Aku Tak Gay. Aku Tak Ok...
Friday, January 7, 2011
Hari ini aku bercadang nak usha-usha blog member je. Tak terfikir lagi nak buat entry pasal apa. Tiba-tiba terdetik dihati aku nak intai sikit perkembangan sebuah blog yang menimbulkan kontroversi berkaitan 'saya gay saya ok' baru-baru ini(tak perlulah aku bagi backlink ke site tu ye...). Memang betul rakaman tersebut telah diturunkan dari site tersebut. Kononnya atas sebab-sebab keselamatan si pengaku tersebut. Baguslah, takut juga aku kalau rakaman tu still ada, mamat tu akan mati dengan tragisnya. Maklumlah rakyat Malaysia ni kan fanatik dan berfikiran kolot... Ganas, kejam dan barbarik... Berapa ramai dah agaknya orang mati dibunuh di Malaysia disebabkan kes pengakuan macam tu kan...? Tapi apa-apa pun memang bagus sangat rakaman itu diturunkan, seeloknya semua rakaman-rakaman di dalam site tersebut dibuang juga. Dan lebih baik lagi site tersebut didelete terus.
Aku tak bercadang nak mengulas panjang berkenaan isu rakaman, sebaliknya aku teringin nak ulas berkenaan ulasan-ulasan isu rakaman tersebut. Dalam pada ramai yang mengutuk, mengeji, mencerca, mengancam bunuh dan sebagainya, tak kurang juga yang memuji keberanian pengaku, mengucapkan syabas, satu pengakuan yang jujur, tidak hipokrit bla bla bla... Kebanyakkan ulasan-ulasan positif ini dipetik dari blog-blog atau site yang ditulis dalam English. Sebaliknya, ulasan-ulasan yang negative dan bersifat menghina, mengancam dan seumpamanya adalah dari blog-blog atau site yang ditulis dalam bahasa Melayu. Makanya golongan yang memberi reaksi positif ini seolah-olah merasakan diri mereka di pihak yang urban, berfikiran terbuka dan boleh menerima sesuatu yang baru mengikut peredaran zaman. Sebaliknya pula bagi yang berpandangan negative dianggap kolot, tidak terbuka dan ketinggalan zaman.
Ingin aku jelaskan disini, aku sebenarnya turut tidak bersetuju dengan cacian, hinaan atau sebarang ancaman. Tetapi dalam masa yang sama aku juga sangat-sangat tidak setuju dengan golongan yang berpendapat: "itu merupakan hak dia..." atau pun "sekurang-kurangnya dia jujur..." atau pun "ada banyak lagi jenayah-jenayah lain diluar sana yang patut diambil berat..." dan lain-lain. Malah ada pulak yang bersimpati dengan mengatakan:"bukan dia minta dijadikan begitu...". Ada pula berkata "cuba bayangkan anda berada ditempatnya..."
Bagi aku perkara sebegini harus dinilai dari satu sudut sahaja iaitu sudut AGAMA. Jangan fikir tentang hak asasi, jangan fikir tentang kejujuran, jangan diungkit tentang nasib malang, bukan pintanya atau seumpamanya. Kerana ISLAM telah merangkumi semuanya. ISLAM mempunyai penyelesaian kepada semuanya dan yang pasti ISLAM itu ADIL...
Aku bukan alim ulama tetapi pasti kita biasa mendengar:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
Segala yang baik adalah dari ALLAH dan segala yang buruk adalah dari kelemahan kita sebagai manusia. Kembali kepadaNya untuk mendapat jalan penyelesaian. Kepada saudara 'pengaku' dan yang 'sekapal' dengannya, mengaku secara terbuka bukan cara penyelesaian. Menerima sahaja keadaan tersebut pasti akan lebih memburukkan keadaan. Carilah penyelesaian melalui ISLAM.
Kepada mereka-mereka yang kononnya berfikiran terbuka pula ingatlah pesan Nabi ini:
"Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." [riwayat Bukhari dan Muslim]
13 comments:
Salam..
Betul tu...
Daripada mghina dan mengugut baiklah
bagi idea cemane nak membendung gejala2 sosial camni..Sama2 cari jalan penyelesaian...
saya malas nak komen lebih2.. tuhan jadikan kita semua dengan dugaan yang berbeza..tujuan hanya satu,untuk sentiasa mengingati kekuasaan-Nya dan menjadi hamba yang terbaik dengan mengawal nafsu..Jadi,tiada sebab untuk kita tak berubah..Mulakan langkah perubahan sekarang walaupun dengan perubahan yang kecil sahaja
salam..
tak tahu kenapa..
bila tengok gambar
tu rasa nak penampo
je gay2 nih...he he
cik shinju:kita cuma mampu bagi idea...dan mereka juga perlu berusaha untuk melakukan perubahan..
rozuan:betul tu wan, jangan sesekali menyalahkan tuhan atas kekurangan diri kita...
zulkbo:menyirap je tengok kan...jangan negara kita sok ada acara gini sudah ler...
Amik tahu, tapio malas nak ulas
takutttt...
dah kembali ke zaman jahiliah ...
dah makin akhir zaman...huhuhu
maksiat akhir zaman bukan lagi dah tak malu tapi bermegah pulak
salam
dunia akhir zaman, bila nafsu menjadi Tuhan
nak nasihat tak salah,tp gunakan cara yang betul...nak lawan api xleh guna api,kena guna air...jadi paham2 sendiri la kan...
Yang Salah tetap Salah...Its Not Okay if said Okay..Okaay....
Siput mengeluarkan cahaya
dah banyak kes2 mcm nie ye cikgu..semuanya terpulang pada individu tersebut...
Post a Comment