Tragedi Pokok Getah
Monday, January 10, 2011
Sehari dua lepas pasti tempoh yang paling bahagia bagi penoreh dan pemilik kebun getah. Apatah lagi pemborong-pemborong getah. Mana taknya, harga bagi getah SMR20 mencatat kenaikan tertinggi dalam sejarah dengan harga mencecah lebih RM15 untuk 1 kilogram. Bagi pemilik kebun yang mempunyai kebun getah seluas 5 ekar, pendapatan sebulan mereka dianggarkan boleh mencecah sehingga RM5000-6000. Wah kayo pakcik...
Teringat aku kisah lama, masa tu teringin nak cari pendapatan sampingan. Tahun 2005 aku baru dipostingkan, jadi hujung tahun tu agak meriahlah dengan duit tunggakan gaji. Adalah dalam RM4000-5000. Kebetulan ada sorang member aku baru berhenti kerja offshore, ala kerja cari gali minyak kat laut tu. Katanya dia dah penat kerja kat laut dan sekarang dia bercadang nak berbudi pada tanah pulak. Buat permulaan ni dia cuba cari tanah getah untuk dipajak. Aku yang tengah bercuti masa tu mengikutlah dia. Habis seantero negeri kami jelajah. Dari Kuantan bawa ke Lipis. Masuk ke Bera sampai ke Muazam, takde rezeki kami. Nak jadi cerita last-last boleh terjumpa di Bentong jugak, kampung sendiri je.
Tanah seluas lebih kurang 15 ekar tu asalnya tanah getah tapi ingin dimajukan untuk kawasan perumahan. Sementara menunggu masa meratakan tanah, tuan pemaju nak pajakkan untuk menghabiskan sisa-sisa susu pokok getah dalam tu. dipendekkan cerita, melalui orang tengah (punca tragedi) yang kami baru kenali, maka bereslah kerja-kerja perbincangan. Proses seterusnya aku dan member aku ni pergilah mencari peralatan, menyediakan pondok pekerja dan mencari 3 orang mat indon untuk menoreh.
Dalam masa yang sama, aku terpaksa kembali ke Cameron Highlands kerana sekolah sudah dibuka. Maka aku serahkanlah sepenuhnya urusan getah tersebut kepada member aku ni. Eh lupa pulak nak cerita, duit tunggakan gaji aku tu habis semuanya aku leburkan untuk membayar pendahuluan duit pajak, beli peralatan, buat pondok pekerja dan upah mengambil indon 3 orang tu. Member aku pun mengeluarkan jumlah yang hampir sama.
Seminggu berlalu, kami mendapat hasil pertama jualan getah. Dapatlah duitnya tapi masih jauh lagi dari modal. Minggu kedua berjalan lancar. Minggu ketiga dan keempat langit masih cerah bagi kami. Masuk bulan kedua, member aku panggil aku balik.
"Bro kita dah terkenalah bro..."
"Apa cerita ni..?"
Alkisahnya 3 mat indon kami sudah dilarang masuk ke dalam kebun kerana sudah ada pekerja lain. Rupa-rupanya mamat orang tengah (yang aku mention sebagai punca tragedi tadi) dah buat hal. Dia dah ambil alih kerja kami. Malangnya kami tak mampu berbuat apa-apa kerana kami tiada "SURAT AGREEMENT". Satu-satunya surat agreement yang wujud adalah diantara orang tengah terbabit dengan tuan pemaju tanah. Waduh, kok gitu kesudahannya...
Moral of the story:
1. Tolong ambil tahu dan belajar dulu selok belok perniagaan sebelum menceburi sebarang bidang.
2. DTA = Dont trust anyone..!
P/S: Tanah tu sempat 'dikerjakan' hampir 3 tahun sebelum tuan pemaju memulakan kerja-kerja merata tanah dan membina rumah. Member aku sekarang masih meneruskan kerja-kerja dalam bidang plantation. Jadi freelancer je. Mamat orang tengah tu aku tak jumpa sampai sekarang, moga-moga 'selamat'lah ko...
16 comments:
Uihhh...jahatnye org tgh ter yak..
Makan duit haram..Sanggup aniaya orang...Dulu sebelum meninggal,arwah ayoh koi ade gek beli tanah n buat kebun getah + sawit..Katanye tggal utk anok cucu..Skrg ni mmg tgh kuor hasil tapi haram koi x pernoh jenguk..Harapkan anok agkat ayoh tlg uruskan...Kalau dia tipu,tertipu la kami..huhuh...
orang tengah slalu dianggap lintah darat
harga getah pon gitu juga bunyi mahal tapi bila tanya orang kampung takat 6 hengget lebih je
shinju:awok kena jenguk2 gak sekali-sekala tu...tp harap2 sedara awok tu jujurla orangnya...
cemomoi:betul tu...yang kayanya pemborong2 jugak...
saya sangat setuju dengan DTA tu...
sedangkan adik beradik pun boleh tipu menipu lg plak kita tak kenal...huhuhu
SZ:tula masa tu naif sangat...kan dah terkono...
Esok luse dia pulok buat dek orang...
Kau buat tanah padi aku..ada bran??
klu jumpa debik je sebijik
assalamualaikum..trime kasih singgah, beri komen dan folo blog sy..sy folo sdra kembali..semoga berkunjung semula ya..selamat berblogging
Kadang kasihan pada penoreh yg tertindas.. bukan senang nak menoreh tu.. penat..
ALL IN ONE
shah:mu gedebe takde orang berani punye...
redza:takcukup sebiji bro...berbiji2 baru puas hati.
sahrom:w'salam...insyallah...selagi terdaya berbloging...
nur:tau takpe...tapi orang yang menindas tu mana ada perasaan...
aduyai..dekat 10k tu....nak wat camner,tak der rejeki kan...memang teruk kalu berurusan dengan orang tengah nih...arwah tok pom terkena gak dulu,pajakkan bot penambang kat orang tengah nih,tengok2 bot ntah kemana,orang tengah tu ntah kemana...
Post a Comment