Melayu Kaya Memang Berlagak
Sunday, January 9, 2011
Whoops panas tajuk entry ni kan. Saje aku nak bakar line... Tadi aku ada terbaca entry berkenaan Melayu Terkaya di Malaysia. Aku rasa semua dah tau kan. Siapa lagi kalau bukan beliau. Tapi entry aku ni bukan berkenaan beliau. Takde kena mengena pun actually. Cuma bila aku terbaca berkenaan melayu-melayu kaya ni teringat pulak aku kejadian semalam ketika aku makan di kedai.
Sedang aku makan, berhenti sebiji BMW hitam. 3 series je. Bukan yang latest pun. Aku kenal tuannya cuma mungkin dia tak kenal aku. Mamat ni ada kedai handphone. Kaya la kot. Yang aku tak tahannya cara dia pandang orang tu semacam. Bila bertentang mata dengan aku, aku ingat nak angkat kepala la, aku ni kadang-kadang terperamah pulak, orang tak kenal pun nak tegur. Apa reaksi dia? Dia boleh berpaling dengan meninggalkan ekor mata. Korang faham tak, kira cara dia pandang aku tu sambil dalam hati cakap:"bolayanla"...
Wahhh menyirap pulak aku. Tapi sabar jelah, takkan aku nak pergi tendang dia pulak. Tak pasal-pasal tidur lokap pulak aku nanti. Cuma dalam hati aku terkilan, baru ada kedai handphone sebiji (atau mungkin berbiji-biji), pakai BMW second hand dah pandang orang macam tu...
Ni kisah aku masa muda-muda dulu. Aku masih ingat sampai hari ini. Awal tahun 1990an ketika menunggu keputusan SPM aku bekerja di stesen minyak Esso. Nak cari duit poket. Aku bukan dilahirkan sebagai anak orang kaya-kaya. Memang dari kecil aku dah diajar, nak duit poket lebih pandai-pandailah cari sendiri. Berbalik kisah aku di stesen minyak tadi, di suatu pagi Isnin yang hening (aku ingat hari Isnin kerana pagi Isnin biasanya merupakan pagi yang paling sibuk), datang sebiji kereta baik punya besar. Jenis kereta apa aku tak ingat, memang aku tak kenal jenis apa pun masa tu. Bawa laju, brek emergency depan tandas. Keluar seorang lelaki, tua tak tua , muda tak muda. tapi memang tak hensem.
"Oi, mari sini kejap" Sambil mencekak pinggang melambai ke arah aku.
Wah di'oi'nya aje aku. Takpe, masa tu budak lagi pun. Takla terasa sangat.
"Ada apa bang?"
"Ei ko tolong bersihkan dalam kereta ni. Aku nak kencing ni. Kang aku bagi upah."
Meluru dia ke tandas. Baru aku nak buka pintu belakang tiba-tiba keluar awek dari dalam kereta. Baya-baya lelaki tadi je. Boleh tahan gak, boleh tahan seksi. Gaya memang urban gak la. Tanpa memandang aku pun, dia sama mencicit ke tandas.
Aku jengah ke dalam kereta. O mak ai selambak muntah kat kusyen. Patut dari tadi aku bau semacam. Aku budget diorang 2 ekor ni mesti balik dari clubing ke apa ni. Dah mabuk sampai muntah-muntah dalam kereta. Aku tak ingat kenapa aku buat assumtion sebegitu masa tu tapi aku yakin memang 2 ekor tu kaki mabuk. Aku tak layan mamat tu. Apa aku buat, aku suruh 'junior' aku kat stesen tu pergi ke situ. Aku kata padanya orang tu minta tolong buat kerja dan dia nak bagi upah. Member aku ni sanggup buat, kerana upahnya memang lumayan, RM50. Wo RM50 masa tu boleh buat macam-macam wo. Dunhill 20 baru RM 2 lebih je. Gaji aku masa tu pun baru RM15 sehari...
Itu kisah lama, tapi sejak dari itu banyak juga kejadian-kejadian yang aku jumpa membabitkan kebelagakkan orang-orang kaya ni. Sebenarnya tak kira Melayu ke Cina ke India ke. Memang ada yang berlagak. Dalam masa sama aku tak nafikan ada juga yang biasa je. Yang sedar, kekayaan bukan bermakna dia lebih baik dari orang lain. Lebih-lebih lagi, mereka sedar kekayaan sebenarnya tak memberi apa-apa makna kerana manusia diukur darjatnya bukan berdasarkan kekayaan, tetapi berdasarkan ketaqwaannya kepada yang MAHA Esa...
P/s: Siapa tak nak kaya weh... Selalu juga aku berdoa semoga diberi kekayaan tetapi janganlah kekayaan yang melalaikan. Biarlah kekayaan yang mampu aku jadikan sebagai 'alat' untuk kehidupan yang lebih baik di dunia lebih-lebih lagi akhirat.
11 comments:
Jadilah Melayu yang kaya hati budi dan harta sekali..
dan kekayaan yang boleh memanafaatkan kepada orang lain....
boleh kot berangan macam ni......
suka hatii tgk ramai melayu yg kaya raya..
ingat..bila sham dah kaya raya jgn dok igt nak taja artis plk...
biarlah kaya budi bahasa dari kaya harta benda...kang tak pasal2 jadik mangsa pembunuhan cam orang kaya tu...
Orang yang kaye dengan harte adalah miskin dengan budi bahase.Bukan semua tapi kebanyakkan begitu.
peduli le..aku kaya apa..kaya budi bahasa
mungkin melayu dah memang macam tuh...
selalunya orang2 yang berlagak ni jenis "baru" nak kaya...
huhuhuh...
mintak dijauhkan lah drpd perangai gitu...
tak semua camtu.. tapi mmg ada yg camtu.. :D
kuman "Tornado DAH SIAP!!." Entry
Saya pun pernah alami. Pasangan tok dan nenek ni, makan di kedai mee udang, bersama cucu 2 orang. Cucu-cucunya pakai baju budak branded, Oshkosh, la macam tu, memang nampak smart. Budak tu pergi dekat dengan anak saya, nak berkawan. Toknya boleh cakap, "jangan kawan budak comot tu" Bayangkan la perasaaan kami bila anak dikata macam tu. Boleh blah la dengan orang macam ni. Kalau kaya sangat, nape makan kat restoran mee udang. Pi la makan kat hotel. Menyampah.
Selalu yang sengal macam tue baru jadik kaya... baru kenal duit banyak... kalau yang dah lama kaya tak macam tue... kira kejutan budaya la katakan... ape2 pun anggap la tue semua sebagai ikhtibar untuk kita nile kaya.. hehehehe
Tak semua orang kaya gitu...
tapi cam stendet gak la kalau gaye deme tu cam tu...men "jeling" je ekk....Hampehhh.
Post a Comment