Sahabat Tanpa Suara

Cikgu Kena Pandai Berlakon...

Tuesday, January 18, 2011

Pesanan seorang pensyarah aku semasa di maktab:

"Untuk menjadi seorang guru yang baik, anda perlu menjadi seorang pelakon yang baik..."

Semua fahamkan? Bukanlah maksud dia yang guru itu perlu berlakon dalam iklan ke drama hatta filem ke... Agak buduhlah interpretation tu kan ;P...

Aku tak mengaku yang aku seorang guru yang hebat atau pun guru cemerlang (guru cool mungkin... ngee...) kerana sememangnya masih banyak kelemahan yang perlu aku baiki samada dalam kaedah P&P aku mahu pun kawalan kelas aku. Tapi harus aku akui yang aku bijak berlakon dengan pelajar-pelajar aku...

Contoh 1:

Hal ini biasa berlaku semasa aku mengajar Fizik Tingkatan 6 di sekolah lama. Pelajar Fizik Tingkatan 6 biasanya merupakan pelajar paling briliant dalam sesebuah sekolah. Dan ketika mengajar aku biasa diajukan soalan-soalan spontan dari mereka. Aku bukan pakar Fizik maka adalah ketikanya aku gagal mendapatkan jawapannya dalam masa yang singkat. Kebiasaannya aku akan menggunakan taktik:

"Bagus, an excellent question. I've been waiting for that kinda question. Since it is not a simple question, yet it need futher studies on it, I'll make that as your assignment. You need to prepare the answer and you all need to present it in front of the clas..."

Malam tu nak tak nak kenalah aku cari jawapannya sampai dapat...

Contoh 2:

ketika ditegur oleh pelajar jika melakukan kesalahan fakta atau rumus ketika sedang mengajar, jawapan yang biasa aku bagi:

"Laa, memang cikgu sengaja buat silap. Nak tengok kamu semua cakna ke tidak dengan pembelajaran hari ini. Bagus! Ini bermakna kamu semua menumpukan perhatian kepada pengajaran cikgu hari ini..."

Kuang kuang kuang...

Hari ini aku rasa lakonan aku berada pada tahap hampir sempurna. Aku berjaya 'menjinakkan' pelajar-pelajar bengkel aku. Fakta yang harus diakui oleh semua guru adalah kesukaran untuk mengawal kelas yang SEMUA pelajarnya adalah lelaki dan A dari PMR yang dikumpul dari mereka SEMUA adalah 0! Paham-pahamla kan... Itu yang aku hadapi dengan pelajar-pelajar kelas MPV tingkatan 4 aku ini. Aku perlu mengawal mereka selama 4 masa berturut-turut, iaitu selama 2 jam 40 minit. Minggu lepas mereka masih 'fresh' dan agak malu-malu serta bersifat pasif di dalam bengkel, tetapi minggu ini apabila sudah serasi sesama mereka, mulalah bermacam-macam perangai yang mereka tunjukkan. Hasilnya hari ini mereka semua tergamam dengan kegarangan bak seekor singa kelaparan yang aku tunjukkan! Chewah...

Kebetulan aku dah 2 minggu tak buang misai, dah lebat semacam. Aura sarjan misai meruap-ruap pada aku. Adalah 2, 3 orang yang tak bernasib baik (kerana duduk hampir dengan aku) mendapat 'ubat'...Har har... Aku tak risau dengan budak-budak macam ni, diorang ni memang kategori tahan lasak punya. Paling penting mereka tak pandai ambil hati, lebih-lebih lagi mereka sedar mereka yang menjadi punca kemarahan aku. Lagi pun aku ada masa 2 tahun dengan mereka. Ada banyak masa untuk aku ambil hati mereka balik. Saja, untuk awal perkenalan aku nak tunjuk 'ganas' sikit.

Habis mengamuk aku masuk bilik aku, tinggalkan diorang terkebil-kebil. Aku tersenyum sorang-sorang. Jumaat ini kita tengok apa reaksi mereka, dan watak apa pulak yang aku nak mainkan... Heh heh...


P/S: Suka dengan cikgu-cikgu yang punyai bakat dalam kelas. Boleh melawak, menghibur pelajar. Ada yang boleh bersajak, berpantun untuk menarik perhatian pelajar... Gifted teacher, indeed...

20 comments:

ckLah @xiiinam January 18, 2011 at 9:24 PM  

Hehehe...hari-hari berlakon. Memang kalah pelakon-pelakon popular tanah air.

...alamak, tak boleh pakai misai! Kenalah berlakon ala-ala bersifat keibuan.

Sham January 18, 2011 at 9:39 PM  

yap itulah sebaik-baik lakonan...dan biasanya cikgu2 yg bersifat keibuan ni betul2 ikhlas dari hati...

atuk January 18, 2011 at 9:46 PM  

Assalamualaikum Sham

saya tak pandai berlakun
makna tak boleh jadi cikgu ler

Wassalam

Sham January 18, 2011 at 10:08 PM  

w'salam atuk...

tak ler sampai gitu kot...hehehe..

Jo Qusary January 18, 2011 at 10:09 PM  

pengalaman bekerja sebagai peguam pd masa lalu memberi saya kebolehan utk berlakon sebagai cikgu...

owh, nak kena tambah misai nanti nie...

Sham January 18, 2011 at 10:33 PM  

tambah misai jo...baru nampak macho...macam aku..hak hak...

CETUSAN SEIKHLAS RASA January 18, 2011 at 11:25 PM  

Mendidik bukan tugas yang mudah... dan adakala amat mencabar kesabaran. Guru bukan saja seorang pelakon yang baik juga memikul pelbagai tanggunjawab lain... kerani, peguam, tukang kebun, polis, pegawai penyiasat, juruwang, along dan macam-macam lagi tapi segalanya kerana ingin mendidik generasi yang bakal memimpin negara kita kelak.... Tak begitu cikgu Sham?

caer sasuke January 18, 2011 at 11:28 PM  

insyaAllah caer juga bkal mnjadi bkal pndidik..future mualim..=)

MJ January 18, 2011 at 11:46 PM  

suka cikgu yang suka menutup kesalahan... hehe.. nanti mesti meriah kelas dgn tawa riang murid2... :) penah ada cikgu ada misai, adoi.. gelombang suara dia tersekat dicelah2 misai... nasihat saya, sila potong misai anda....hehehehe

sud@is January 19, 2011 at 12:39 AM  

huhu hebat cikgu pandai berlakon..
aku x pandai belakon, patut ar mintak cikgu x dapt

ijatnuar87 January 19, 2011 at 1:50 AM  

hehehe...pndai berlakon?memang pndai bab nih,hehehe...terutama skali berlakon marah2 dengan murid,pas murid takut,baru la leh wat lawak..takder la tensen sgt ngajo kelas camtu...hehehe

Syam Tajuddin January 19, 2011 at 7:52 AM  

Salam..
Setuju sgt cikgu Sham. Cikgu kena kreatif. Kalo x budak boring :)

Afzainizam January 19, 2011 at 7:58 AM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Woooo pecah embelang nii.... cekgu pelakon paling popular jatuh pada Cekgu besor syam.... aaaade kerrrr .... kena cover nanti kalau anak murid baca habis kecohhhh

Fieza79 January 19, 2011 at 9:22 AM  

setuju tu...

salam ziarah kembali..

LiLy @ MaMaQiStInA January 19, 2011 at 9:45 AM  

yup..setuju...

Thx yer..saya pon dh polo kembali.. :)

Kuasai Minda January 19, 2011 at 10:41 AM  

Salam En Sham...

Memang benar, pensyarah saya dulu pun pernah berpesan, untuk menjadi guru, perlu belajar utk menjadi seorang pelakon yang cemerlang terlebih dahulu...

Bab misai tu pun, setuju sesangat! Misai cikgu lelaki memang kekadang memainkan peranan untuk melenturkan buluh agar sudah sedikit keras!

sahromnasrudin January 19, 2011 at 11:54 AM  

assalamualaikum cikgu...guru memang sebuah pekerjaan yg mulia dan sungguh memberi manfaat kpd org lain..

dari sy (bukan seorang cikgu) hehehehe

Siti Hajar Masri January 19, 2011 at 12:02 PM  

tahu dah taktik tu..kadang2 ada cikgu yg x menjadilah lakonan dia..sbb skrg ni murid lebih pndai dr cikgu..

Unknown January 19, 2011 at 1:50 PM  

salam, betul tu cikgu...lakonan anda mantap sekali...

mak encik | SZ January 19, 2011 at 3:13 PM  

saya suka entry nih...
rasanya kerjaya pendidik ni apa2 jenis cikgu pun (cikgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, ipt etc) mmg kena pandai berlakon..ehehee...
siap ada trofi pelakon popular, pelakon komedi, pelakon garang etc...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP