Sahabat Tanpa Suara

Madu Itu Hempedu

Tuesday, January 11, 2011

Antara topik yang sering berlegar dikalangan lelaki yang menuju ke awalan middle ages; kalau bukan nak tambah rumah, tambah kereta, mungkin tambah anak atau paling hot tambah bini! Betul? Jangan nak kelentong. Ke ada problem? Hee... Tak, gurau sahaja. Aku pun sebenarnya tak pernah bercerita secara serius berkenaan perkara ini, cuma tumpang melibatkan diri dalam perbualan yang berkaitan adalah... Gila kau, tau dek orang rumah aku tak ke tido sofa aku malam nanti. Barulah kuang kuang kuang...

Masa minum pagi tadi aku ada terdengar cerita ni (hello cikgu lelaki pun bergosip ok ;P), alkisahnya seorang hamba Allah yang dikenali di sekolah aku kini dilanda masalah. Hamba Allah ni baru sahaja bernikah lagi seorang. Kalau diikutkan tak hilang lagi inai di jari si isteri kedua, tembelangnya pecah. Rupa-rupanya dia bernikah lagi satu tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama dan kini sudah kantoi. Maka nak berlaku perang dunia ketigalah di kampung tersebut. Yang si hamba Allah ni pun bukan aku nak kata kurang cerdik tapi kalau dah tau kahwin sorok-sorok, kenapa pulak nak bawa duduk sekampung. Sekarang kan dah naya diri sendiri.

Bercerita tentang poligami ni memang tak abis. Tanpa aku menafikan hak lelaki yang nak mengikut sunnah Nabi ni, aku secara peribadi sangat tidak bersetuju jika 'pertambahan' tersebut berlandaskan konsep 'touch n go' semata-mata. Maksudnya, kahwin lagi satu, buat anak. Rasa tak puas nak kahwin lagi, tambah lagi anak. Tanggung jawab pada si isteri dan anak? Ahh lantak korang... Aku bukan mereka-reka perkara ni (kaum lelaki jangan marah kat aku pulak ek...) tapi aku dah berjumpa dengan lelaki macam ni depan mata aku. Mak saudara aku dua orang yang hidup bermadu. Sungguh pun aku tak merasa tapi aku dapat melihat kesengsaraan mereka. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mujurlah semua sepupu-sepupu aku membesar juga menjadi orang. Dapat membiasakan diri berkongsi bapa. Aku berdoa moga mak-mak saudara aku mendapat payung emas di akhirat kelak...

Namun ada juga yang betul-betul berpoligami mengikut lunas Islam yang sebenar-benarnya. Lelaki 'hebat' macam ini pun aku pernah jumpa. Orangnya serba sederhana, usianya menjangkau setengah abad. Isteri ketiganya (yang terbaru) hampir sebaya dengan isteri aku, kalau tak pun lebih muda kerana dia menggelarkan isteri aku dengan panggilan akak. Anak pertamanya dengan isteri pertamanya sudah di menara gading. Anaknya yang paling kecil kini baru nak belajar merangkak. Fuh steadylah bro, bila lagi nak penuhkan kuota... Heee.

Aku pulak, setakat ni masih teramat bahagia dengan 'the one and only'. Terfikir mungkin pernah, tapi bila mengenangkan kemampuan diri, erm simpan ajelah... Pernah aku cuba bergurau dengan isteri aku berkenaan nak menambah-nambah ni. Apa aku dapat? Tu dia cubitan maut dicelah pinggang. O mak ai pedihnya menusuk sampai ke buah pinggang rasanya...

P/S: Hello aku bukan takut bini ok, cuma bini aku je yang kurang takut dengan aku...

34 comments:

whitecappuccino January 11, 2011 at 9:24 PM  

:) isu sensitif..nasib baik wife cubit jer tu..

Ayah Zain January 11, 2011 at 9:42 PM  

salam sham,

ma kasih ziarah blog CHHM.

Nice opic. I like.

Bohonglah kalau lelaki tak ada hati nak kahwin lebih dr satu kan? Cuma mahu ngan tidak jer.

tp az tetap setia ngan yang satu ni. buat apa nak cari pasalkan? apa orang kata, tak ada beban batu di galas.

Cik SHiNJU January 11, 2011 at 9:46 PM  

Kala koi jumpe bini aok koi nak ajor dia melastik...sok2 aok gurau gitu dia x cubit2 dah..terus lastik jer tuju tepat ke buoh pinggang aok..hahaha :P

Sham January 11, 2011 at 9:49 PM  

betul ayahzain...setuju dengan pendapat 'orang lam'...

Sham January 11, 2011 at 9:50 PM  

awok jangan buat pasai shinju...nayalah koi...skang ni pun doh tak tertahan doh...

IMANSHAH January 11, 2011 at 9:56 PM  

Aku lagi parah, satu pun tak lekat

ikan emas January 11, 2011 at 9:59 PM  

cerita dan isu yang paling tak suka didengar..

hah..
yg bini muda tu kenapa tetak madu awak..kenapa tak tetak laki awak aje ???

wah ! nada marah ni!

Sham January 11, 2011 at 10:14 PM  

shah mu kena try mandi bunga kot...hee..ke mu tu memilih sangat..?

Sham January 11, 2011 at 10:16 PM  

sabar ikan emas...pelihara martabat kaum wanita...hee

apdm January 11, 2011 at 10:32 PM  

salam

masu itu manis jika diletakkan di tempat yang betul.percayalah..

a loqman January 11, 2011 at 10:44 PM  

ibu saya pernah bermadu...dan tahu kisah asam garam hidup bermadu

Sham January 11, 2011 at 10:46 PM  

betul cik syira,kalu tidak takkan tuhan izinkan.tapi hanya insan terpilih saja yang layak...

Sham January 11, 2011 at 10:48 PM  

Kalau bapa berlaku adil,alhamdulilah orang kampung...doakan ibu dapat payung emas jugak...:)

Nizam Awang Brahim January 11, 2011 at 11:06 PM  

Jage2.Ketam batu sudah mari...Haha...

one2paii January 11, 2011 at 11:24 PM  

betul tuh..gua pun xla bersetuju sgt..kalo adil xpe la gak ,nie idok,dah kawin,anak bersepah2..pehtu mula la isu sosial berserak-serakkan..cis..

atuk January 11, 2011 at 11:25 PM  

Assalamualaikum Sham

Alai haaa..macam mana nak cakap yerrr
takut kena cubit...he he

Wassalam

Hairun Azmi January 11, 2011 at 11:26 PM  

Nasib baik buah pinggang demer tak tercabut keluar...

Payung LED

Sham January 11, 2011 at 11:30 PM  

haha JD...ketam batu haha..

Sham January 11, 2011 at 11:35 PM  

paii lu memang rocker yang mengambil berat isu sosial.wa caya lu beb...

Sham January 11, 2011 at 11:36 PM  

w'salam atuk...

nak buat macamana. dah nasib badan...:)

Sham January 11, 2011 at 11:46 PM  

setakat ni kome mampu bertahan lagi la mie...ha ha..

Kuasai Minda January 12, 2011 at 5:35 AM  

Setuju dengan pendapat saudara Sham...
Memang lelaki akan rasa mau tambah.
Tetapi lelaki berilmu, tidak akan tambah ikut suka hati saja. Pasti banyak yang perlu difikirkan.

Yang paling utama, pastikan ekonomi betul2 stabil untuk menampung belanja rumah kedua, ketiga dan keempat, tanpa perlu mengurangkan bajet rumah pertama.


Yang kedua, pastikan dapat sentiasa berlaku adil dengan semua...

Masa belajar dulu, ustazku pernah berpesan, 'kamu semua bila dah berjaya nanti pastikan berpoligami!'

Tu dia, apa lagi nak dikata?
Apapun, menurut beliau, pastikan berpoligami dengan janda! Kerana tugas lelaki adalah untuk membela wanita. Zaman Rasulullah dulu memang berpoligami sebab nak bela janda yang kematian suami dalam peperangan, atau jika kahwin dengan gadis sekalipun adalah gadis yang sudah kehilangan semua ahli keluarganya dalam perang hingga tiada lagi tempat bergantung hidup.

Apa macam, ada yang sanggup sahut cabaran kahwin dengan janda? Dapat isteri baru + 3 orang anak percuma untuk disara....

rafina mimi abdullah January 12, 2011 at 7:59 AM  

abang saya hidup berpoligami dlm satu bumbung (satu rumah la..) kedua2 kakak ipar saya sangat rapat..dia berpoligami kerana kakak ipar pertama saya tidak dapat mengandung kerana faktor kesihatan yg tidak mengizinkan..dia memberi kebenaran utk abang saya menambah lagi satu cawangan..itupun setelah mereka mendirikan rumahtangga hampir 17 tahun dan tidak mendapat zuriat..kakak ipar saya yg kedua baru berumur 21 tahun..kini mereka di kurniakan seorang baby lelaki..alhamdulillah mereka berempat bahagia..kalau di ikutkan kakak ipar saya yg kedua tu nak tinggal berasingan tapi kakak ipar saya yg pertama tak benarkan..dia minta tinggal bersama kerana terlalu sayangkan anak yg baru saja madunya melahirkan..mana nak cari ppuan seperti kakak ipar saya yg pertama tu??hatinya suci dan tulus..payung emas untuk beliau insyaallah.. :)

Hanis MY January 12, 2011 at 10:44 AM  

Wahh tajuk hot ni hott, hehe terimakasih sudi follow sy, dah folo balik, kebanyakan perempuan mana tak sanggup berkongsi kasih, hanya insan terpilih sahaja yang layak...

Sham January 12, 2011 at 12:03 PM  

yeah siap berani sahut cabaran kuasai minda...?

Sham January 12, 2011 at 12:04 PM  

rafina, mungkin itulah poligami sebenar yang diunjurkan oleh islam kan...

Sham January 12, 2011 at 12:05 PM  

hanis, sebab itulah mereka dapat payung emas kan...yang terpilih sahaja tau...

Mohamad January 12, 2011 at 2:13 PM  

Salam ziarah sham..
Madu itu manis tetapi racun kepada wanita. Jika ditanya memang tak ada yang sanggup berkongsi kasih. Jika perempuan dapat kahwin lebih pun.. tak ada lelaki yang sanggup...

Namun apakan daya, memang itu diizinkan oleh agama. Namun tepuk dada tanya boleh berlaku adil atau tidak... jika rasa2 banyak masalah, cukuplah setia pada yang satu...

MY HEART January 12, 2011 at 3:53 PM  

Poligami?

isu yang paling sensitif...

salam kenal ^_^

Sham January 12, 2011 at 4:11 PM  

tapi cikgu mad, ada orang tu setia pada yang 4...heee

Sham January 12, 2011 at 4:12 PM  

salam kenal annie...

kalau tak sensitif takkanla saya kena cubitan maut..huhu

ijatnuar87 January 12, 2011 at 5:18 PM  

hehehhe...cikgu,ayat terakhir paling ambe sokong,hehehe....nak berpoligami biar ikut kemampuan kan,hehehe...

ambe nak berpoligami?berkawin pom belom,hehhee

Idalara January 12, 2011 at 9:40 PM  

Dalam keadaan akak mcmni ada gak yg acah2 nk jadikan isteri ke 2..tapi tak rela akak mencipta bahagia atas airmata org lain..lebih adil akak tolak baik2...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP