tua...slamat ulang thn makcik..moga sntiasa dirahmati Allah....

Idalara January 16, 2011 at 9:28 PM  

besar atau sederhana sambutan itu bukan jadi ukuran..yg penting mengingati dn meraikan adalah sesuatu yg paling bererti buat mereka..mudah2an kedua ayah ibu sham dipanjangkan usia diberi kesihatan yg baik dn berbahagia dunia akhirat..aminnn

Sham January 16, 2011 at 9:41 PM  

hysman:nak wat camana...masa tu japan attack malaya...hee

shinju:tau takpe...hebat-hebat adik bradik koi ni...

IM:buat jangan tak buat...mesti dia terharu punya...

Sham January 16, 2011 at 9:42 PM  

NzA:begitulah hendaknya...

Idalara:thats the point...tima kacih ler...moga doa semua rakan2 bloger diperkenankan...untuk orang tua kami...

atuk January 16, 2011 at 11:35 PM  

Assalamualaikum Sham

selamat hari ulang tahun untuk mereka berdua
moga berkekalan hingga ke Syurga

Wassalam

Afzainizam January 17, 2011 at 12:03 AM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oh ibu oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
oh ibu oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
Oh ibu oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
Oh ibu oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Abah
Doa ku untuk mu berdua
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

Surah Ibrahim 14:41

Selamat hari Jadi pada mu berdua.Insan istimewa ayah dan ibu..

apdm January 17, 2011 at 1:06 AM  

salam

semoga mereka diberikan kesihatan yang baik hingga akhirnya ...

ijatnuar87 January 17, 2011 at 1:35 AM  

hehehe...sronoknyer...perpom,hepi hari lahir...moga pjg umur byk rezki deh,hehehe

Nizam Awang Brahim January 17, 2011 at 7:37 AM  

Sesekali kala dapat kumpul gini riuh weh.Macam2 cerite ande.Makin bertamboh rase kaseh sayang keluarge.

Unknown January 17, 2011 at 1:06 PM  

selamat hari lahir kpd bos & mem bro..hrp dipanjangkan umur mereka & sihat2 selalu...amin...

Cikgu Tie January 17, 2011 at 3:41 PM  

Sebuah keluarga yang ku rasakan cukup bahagia.Cikgu Tie doakan semoga kebahagiaan yang dipamerkan ini akan terus berkekalan.Insyaallah......

Nur January 17, 2011 at 3:47 PM  

Yang kelakor tu, makan 20 minit dah habis. Bakar nya 2 jam. Hehhe... apa pun, memang best makan ramai-ramai satu family. Semoga ibubapa cikgu Sham sihat, panjang umur dan dirahmati Allah. Amin.

sud@is January 17, 2011 at 7:27 PM  

sementara orang tua masih ada jenguk lah sllu...

bukan wang ringgit yg dia mau...
tapi prihatin ank menntu....

aku yatim piatu..huhuhu....

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP